CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

COVID-19: Hentikan pengumuman harian di televisyen, kaji semula larangan solat berjemaah - Syed Ali

3-2-2021 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7868| Komen: 84

Description: KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran segera menghentikan pengumuman harian mengenai jumlah jangkitan kes COVID-19 di televisyen kerana ia hanya menambahkan lagi kegusaran rakyat.



KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran segera menghentikan pengumuman harian mengenai jumlah jangkitan kes COVID-19 di televisyen kerana ia hanya menambahkan lagi kegusaran rakyat.

Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee menegaskan, tiada sebarang justifikasi untuk pengumuman itu dipaparkan di kaca televisyen sedangkan jumlah kes semakin meningkat malah tiada sebarang petunjuk penurunan.

"Ia seolah-olah memberi gambaran kerajaan telah gagal menangani isu ini. Saya berpendapat adalah lebih baik jika kerajaan menumpukan keutamaan mengatasi isu kemiskinan dan kesusahan yang sedang dihadapi rakyat serta memikirkan bagaimana usaha untuk mengatasinya secara lebih berkesan dan menyeluruh akibat penularan COVID-19,"katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, pada Selasa.


Kes baharu COVID-19 akhir-akhir ini ada mencatatkan angka melebihi 5,000 kes.

Selain itu, ratusan lagi sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan angka tetap tinggi bagi mereka yang memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu kata Syed Ali, kerajaan juga diminta mengkaji semula larangan mengerjakan solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau.

Jelasnya, ia penting memandangkan ramai umat Islam amat kecewa dengan pelbagai sekatan dikenakan terhadap mereka terutama untuk menunaikan solat Jumaat.

"Saya juga terkilan apabila masjid dan surau dihadkan kepada jemaah tertentu dengan jumlah begitu terhad yang menunjukkan seolah-olah rumah ibadat ini kelihatan seperti berbahaya untuk dikunjungi.

"Saya bimbang, apabila jumlah kehadiran jemaah yang disekat dengan bilangan tertentu akan menyebabkan tercetus fenomena baharu di mana ada yang akan sengaja meninggalkan solat Jumaat dengan alasan COVID-19.

"Jika gejala ini berterusan, lama-kelamaan ia menjadi kelaziman baharu dalam masyarakat Islam di negara ini dan akhirnya masjid dan surau terbiar sepi tanpa sebarang aktiviti keagamaan," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan jumlah maksimum lima orang.

Tegasnya, bagi negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), aktiviti keagamaan dibenarkan dengan bilangan kehadiran minimum ditetapkan di dalam prosedur operasi standard (SOP).

Syed Ali juga meminta agamawan dan pihak berkuasa agama memikirkan tempoh berapa lama lagi masjid hendak dibiarkan kosong dengan jemaah yang terhad dan kuliah-kuliah agama dihentikan dengan alasan patuh SOP.

"Peraturan manusia tersebut boleh dipinda. Pada hemat saya, pembukaan semula masjid dan surau tanpa mengehadkan bilangan jemaah boleh dilakukan dengan syarat pemantuhan SOP diperketatkan, seperti dilakukan di tempat awam seperti pasaraya dan sebagainya.

"Penularan pandemik COVID-19 sudah setahun lebih berlaku di negara ini dan adalah mustahil kerajaan masih lagi tidak ada pengalaman untuk menguruskan wabak tersebut.

"Setahun lebih bukan jangka masa yang singkat dan banyak negara jiran dilihat lebih berkesan menangani COVID-19 berbanding Malaysia," ujarnya.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, rentas negeri dan aktiviti sosial masih tidak dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilanjutkan sehingga 18 Februari ini.

Kata Ismail, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kes dan kluster membabitkan aktiviti rentas negeri.



Sumber : Astro Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Innrukia 3-2-2021 12:58 PM
Kesimpulannya, kerajaan kena stop semua la. Let rakyat manage sendiri life depa kan. Nak mati pun
mati la, kerajaan takyah sibuk
Quote FishHunter23 3-2-2021 01:01 PM
setuju pasal kaji balik solat berjemaah. selain usaha kita kena sentiasa berdoa dan mohon pertolonganNya. ini masjid pun nak limit.bila orang pertikai pasar basah boleh pulak bersesak tapi masjid pun ikut sop solat kejap tak boleh... alasan netizen ramai kat masjid tu orang2 tua dan tak nak rosakkan nama agama kalau ada kluster baru.


habis tu pasar basah ramai budak2? semua faham lah kita dalam pandemik apa nak rosak nama pulak kalau kena covid. lain lah awal2 dulu semua pandang serong je siapa kena covid
Quote jazaa100 3-2-2021 01:04 PM
FishHunter23 replied at 3-2-2021 01:01 PM
setuju pasal kaji balik solat berjemaah. selain usaha kita kena sentiasa berdoa dan mohon pertolonga ...

aku setuju dgn kau.....

apa yg aku nk tulis, kau dah tulis....

