CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemain, Jurulatih Dan Kakitangan Setuju JDT Potong 33 Peratus Gaji

31-3-2020 11:28 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 2224| Komen: 9|Original author: Oleh: Straya

Description: Semua pemain, jurulatih dan kakitangan skuad Johor Darul Takzim (JDT) bersetuju untuk memotong 33 peratus gaji mereka sebagai usaha meringankan beban kelab serta membantu mereka yang memerlukan bantua ...

Kredit foto: MalaysiaGazette

Semua pemain, jurulatih dan kakitangan skuad Johor Darul Takzim (JDT) bersetuju untuk memotong 33 peratus gaji mereka sebagai usaha meringankan beban kelab serta membantu mereka yang memerlukan bantuan akibat Covid-19.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers pada Ahad.

Menerusi laporan Berita Harian, pasukan itu mengambil langkah sedemikian bagi membantu semua lapisan masyarakat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

"Mereka juga akan mendermakan sebahagian gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor dalam usaha meringankan beban kelab serta masyarakat pada waktu yang mencabar ini," menurut kenyataan itu.




Skuad JDT merupakan pasukan pertama di negara ini yang melakukan pemotongan gaji susulan penularan pandemik Covid-19.

Selain JDT, beberapa pasukan terkemuka di Eropah juga mengambil keputusan memotong gaji antaranya Juventus yang memotong gaji pemain untuk tempoh empat bulan. 

Bayern Munich dan Borussia Dortmund turut bertindak sama dengan memotong 20 peratus gaji pemain mereka akibat pandemik Covid-19.

Sementara itu, menurut laporan Harian Metro pada 29 Mac, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memuji inisiatif yang dibuat JDT untuk membantu memerangi wabak yang tengah melanda seluruh dunia ini. Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John berkata, langkah itu patut dicontohi pihak lain.


"Tahniah kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, seluruh keluarga kelab JDT, pegawai dan pemain yang turut sama berganding bahu memerangi krisis penularan wabak Covid-19," katanya.


Pasukan JDT sudah memulakan langkah pertama. Pasukan bola sepak lain di Malaysia bila lagi?


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 31-3-2020 12:04 PM
Terbaikkk JDT
Quote InVendeTTa 31-3-2020 12:06 PM
Terbaca Messi pon kena potong gaji 70%..yelah..duk umah aje kot. Kosser org nak bayo juta2 lat ko free2 gittew je
Quote Megikari 31-3-2020 12:09 PM
Player team mewah2 ni setakat potong 33% tu apa sangat la, tak terjejas pun diorang. Tak tau la kalau tetiba esok lusa ada player negeri lain tetiba buat petisyen mintak bantuan macam geng2 retis tu
Quote helicornia 31-3-2020 12:15 PM
jdt ok la potong gaji 33% pun stil bole survive lagi.pasukan lain klu potong gaji agaknya tinggal berapa. sedangkan sebelum ni pun byk player tk dapat gaji. tapi klu dorang setuju gak nak potong gaji maka tahniah dan terima kasih atas keprihatinan mereka
Quote hyie 31-3-2020 12:33 PM
kalau yang dalam gambar tu derma 50% daripada pendapatan keseluruhan dia sendiri pon dah lebih daripada cukup dikkkk...kalau lah
Quote Groovykid 25-4-2020 12:50 AM
Syabas bete
Quote ResellerMaxis 25-4-2020 04:19 AM
Megikari replied at 31-3-2020 12:09 PM
Player team mewah2 ni setakat potong 33% tu apa sangat la, tak terjejas pun diorang. Tak tau la kala ...

Player, jurulatih n kakitangan. Kaki tangan tu iol rasa ramai je yang gaji sama dengan marhein lain.
Quote aquapanna 25-4-2020 05:15 AM
tak la kayo mano jdt ni.....ruponya.

heeeee
Quote Tinot7 25-4-2020 06:35 AM
Baguih la...
Baper gaji depa?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.134657 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top