CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ippo Hafiz Berguru Dan Jumpa Ustaz Sebelum Kahwin, Nak Buat 3 Majlis Resepsi

14-8-2019 11:42 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 8421| Komen: 42|Original author: Oleh: Saiful

Description: Dua minggu lagi, Ippo Hafiz berdebar menunggu hari pernikahannya dengan Fara Roslan.
Dua minggu lagi, Ippo Hafiz berdebar menunggu hari pernikahannya dengan Fara Roslan.

Katanya, bukan mudah nak menjadi ketua keluarga dan sebagai persediaan, penyanyi lagu Saat Bahagia ini berusaha mendekatkan diri dengan Tuhan.



Foto: IG

"Perkahwinan ini satu amanah dan tanggungjawab. Saya bakal menjadi suami dan imam kepada isteri dan Insya-Allah anak-anak nanti.

"Saya ada bertanya dengan bapa, jumpa ustaz, berguru sebelum bergelar suami," katanya kepada mStar Online.




Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 31, juga menyatakan yang dia bakal mengadakan tiga majlis resepsi.

24 Ogos belah pihak perempuan, 31 Ogos pihak lelaki, manakala satu majlis resepsi khas untuk rakan-rakan artis akan diadakan pada awal bulan Disember nanti.




"Nampak macam banyak, orang ingat majlis mesti besar, tapi sebenarnya kami buat kecil-kecilan dan sederhana sahaja," jelasnya.

Tambahnya, ketika majlis nikah nanti, Ippo akan menyanyikan lagu tema perkahwinan yang dicipta olehnya sendiri.

Semoga semuanya dipermudahkan buat Ippo dan bakal isteri. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misuke 14-8-2019 12:29 PM
nampak sweet sopan cenggituh kapel ni.. semoga bahagia till jannah
Quote naz.wani 14-8-2019 12:31 PM
Takminat beliau...tapi aku tetap doakan agar semuanya ok2 sahajah
Quote slyfynx 14-8-2019 02:04 PM
Chop... Sapekah ini ye
Quote azimodin 14-8-2019 02:14 PM
pagi tadi aku tanya laki aku lepas dengar berita ippo nak kawen kat radio, "B, siapa si ippo ni?"

kali aku dengan  tenang jawab "DJ radio"

Quote cruz2 14-8-2019 02:24 PM
Tahniah ippo..suka lagu2 ciptaan & nyanyian dia.walau orgnya x berapa pemes.
Quote kechikchomel 14-8-2019 02:39 PM
azimodin replied at 14-8-2019 02:14 PM
pagi tadi aku tanya laki aku lepas dengar berita ippo nak kawen kat radio, "B, siapa si ippo ni?"

...

yakinnya laki kamu sis!



Quote aurorayasmeen 14-8-2019 02:44 PM
Tahniah ippo..cntik bakal bini
Quote suiskipas 14-8-2019 03:17 PM
Ya ampunnnn...sapekah hippo ni. Pestime dgr nama...kahkahkah. pon boleh jadi berita {:give
Quote sesukaje 14-8-2019 03:28 PM
ippo is raja ost kot mostly lagu dia best2 tapi dengar lagu je la hahaha

bakal isteri dia cantik, sweet je muka
Quote Chairman 14-8-2019 03:38 PM
lagu ipo mmg tahap ost..seswaii sgt utk drama2
Quote natrahn 14-8-2019 03:41 PM
suiskipas replied at 14-8-2019 03:17 PM
Ya ampunnnn...sapekah hippo ni. Pestime dgr nama...kahkahkah. pon boleh jadi berita {:give

tu lah.... pertama kali juga ni . siapakah dia..
Quote t_hahahaha 14-8-2019 03:51 PM
ippo ni kalau tgk bawak lagu tegak jek.padahal kita dengar meruntun di hati..tapi lagu2 dia mmg best
Quote diggerr 14-8-2019 03:52 PM
Tahniah ippo
Quote unguaurora 14-8-2019 03:57 PM
Rengsa dgn suara heols mcm suara band2 indo yg lama2 dolu
Quote August 14-8-2019 04:08 PM
Suka lagu ippo especially ost teman wanita upahan
Quote q@2a 14-8-2019 04:19 PM
August replied at 14-8-2019 04:08 PM
Suka lagu ippo especially ost teman wanita upahan

Teman lelaki upahan la u hhihihi
Quote q@2a 14-8-2019 04:20 PM
Dulu mcm berisi sikit skrg Dh kurus dah...
Quote senduhazab 14-8-2019 04:23 PM
walau yg ramai yang mewhoareyuskan ippo, iols tetaplah pemenat dia
semoga majlis berjalan lancar & bahagia hingga ke jannah
Quote August 14-8-2019 04:29 PM
q@2a replied at 14-8-2019 04:19 PM
Teman lelaki upahan la u hhihihi

Haha patut rasa pelikpun

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.068185 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top