CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Kena Tangkap 'Polis Palsu', Wanita Sanggup Berhabisan RM224,700

27-8-2019 06:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3535| Komen: 21

Description: Seorang wanita dari Kuala Nerus dilaporkan mengalami kerugian RM224,700 selepas diperdayakan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis Julai lalu.Memetik laporan Harian Metro, wanita ber ...
Seorang wanita dari Kuala Nerus dilaporkan mengalami kerugian RM224,700 selepas diperdayakan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis Julai lalu. 

Memetik laporan Harian Metro, wanita berusia 58 tahun itu menceritakan dia didakwa oleh 'pegawai polis' tersebut kononnya dia terbabit dengan penggubahan wang haram. 

Mangsa menerima panggilan daripada seorang wanita ketika berada di rumah di Seberang Takir pada 8.45 pagi, 23 Julai lalu. 

Kredit foto: Awani
“Wanita itu kemudiannya menyambungkan talian kepada seorang lelaki yang didakwa adalah pegawai penyiasat yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Zahari.

“Lelaki terbabit memaklumkan mangsa dikehendaki polis kerana didapati bersubahat dengan seorang suspek yang ditahan berhubung pengubahan wang haram.


“Suspek minta mangsa membuat sejumlah pembayaran sekiranya ingin menyelesaikan kes itu selain diberi amaran supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa jika tidak mahu ditahan,” kata satu sumber. 

Mangsa kemudiannya melakukan bayaran kepada penipu itu menerusi 58 transaksi di sebuah bank bermula 23 Julai hingga 1 Ogos lalu. 

“Bagaimanapun, selepas bayaran dibuat, suspek gagal dihubungi menyebabkan wanita terbabit mula curiga sebelum semakan mendapati dia ditipu sindiket Macau Scam.

“Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada 9.51 pagi, Ahad lalu untuk tindakan lanjut,” kata sumber itu lagi. 

Difahamkan, mangsa sudah memindahkan wang sebanyak RM224,700 ke enam akaun bank tempatan kerana takut ditahan polis yang menyamar itu. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Foxey 27-8-2019 07:32 PM
Hadoiiii, ramai betul orang fell for this scam. Isn't it weird bila polis tu pesan jangan citer kat orang? Lagipun kenapa nak takut kalau tak buat salah pun?
Quote Minami2013 27-8-2019 07:58 PM
Byk nye duit die... again i speku ade informer dari org bank.
Quote mawarika 27-8-2019 08:17 PM
Yes, kita mmg berjaga2.. last week laki ioilss pun kena.. sempat ioilss lepuk peha dia soh matikan panggilan. Laki ioilss kata dia tergamam bila caller tu ckp dia ada kes rasuah.. caller mintak no ic and laki ioilss terus nak bg no ic.. kau kena bebel dgn hakak.. bebal sgt.. menipu bini pandai pulak
Quote yuki812 27-8-2019 08:22 PM
makin menjadi2 kisah scam penipu ni ye.
hari ni ada..esok pon ada lah tu yg kena tipu lagi.
mmg..ada informer lah tu yg bgtau.
Quote CiliPadiSedap 27-8-2019 08:28 PM
yang selalu call kaka sis vokuru, maksudnya kaka banyak duit ke x?
Quote haira 27-8-2019 08:32 PM
Byknyer duit makcik tu.
Makcik tu xde somi@ anak ke?
Hmmm...
Quote Carcosa 27-8-2019 09:48 PM
mawarika: Yes, kita mmg berjaga2.. last week laki ioilss pun kena.. sempat ioilss lepuk peha dia soh matikan panggilan. Laki ioilss kata dia tergamam bila calle ...



Haduiiii.. Ayat sisthur yg last tu buat saya mengekek seperti ikan kekek {:good
Quote Carcosa 27-8-2019 09:49 PM
Melalui 58 transaksi?? Kau bior betol acik oiiii. Byk kali transper nyaaa. Btw, ada 2 soalan.
Byknya duit acik??
Kedua, knp acik takut? Acik mmg ada kegiatan haram ke? {:laugh
Quote jazaa100 27-8-2019 09:54 PM
Carcosa replied at 27-8-2019 09:49 PM
Melalui 58 transaksi?? Kau bior betol acik oiiii. Byk kali transper nyaaa. Btw, ada 2 soalan.
Bykny ...

