CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disewakan Ibu Kepada Si Hidung Belang Untuk Tampung Hidup, Beli Dadah

15-1-2021 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2111| Komen: 5

Description: Seorang wanita tergamak melacurkan anak perempuannya sendiri pada harga hanya 350,000 rupiah (kira-kira RM100) demi mendapatkan wang membeli dadah.
Seorang wanita tergamak melacurkan anak perempuannya sendiri pada harga hanya 350,000 rupiah (kira-kira RM100) demi mendapatkan wang membeli dadah.

Wanita berusia 42 tahun itu menyasarkan lelaki hidung belang sebagai pelanggan yang mahu melanggan anak gadisnya berusia 19 tahun.



Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Sumut, Nainggolan berkata, pihaknya menjalankan risikan selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan wanita terbabit.

"Daripada maklumat yang diterima polis kemudian menjalankan siasatan lanjut bagi menjejaki dua beranak ini," katanya seperti dilaporkan Kompas.com.

Katanya, hasil risikan kemudian membawa kepada serbuan di sebuah hotel di Jalan Dahlia di daerah Medan Tembung, Sabtu lalu.

Dalam serbuan itu, polis menemui mangsa yang berada di dalam sebuah bilik bersama pelanggannya. Ibu remaja itu pula ditahan ketika sedang menunggu di lobi hotel sama.


Suspek mengakui menjadikan anaknya pekerja seks untuk mencari wang bagi menampung hidup selain untuk membeli dadah.

Malah, wanita terbabit mengakui sudah melakukan perbuatan itu sejak setahun yang lalu.

"Suspek mengambil semua wang berkenaan untuk digunakan membeli barang keperluan harian selain melayan ketagihan dadahnya," katanya.

Kes itu kini dalam siasatan pihak berkuasa.


Sumber: Harian Metro

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissyMolly 15-1-2021 09:21 AM
Lorrr ko jual diri ko jer la ngek toi
Quote sarahmirza 15-1-2021 09:23 AM
Anaknya pun umur 19tahun tak kesiankan diri sendiri ke? Kalau 9 tahun boleh la terima akal kecik lagi tiada pilihan...
19 tahun kot..... Kecuali lembam mmg tak boleh nak kata apa la..
So sad
Quote nanies 15-1-2021 10:06 AM
kesian nya.. tp tu la. maybe boleh cr keje yg halal
Quote tompie 15-1-2021 12:56 PM
MissyMolly replied at 15-1-2021 09:21 AM
Lorrr ko jual diri ko jer la ngek toi

tak laku kot
Quote MissyMolly 15-1-2021 02:28 PM
tompie replied at 15-1-2021 12:56 PM
tak laku kot

Eheh..ooo err jual murah2 sudeh gituu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.047200 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top