CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tony Abbott Dakwa Kehilangan MH370 Ada Kaitan Dengan Bunuh Diri

19-2-2020 09:32 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5757| Komen: 17|Original author: Tukang Tulis

Description: Bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mendakwa misteri kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) dipercayai ada kaitan dengan perbuatan membunuh diri secara beramai-ramai oleh juru ...
Gambar hiasan. Kredit foto: Free Malaysia Today


Bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mendakwa misteri kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) dipercayai ada kaitan dengan perbuatan membunuh diri secara beramai-ramai oleh juruterbangnya.

Memetik laporan Daily Mail, Abbott turut mendakwa perkara itu pernah didedahkan kepadanya oleh pihak tertinggi kerajaan Malaysia.

Beliau mendakwa, pihak terbabit tahu apa yang berlaku dalam masa seminggu selepas pesawat itu hilang, namun pasukan pencarian mungkin tidak dimaklumkan.

"Pemahaman saya sangat jelas, daripada peringkat tertinggi kerajaan Malaysia bahawa sejak dari mula lagi, mereka mengesyaki ia adalah perbuatan membunuh diri oleh juruterbang.

"Saya tidak akan katakan siapa yang bercakap kepada siapa tetapi saya ingin ulangi, saya mahu terangkan sejelas-jelasnya, ia difahami di peringkat tertinggi bahawa sangat berkemungkinan berlaku bunuh diri oleh juruterbang.


"Pembunuhan diri beramai-ramai oleh juruterbang," katanya dalam dokumentari terbitan Sky News Australia.


Tony Abbott. Kredit foto: Facebook

Abbott berkata, beliau tidak pernah mendedahkan teori itu sebelum ini kerana semua usaha perlu ditumpukan untuk operasi pencarian.



Namun kini, beliau percaya teori itu tidak pernah dipanjangkan kepada pasukan pencarian dan menggesa Australian untuk memulakan siasatan baharu dan mencari pesawat itu di kawasan yang lain.

"Jika ada mana-mana bahagian di lautan itu yang mungkin belum diterokai dengan bersandarkan kepada teori itu, mari kita terokainya," katanya.


Kredit foto: Daily Mail

Sementara itu, bekas Menteri Pengangkutan Australia, Warren Truss berkata, maklumat berkenaan tidak pernah disampaikan kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) semasa mereka menyiasat nahas tersebut.

"Saya tak ingat bila pegawai-pegawai Malaysia terbabit menelefon dan berkata demikian, tetapi saya fikir semua orang merumuskan kesimpulan yang sama," jelasnya.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac 2014 setelah 40 minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 19-2-2020 10:25 AM
Si Tonyok ni kalau datang Malaysia layak jadi menteri PH
Quote Ina8895 19-2-2020 10:30 AM
Pesawat MH370 Mungkin Mendarat Di Kawasan Pulau , Dakwa Jurutera Aeronautikal Mesir - Semasa - CARI Infonet > https://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=51613

Ni camna pulak Tonyok?
Quote horux 19-2-2020 10:31 AM
@pyropura kenape korang suke sangat menyusahkan seluruh dunie
Quote Mfzg89 19-2-2020 10:34 AM
nak kena pelempang buaya ke?
Quote Orix 19-2-2020 12:04 PM
bukan dulu ms awal2 mh370 hilang mmg dh ada teori ckp pilot tu mmg nk suicide ke??
Quote JohnnyLever 19-2-2020 12:08 PM
tak habis2 dengan teori
Quote rosasen 19-2-2020 12:14 PM
dah kenapa dia timbulkan balik isu ni?
Quote Cassieopeia 19-2-2020 12:19 PM
abis tu kalau bunuh diri xkan dengan aircraft tu lenyap.. knp timbul blk isu ni
Quote NazRysha 19-2-2020 12:20 PM
apa la yang sebenarnya berlaku dekat mh 370 kan
hmmm
Quote Ina8895 19-2-2020 02:27 PM
rosasen: dah kenapa dia timbulkan balik isu ni?


Tony ni mencapab nak kempen pilihan raya kot
Quote jaja8 19-2-2020 02:30 PM
kalau suicide sekalipun takkan takde rangka kapal terbang sikit pun habuk takde..kalau jatuh kat laut mesti ade yg timbul..kalau jatuh atas darat mesti la ade rangka nya..pastu nak kate pilot tu bersalah ke camne? senang2 tuduh pilot nak bunuh diri dan tutup story
Quote Skuau 19-2-2020 03:15 PM
teori pm kita camner pulok???
Quote husna_amal 19-2-2020 03:24 PM
masih ada lagi teori2 mh370. bende dah lepas sudah2 la.
Quote Mr_fried 23-2-2020 08:42 PM
Bukti kukuh takde spatutnya tak perlu statement mcm ni..
Waris dgn keluarga mangsa punya perasaan tak pikir sedap berckap tony ni..
Quote Nokiaman 21-10-2020 05:32 AM
Teori kapla bana...
Da lenyap...
Game ober
Quote Buritan 21-10-2020 06:47 AM
Ina8895 replied at 19-2-2020 10:30 AM
Pesawat MH370 Mungkin Mendarat Di Kawasan Pulau , Dakwa Jurutera Aeronautikal Mesir - Semasa - CARI  ...

Aku pun boleh bg teori.. mh370 dah jd roket masuk ruang angkasa.. mh 370 masuk.dlm.segitiga bermuda.. ade staf pramugari mh370 tuu yg sabotaj mh370.. tok jib sengaja hilangkan mh370.. seribu keori aku boleh bg.. betul.salah.. masuk tong smpag
Quote ladyxez 21-10-2020 06:54 AM
Oooh ...knp ckp camtu?.   klu bunuh diri kapal tu lenyap takde kesan ke?.   Pasal apa tiba je mamat ni ungkit

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.077759 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top