TQ
Quote Mopiko 3-2-2021 01:05 PM
Innrukia replied at 3-2-2021 12:58 PM
Kesimpulannya, kerajaan kena stop semua la. Let rakyat manage sendiri life depa kan. Nak mati pun
m ...


rasanya lebih mudah siapa sakit dan bergejala baru gi spital.. frontliner tak penat rakyat pun tak perlu hilang kerja. ini kalau swab semua kontak kepada kontak kepada kontak.... memang melonjak lah kes tp kbykn tak gejala.




Quote ninja9 3-2-2021 01:11 PM
macam2 pendapat keluar sekarang... nak hentikan maklumat untuk sedapkan hati? orang yang nak ketelusan mesti tak setuju.. kita perlu data dan semua limitasi data untuk tafsir keadaan sebenar supaya dapat dibuat analisis yg baik... contohnya cadangan naikkan denda disebabkan oleh peranan faktor manusia dalam penyebaran covid adalah satu bentuk cadangan yg berdasarkan data yang tetap mencanak naik
Quote FishHunter23 3-2-2021 01:11 PM
jazaa100 replied at 3-2-2021 01:04 PM
aku setuju dgn kau.....

apa yg aku nk tulis, kau dah tulis....


aku kadang2 pelik kenapa nak limit sangat sedangkan negara luar..turki, aussie lg la bukan negara Islam ..elok je bagi solat ramai asalkan jaga sop. siap bagi mask dan topeng percuma. kerajaan kena kaji balik... sampai bila nak limit orang beribadah sedangkan sendiri ckp kita kena belajar hidup ngn covid mungkin untuk jangka masa lama..

bila dalam tertekan akibat pandemik...carilah Allah.kerana silap langkah ramai yg mental akbt hlg kerja dan macam2 jadi kes bunuh diri..merompak dan sbgnya



[ig]https://www.instagram.com/p/CKoPlrCARoW/[/ig]

Quote auntieagony 3-2-2021 01:13 PM
Auntie nak tahu bilangan kes harian & nak tahu segala info yg berkenaan spt apa yg dibuat skrg ni.

Mengetahui ttg keadaan semasa adalah sgt bermanafaat drp sumber yg paling dipercayai (KKM) utk mempersiapkan diri akan tindakan yg sepatutnya auntie buat/tak buat.

Kalau info2 ni tak diberikan melalui sumber yg sahih, akan bertebaranlah berita2 palsu di internet.


Pasal solat berjemaah tu di masjid/surau, auntie sokong utk dikaji semula bila kes dah turun ke tiga angka @ 999 (contoh). Utk solat jumaat, bolehlah dibenarkan dgn SOP yg ketat.
Quote caprut 3-2-2021 01:17 PM
Edited by caprut at 3-2-2021 01:18 PM

Rakyat biasa dan KKM gak ngada2. Rkyat bila sakit teruk lmbt treatment salahkan staff kesihatan. Pakar2 KKM pon akta yg lama masih sibuk digunakan. Negara maju yg lain da bole start saman da siapa yg bwak penyakit berjangkit mcm HIV semua tu. Dulu bile ada rakyat malaysia buat report partner sex dia cabut kondom semua org gelakkan.
Quote caprut 3-2-2021 01:20 PM
Rakyat biasa dan KKM gak ngada2. Rkyat bila sakit teruk lmbt treatment salahkan staff kesihatan. Pakar2 KKM pon akta yg lama masih sibuk digunakan. Negara maju yg lain da bole start saman da siapa yg bwak penyakit berjangkit mcm HIV semua tu. Dulu bile ada rakyat malaysia buat report partner sex dia cabut kondom semua org gelakkan.
Quote Boomibulat 3-2-2021 01:20 PM
Kalau masa belum pkp jarang pgi masjid..tp bila dh lama sgt x pgi rasa rindu la pulak..
Quote FishHunter23 3-2-2021 01:21 PM
auntieagony replied at 3-2-2021 01:13 PM
Auntie nak tahu bilangan kes harian & nak tahu segala info yg berkenaan spt apa yg dibuat skrg ni.
...


