CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Parah Tertembak TikTok Punya Pasal

15-1-2021 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2488| Komen: 4

Description: Niat dua rakan merakam video dengan memegang sepucuk pistol dalam aplikasi TikTok berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka parah terkena tembakan, pada Rabu.
Niat dua rakan merakam video dengan memegang sepucuk pistol dalam aplikasi TikTok berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka parah terkena tembakan, pada Rabu.

Jurucakap polis, Ibrahim Hyderi berkata, kejadian berlaku di Umar Colony apabila dua lelaki terbabit mahu merakam video dalam aplikasi sosial popular itu.



Gambar hiasan

Menurutnya, seorang daripada mereka yang memegang pistol secara tidak sengaja tertarik picu senjata api itu ketika rakaman.

Lelaki yang cedera kemudian dikejarkan ke hospital Jinnah untuk rawatan lanjut.

Pasukan perubatan mengesahkan mangsa dalam pemantauan lanjut kerana masih dalam keadaan kritikal, lapor Geonews.

Polis berkata, rakan mangsa yang terkejut dengan kejadian itu kemudian terus menghilangkan diri bersama pistol yang digunakan dalam kejadian.

Kini, polis sedang giat mengesan suspek untuk membantu siasatan.


Kejadian serupa berlaku November lalu apabila seorang lelaki maut ketika melakukan rakaman sama.

Lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Gulshan-e-Maymar merakam aksi memegang pistol. Dia kemudian mengisi peluru sebelum mengacukan pistol pada dada dan menarik picu.

Akhirnya, aksi itu meragut nyawanya, tetapi ahli keluarganya pula enggan membuat bedah siasat atas kematian mangsa.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanies 15-1-2021 10:08 AM
hurm, tik tok.. heran hakak org berebut2 nk buat challenge
Quote LadyCarefree 15-1-2021 10:15 AM
Yaaaayyyyyyy
Quote Supersirap 15-1-2021 10:22 PM
Buat yang bukan-bukan akan menyebabkan perkara yang tidak yang diingini berlaku
Quote noor2 15-1-2021 10:29 PM
Suka beno dema bertiktok...


[youtube]k8JJ7ywR-ps[/youtube]

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.046074 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top