CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China Guna Wechat Pengaruhi Pilihan Raya Luar Termasuk Malaysia

17-1-2020 09:49 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 2044| Komen: 3|Original author: HakirRahman

Description: Betul Ke Kajian Ni?
Pengaruh media memang tidak boleh dipandang remeh. Walaupun manfaatnya dalam perkongsian berita dan maklumat memang tidak boleh disangkal, ia juga menjadi platform penyebaran berita palsu untuk mempengaruhi pandangan rakyat. 


Kebimbangan terhadap perkara ini semakin memuncak termasuklah terhadap aplikasi WeChat dari China. 

Kajian dibuat oleh badan pemikir Freedom House baru-baru ini mendedahkan WeChat yang semakin digemari ramai penduduk dunia sebenarnya berbahaya. 

Menurut kajian mereka, disebabkan reka bentuk WeChat yang tidak memerlukan pengesahan identiti sumber ia memudahkan penyebaran maklumat dan berita palsu. 
WeChat agen propaganda? Foto: Google


Malah, ia juga dibimbangi menjadi pintu untuk mempengaruhi pilihan raya negara lain termasuklah Malaysia. 

Usaha menjadikan China sebagai negara model baik untuk dunia itu digerakkan oleh Parti Komunis China yang mensasarkan penutur Cina luar negara dan penutur bahasa Cina dengan memanipulasi kandungan berita untuk kepentingan Parti Komunis China. 

Seriau juga kan? Agaknya apalah agenda mereka ini. 

Usaha Parti Komunis China mahu mengubah pandangan dunia terhadap mereka berjaya. Foto: Google

Kajian turut melaporkan usaha Parti Komunis China itu berjaya mencapai kejayaan dalam mengubah pandangan dunia terhadap negara itu menerusi propaganda tersusun menggunakan media dan aplikasi internet keluaran negara itu seperti WeChat. 

Anda pengguna WeChat? Betul ke kajian ini? - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Melur1 19-1-2020 11:22 AM
makin lama makin menjadi2 PRC nih
Quote gigahertz 20-1-2020 08:30 AM
so far dalam wechat i tak pernah.nampak org mengaji . ustaz ceramah . yang ada awek. amoi. budak sekolah.bapak budak. bini org.  u bayangkan. dalam wechat perempuan ajak i keluar at 12 o"clock.  bagi i perempuan yang ajak memalam keluar ni bukan perempuan. tu namanya betina{:run
Quote brego 20-1-2020 09:11 AM
wechat, tempat budak2 baru nak up cari sugardaddy.
juga buat part time jadi escort dan call girl

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.124027 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top