CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Merajuk Suami Tak Belikan Nasi Lemak, Isteri Hilang Tak Balik-Balik

16-5-2019 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13904| Komen: 71|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Seorang wanita yang mengalami masalah kemurungan sampai sekarang tidak pulang selepas keluar rumah jam 10 malam, 29 April lalu.
Seorang wanita yang mengalami masalah kemurungan sampai sekarang tidak pulang selepas keluar rumah jam 10 malam, 29 April lalu.

Sumainya, Hanafi Abu Jamil, 37 berkata isterinya, Siti Maisarah Hamzah, 27, merajuk kerana tidak dibelikan nasi lemak.


“Sebelum ini, saya berbuka puasa dengan dia, bersahur pun dengan dia. Namun, sejak isteri menghilangkan diri pada malam 29 April lalu, saya tinggal seorang diri di rumah."

Harian Metro melaporkan, sejak berrkahwin dengan Siti Maisarah sembilan tahun lepas, sudah beberapa kali dia menghilangkan diri.

Bagaiamanpun ini adalah kali pertama wanita itu tidak ditemui sehingga lebih dari dua minggu.

Foto: Harian Metro

“Pada malam itu, isteri mengajak saya keluar membeli nasi lemak, namun saya memintanya menunggu sekejap sebelum terlelap di ruang tamu.

“Ketika tidur saya terdengar seperti bunyi pintu kereta ditutup. Kemudian, saya periksa dalam rumah dan mendapati isteri tiada. Pada mulanya menyangka dia pergi membeli nasi lemak, namun selepas lebih dua jam isteri tidak pulang, saya mula tidak sedap hati."

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Gombak, pada 30 April lalu.

“Isteri keluar tanpa membawa kad pengenalan dan telefon bimbit. Sudah merata tempat saya cari seperti di taman, surau, masjid dan hospital, namun tidak menemuinya.

“Saya mendapat maklumat daripada orang awam yang ternampak isteri di sekitar Lebuhraya Persekutuan, dekat Petaling Jaya. Saya pergi ke situ sebelum mendapati isteri pernah ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di kawasan berkenaan untuk membuat kad pengenalan baharu pada 8 Mei lalu,” tambahnya. -CARI

6

Bagus
5

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Eliadaisy83 16-5-2019 10:19 AM
Dah lari ikut jantan lain kot sebab dah boring hidup dgn laki dia yg takde apa2 tu
Quote ninjago 16-5-2019 10:34 AM
cam plan nak lari je tu.. siap buat ic baru. nape tak balik umah amik?
Quote batmana 16-5-2019 10:37 AM
kalu wat ic baru kn, ada alamatnya
report la polis, mnta alamat dri jpn
Quote Bujat 16-5-2019 10:40 AM
Mendalami watak Mak Tanjong siri batu belah batu betangkop ke sis?
Quote miszclassique 16-5-2019 10:42 AM
Korang ni kan dah tulis tu dia ada masalah kemurungan.. Ada dapat rawatan dari pakar ke? Mungkin tak makan ubat? Depresi ni bukan untuk main2 tau..kita nampak macam mengada ngada tapi otak mereka tak sama dengan otak orang yang sihat..ni iols cakap berdasarkan pengalaman ya..
On the other hand.. kalau dia ikut laki lain semoga dapat cash on the spot
Quote zulka 16-5-2019 10:45 AM
jiran mentua ni, katanya ada sakit mental sket
Quote gujiwa 16-5-2019 10:47 AM
dia ada masalah kemurungan.. nampak hal kecik je sbb nasi lemak..

kalau adik ni cari nasi lemak ujang kat greenwood tu owner dia cuti hari tu,.... 11 ramadhan baru bukak balik kata dia..

moga adik baik2x je ye
Quote bbalik 16-5-2019 10:47 AM
harap2 hakak xbuat vote d IG utk bunuh diri...

tp lebih kepada dh tawar hari ngn henchik shuben jah
Quote lostfaith 16-5-2019 10:48 AM
Belum ada anak ke? Baguslah. yg tak sihat mental tak patut kawin n ada anak sepatutnya. Kesian kalu ada anak. Silap silap anak pun kena  sembelih. Tinggal anak merata....
Quote chandrahusin 16-5-2019 10:53 AM
ada masalah kemurungan
mcm2 boleh jadi
Quote ikanmasin 16-5-2019 11:15 AM
hrp2 dpt jumpalah..suami nya ada ke bawa istri tu utk
buat rawatan kalau dibiarkan akan melarat pl..suami
tak usaha ke bawa istri berubat..
Quote miszclassique 16-5-2019 11:30 AM
lostfaith replied at 16-5-2019 10:48 AM
Belum ada anak ke? Baguslah. yg tak sihat mental tak patut kawin n ada anak sepatutnya. Kesian kalu  ...

Hishh kesian la pulak kalau gini..iols pun pernah terfikir gini bila tengok kwn i yg ada depresi tu tapiii Aku pun ingin dicinta dan bahagia konsepnya gituhhh
Quote chicozinn 16-5-2019 11:51 AM
hamboihh TT punya komen soh kawen ngan bella astillah..nak kne TT nihh..

kn bini dy tu kemurungan, yg laki pon pndai nyontot je pujuk ler bini tu xpun bwak g berubat da nama bini sakit jiwa..hmmm
Quote Supersirap 16-5-2019 11:54 AM
Doakan yang terbaik sahaja
Quote jetrofa 16-5-2019 12:19 PM
Suami tu kata isteri keluar tanpa membawa ic dan hp...maknanya ic masih ada la kan saja tak bawa...bolehkah buat ic baru?
Quote Artemesiaa 16-5-2019 12:20 PM
Moga ada kesudahan baik buat mereka
Quote minguk 16-5-2019 12:21 PM
owh kemurungan... semoga dia cepat sembuh
Quote tumpanglalu74 16-5-2019 12:27 PM
ninjago replied at 16-5-2019 10:34 AM
cam plan nak lari je tu.. siap buat ic baru. nape tak balik umah amik?

Dia memang tak peduli aisi sebab tu tinggal..  Yang nakkan aisi tu jantan nepal/bangla/indon yang nakkan piar..  Next!
Quote palmolive 16-5-2019 12:32 PM
Bini kalau kena culik,smpai ke hujung dunia kawe cari...Tapi kalau die lari dari kawe,duk nyorok belake umoh pun kawe dok sey cari..Cari bini baru lagi mudoh dari cari bini hok lari...

- Pok Ya Cong Codey

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.393111 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top