CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Lalok Tiba-tiba Mengamuk Pukul Ibu, Pakcik

16-5-2019 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2111| Komen: 10

Description: Lelaki 'lalok' tiba-tiba mengamuk dan membelasah ibunya dengan sebuah bakul baju dan payung, lapor Harian Metro.
Lelaki 'lalok' tiba-tiba mengamuk dan membelasah ibunya dengan sebuah bakul baju dan payung menyebabkan mangsa bengkak di pipi kiri, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian 3.30 petang di rumah mereka di Kampung Selamat, Tasek Gelugor semalam, bapa saudara suspek berusia 56 tahun turut dipukul dengan topi keledar ketika mempertahankan kakaknya menyebabkan kecederaan kecil.



Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa, 64, di balai polis berdekatan.

Dakwa mangsa, anaknya berusia 33 tahun tiba-tiba mengamuk dan membaling bakul baju ke arahnya sebelum memukulnya dengan payung.

Bapa saudara suspek yang tinggal berdekatan kemudian datang untuk mempertahankan mangsa dan membawanya ke balai polis untuk membuat laporan.

Bagaimanapun, suspek kemudian menyerang bapa saudaranya itu dengan topi keledar.


Suspek ditahan jam 6.30 petang di rumah berkenaan untuk siasatan lanjut dan polis dapati lelaki itu berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian selain memiliki tiga rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - CARI

Bagus
1

Marah
4

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • kotakbaju


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sitilam 16-5-2019 04:20 PM
dapigs punya pengundi la ni

balik mabuk pukul lia punya amak

Quote Artemesiaa 16-5-2019 04:25 PM
Kalau dah mat pet apa yang nak dihairankan
Quote LautBiru52 16-5-2019 11:10 PM
Nasib baik la mak ko x ape2
Quote MissVixen 16-5-2019 11:13 PM
Mat pet. Biasa la tu. Putus fius di mana2. Banyak dapat dah jadi macam ni. Tumbuk mak pak sendiri bila tak dapat barang. Mak pak telan je sebab malu. Penagih ni patut diletak atas pulau terpencil. Nak hidup, tanam la makanan dan tangkap ikan sendiri.
Quote silentreaaders7 19-5-2019 04:18 PM
omg tergamakkkkk kau buat mak mcm tu
Quote Pink_Purple 19-5-2019 04:25 PM
apa nak diherankan dengan penagih ni..

bila xdapat bekalan je..jadi setan
Quote MFR_IN 23-5-2019 02:56 PM
Pink_Purple replied at 19-5-2019 04:25 PM
apa nak diherankan dengan penagih ni..

bila xdapat bekalan je..jadi setan

betul. mana kesah bnda lain.jnji ada bekalan dunia akhirt tu
Quote leylapple 23-5-2019 03:05 PM
bila nak buat akta dadah mcm di filifina... tembak sampai mati sapa2 yang menagih dadah dgn yang mengedar sekali
Quote Simunggu 23-5-2019 04:52 PM
golongan ini yg nak rak undi PH hari tu...tau tau sama juga nasib mereka
Quote Atikahmaarof 24-5-2019 02:34 PM
semoga tuhan mengampunimu..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.054195 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top