Aku tak rasa sampai 58transaksi dlm masa semgu.....

Wartawan confused dgn umor dia tu
Quote wunan88 27-8-2019 10:27 PM
x sangka ada kawan aku pon terkena dengan macau scam nie..sebelum ni ingat yg berumur je banyak kena..x sangka yg muda pon jadi target jugak..
org tu ugut dia sampai dia takut,,dia p kasi pemanggil tu id dgn pasword maybank dia..
Quote VioletsAre_Blue 28-8-2019 12:12 AM
Kalau aku layan je dulu scammer bangsat macam ni, hujung2 maki kaw2
Quote cikatilia 18-10-2019 05:17 PM
scammer babi ni mmg sial

aku baru dpt phone call acah2 sprm
nombor +6018 207 7877

dia mintak ic aku marah2
dia siap ugut aku suruh call SPRM nak menunjukkan dia betul
since aku nak gi keje aku hang up aje
buat panas hati2 pagi2 terus lambat sampai opis melayan dia
Quote willow12 18-10-2019 07:53 PM
Bank tak kan lah x suspek apa2 tiba2 byk sgt buat transfer. Tp aku x pasti lah mcmna strategic scammers ni..kemungkinan ada bbrp nombor akaun yg dia suruh transfer.

Bank skrg ni bukan main strict sgt2, nak transfer ke akaun sndiri (Bank lain) pun byk soalan.. Keluar cash byk sikit pun kena soal jawab, konon nak elak scammers. Anak aku duduk kolej nak bukak Bank akaun pun kena ada reason, minta kad matrik bagai.. Semua atas alasan sbb takut scammers. Tapi kes kena tipu ni makin lama makin menjadi.. Tetap lah senang2 kena tipu jua..
Quote akusukaq 19-10-2019 08:28 PM
VioletsAre_Blue replied at 28-8-2019 12:12 AM
Kalau aku layan je dulu scammer bangsat macam ni, hujung2 maki kaw2

aku terus cakap aku ni polis inspektor , kalu pompuan nak berkenalan boleh.
Quote Crystars 19-10-2019 08:32 PM
Agaknya macit ni mmg ada buat illegal transaction tu yg mengelabah, apa lagi scammer terus cucuk jarum la
Quote arnauld 20-10-2019 05:42 AM
Minami2013 replied at 27-8-2019 07:58 PM
Byk nye duit die... again i speku ade informer dari org bank.

Samada informer atau kena hacked, masa dia org call aku dia mention credit card account aku yg aku sendiri pun tak tahu wujud. Bila gi public bank tunjuk report polis dia org checkkan account credit card tu mmg wujud tapi tak pernah guna, bayangkan syndicate lebih tahu pasal account engkau dari engkau sendiri...bln lps cimbeng kena hack sampai bankrimau tak nak accept electronic transaction dari cimbeng, so aku suspect hackers punya kerja ni sbb ada cyber security co yg siap buat demo kat bank negara live how vulnerable our banking system is...so just bar all unknown numbers, dah dkt 58 no dah kena bar hahaha
Quote Buritan 20-10-2019 06:08 AM
Foxey replied at 27-8-2019 07:32 PM
Hadoiiii, ramai betul orang fell for this scam. Isn't it weird bila polis tu pesan jangan citer kat  ...

Agaknya ade buat salah kot.. who knows..
Quote Buritan 20-10-2019 06:12 AM
willow12 replied at 18-10-2019 07:53 PM
Bank tak kan lah x suspek apa2 tiba2 byk sgt buat transfer. Tp aku x pasti lah mcmna strategic scamm ...

Aku rase org bank jugak yg pedajal ni semua.. dia yg bagi mklumat.. org ni byk duit.. org ni senekin.
Quote ennai83 20-10-2019 08:44 AM
orang bank jugak ni yang jadi orang dalam

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.172226 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top