CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Asyik Fokus Pada Obesiti, Stres Juga Penyumbang Sakit Jantung Golongan Muda

19-2-2020 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3135| Komen: 24

Description: Ternyata stres menjadi faktor utama kematian golongan muda yang disebabkan serangan jantung.Memetik laporan Sinar Harian, pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad berkata serangan jantung bukan hanya d ...
Ternyata stres menjadi faktor utama kematian golongan muda yang  disebabkan serangan jantung.

Memetik laporan Sinar Harian, pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad berkata serangan jantung bukan hanya disebabkan faktor kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti.


Malah, stres dibuktikan berdasarkan penemuan baharu oleh pakar perubatan. 

Kredit foto: Theconversation.com

“Stres itu menjadi penyebab masalah serangan sakit jantung dalam kalangan orang muda. Banyak penemuan baharu yang diterbitkan dalam jurnal. Kita tengok stres berlaku kepada kebanyakan orang. Stres ini akan menyebabkan jantung kita tidak berfungsi dengan normal.

“Sesetengah orang, dia ingat dia tiada stres tetapi kalau lihat degupan jantung, degupannya laju. Tak cukup tidur, asyik bermimpi, naik baran tetapi dia kata dia tiada stres. Stres ini sukar dikesan bukan seperti penyakit kronik yang lain.

“Stres dalam golongan orang muda ini saya percaya pertama keadaan pekerjaan, kewangan, hubungan sesama kawan dan masalah persekitaran. Masalah ini akan menjadi penyebab kepada stres dan bahaya. Cuma tidak ada orang yang rasa dia stres,”  katanya kepada portal akhbar berkenaan. 

Beliau menjawab persoalan mengapa semakin ramai golongan muda yang berdepan dengan serangan jantung meskipun menjalani kehidupan sihat. 

“Stres ini juga mengambil masa. Bukan hari ini kita stres dapat serangan jantung. Sebenarnya mengambil masa yang sama dengan serangan jantung. Kita tidak tahu kita ada penyakit kronik. Kalau ikut kajian, stres dalam kalangan rakyat Malaysia sudah makin tinggi. Dalam 50 peratus.

“Sebab itu saya minta, selama ini kita hanya fokus kepada obesiti, tetapi kita juga harus fokus kepada stres sebab sekarang ini ramai orang dah stres. Kita stres di jalan raya. Itu tanda-tanda dia,” katanya lagi. - CARI 
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnnyLever 19-2-2020 01:23 PM
ada netizen kata obesiti lebih menakutkan daripada virus, di mana netizen itu sekarang, saya doakan dia berada dalam keadaan tenang bahagia dan aman di mana dia berada
Quote Gingerly 19-2-2020 01:42 PM
That day ada forumer tekankan sangat senaman dn pemakanan. Sedang punca sebenar penyakit, - pendam emosi-hormon jam-organ gagal

Joging, running, sukan2 cardio, adalah pergerakan yg paling berisiko ancam nyawa bg golongan distress. Juga cara sihat untuk commit suicide
Quote slavehunter 19-2-2020 01:47 PM
Memang rakyat Malaysia ramai yang stress. Workload dan underpaid salah satu punca.
Quote damsel_fiji 19-2-2020 01:48 PM
stress dgn karenah birokrasi yg ntah hapa2 di tempat kerja..benda mudah dirumitkan2..
Quote rospinki 19-2-2020 02:13 PM
Cara menjalani kehidupan berperingkat mengikut faktor usia dan fizikal
Dikala 20an 30an kita masih kuat

Bila menjejak 40an kekuatan berkurangan maka mulai perlahankan cara hidup sosialis dan pemakanan. Sebaiknya rutin 30/20/50
30% utk aktiviti 20% pemakanan 50% rehat@ketenangan. Stress free. Thats mine. don folo
Quote SWORKS27 19-2-2020 02:20 PM
lagi satu, jangan la paksa badan dengan heavy2 activity..nak bersukan, beriadah boleh...tapi biar berpada2..jangan push to limit beyond body expectation..
siang dah bekerja..balik pergi gym, zumba bagai..
malam gigih main futsal, badminton etc...
sedangkan atlit pun boleh tumbang...apa lagi insan2 biasa..
lg bahaya kalau ada amik apa2 suplement...
Quote kucingitam 19-2-2020 02:32 PM
tuhan nak tunjuk...

1. kau gemuk, tak jaga badan- mati
2. kau jaga badan, kesihatan, jaga makan - pun boleh mati..
3. rumah biasa2, tak kaya - mati
4. kaya raya, duduk banglo besar - mati

jadi, yang kurus jgn dok hina org gemuk.

yang kaya, jgn nak hina org tak berduit malas, jangan nak angkuh sgt berduit..
Quote jaja8 19-2-2020 02:34 PM
betul..zaman sekarang stress lgi bahaya..susah nak control...
Quote kasibiman 19-2-2020 02:45 PM
ini fake news ni.

SKMM sila tangkap CARI - MAMS.



Bukankah KKM (sumber yg sohih) dah cakap sakit2 jantung bagai ni semua sbb merokok?
Quote chicozinn 19-2-2020 02:54 PM
slavehunter replied at 19-2-2020 01:47 PM
Memang rakyat Malaysia ramai yang stress. Workload dan underpaid salah satu punca.

aku terpaksa setuju 100% ngan ko
Quote slavehunter 19-2-2020 02:57 PM
chicozinn replied at 19-2-2020 02:54 PM
aku terpaksa setuju 100% ngan ko

Yea betul.
Quote Artemesiaa 19-2-2020 03:10 PM
Stress ni bukan setakat ditempat kerja je macam2 boleh menyebabkan stress.  Nak be perfect dlm segala hal  pun stress juga sebab tu lebih baik bersederhana dan tak perlu terikut2 orang.  Just ikut kemampuan diri sendiri.
Quote husna_amal 19-2-2020 04:17 PM
Patutlah time lepas marah terasa kencang degupan jantung ni.
Quote Skuau 19-2-2020 08:51 PM
Sapa yg bagi rakyat Msia stress sangat ni???????.....
Quote Shinichisenpai 19-2-2020 09:28 PM
Dulu aku tak jaga makan, kolestrol tinggi melambung sampai ada bijik2 kt muka. Bila aku jaga makan, exercise etc.. Kolestrol belum normal level tp turun la. Aku pun rasa makin rajin kt ofis. Tutp tup doc cakap hati aku penat. Tinggi apa entah dia cakap. Katanya punca aku tak cukup rehat. ♂
Quote Buritan 19-2-2020 09:43 PM
JohnnyLever replied at 19-2-2020 01:23 PM
ada netizen kata obesiti lebih menakutkan daripada virus, di mana netizen itu sekarang, saya doakan  ...

Siapa dia ittew.. yg romah dia kondo ka
Quote Buritan 19-2-2020 09:46 PM
kasibiman replied at 19-2-2020 02:45 PM
ini fake news ni.

SKMM sila tangkap CARI - MAMS.

Ok done.. fake news.. hik hik
Quote Buritan 19-2-2020 09:47 PM
slavehunter replied at 19-2-2020 01:47 PM
Memang rakyat Malaysia ramai yang stress. Workload dan underpaid salah satu punca.

Yeppp.. aku pi rumah kwn duk pprt.. siannya tengokk..
Quote JohnnyLever 19-2-2020 09:49 PM
Buritan replied at 19-2-2020 09:43 PM
Siapa dia ittew.. yg romah dia kondo ka

bukan kah ada screenshot, bukan warga forum sini la

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.111895 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top