itulah..orang tak kisah ikut sop kena solat jarak sekalipun walaupun dekat aussie sana elok je bagi solat rapat2 asalkan ikut sop.


sedih bila pergi masjid ramai dok tunggu luar pagar sebab dah tak boleh masuk... AllahuAkhbar. bahayanya covid dimasjid sampai macam tu sekali sedangkan masuk supermarket tak ada pun limit2 siap bersesak lama pula tu... apa salahnya bagi masuk tapi pastikan semua jarak.. ramai sanggup solat luar perkarangan masjid atas tanah pun janji dapat solat tapi tak juga dibenar masuk

harap kerajaan kaji lah... jangan putus bergantung harap pada Sang Pencipta. sampai bila nak limit2 macam ni... apa akan jadi dengan generasi anak2 akan datang... mereka mungkin tak kan kenal solat jumaat lagi kalau limit jemaah ni berterusan


Quote pu3_rania 3-2-2021 01:28 PM
ninja9 replied at 3-2-2021 01:11 PM
macam2 pendapat keluar sekarang... nak hentikan maklumat untuk sedapkan hati? orang yang nak ketelus ...

Setuju sangat
Bagi aku transparency itu amat penting
Quote auntieagony 3-2-2021 01:32 PM
FishHunter23 replied at 3-2-2021 01:21 PM
itulah..orang tak kisah ikut sop kena solat jarak sekalipun walaupun dekat aussie sana elok je b ...

Mungkin ada faktor2 yg menyebabkan kjaan berbuat demikian (bersangka baik).

Sbb jemaah2 yg istiqomah ke masjid selalunya golongan yg high risk (dah tua & ada penyakit berangkai2). Kalau diaorg batuk2 dan selsema, masih akan dtg dan buat muka selamba jer. Walhal kalau dah dlm keadaan begitu, solat jer lah kat rumah sbb skrg dunia tgh menghadapi pandemik.

Pernah semasa kes dah single digit dan jemaah wanita dibenarkan dtg solat berjemaah, auntie tengok ada jemaah yg asyik2 batuk tapi masih dtg, ada juga yg tak nak pakai mask semasa solat, ada yg bawak anak2 bawah umur w/pun dilarang (diaorg masuk sembunyi2 semasa iqamat dah dilaungkan). Dahlah tu, anak2 tu tak pakai mask. Selepas tu, auntie tak ikut uncle solat berjemaah.

Kalau diberikan kelonggaran, adakah jemaah2 akan mematuhi peraturan yg ditetapkan dan beretika tinggi? Itulah permasalahannya.
Quote LadyCarefree 3-2-2021 01:32 PM
ninja9 replied at 3-2-2021 12:11 PM
macam2 pendapat keluar sekarang... nak hentikan maklumat untuk sedapkan hati? orang yang nak ketelus ...

Agreed.

Solat xleh kt rumah? Jemaah je la dgn famili.
Quote LadyCarefree 3-2-2021 01:33 PM
FishHunter23 replied at 3-2-2021 12:11 PM
aku kadang2 pelik kenapa nak limit sangat sedangkan negara luar..turki, aussie lg la bukan negar ...

Australia ikut cara NZ atasi Covid-19. Beza gila dgn Msia.
Quote LadyCarefree 3-2-2021 01:34 PM
FishHunter23 replied at 3-2-2021 12:21 PM
itulah..orang tak kisah ikut sop kena solat jarak sekalipun walaupun dekat aussie sana elok je b ...

Hok aloh aussie keadaan xsama dgn kita. Kalau sama, bolehlah ok compare
Quote FishHunter23 3-2-2021 01:41 PM
LadyCarefree replied at 3-2-2021 01:34 PM
Hok aloh aussie keadaan xsama dgn kita. Kalau sama, bolehlah ok compare


tapi sebelum ni sama je data. lagi pun dorang pun dalam pandemik mestilah dorang pun tak nak kes naik tapi elok je bagi. kita start kena covid terus solat jarak.. terus limit2? fikir2 lah sendiri




Quote FishHunter23 3-2-2021 01:45 PM
LadyCarefree replied at 3-2-2021 01:32 PM
Agreed.

Solat xleh kt rumah? Jemaah je la dgn famili.


ayat macam ni dah banyak aku baca untuk counter siapa yg minta solat kat masjid.. hakikatnya tak sama solat dirumah Allah dengan solat kat rumah. lagi pun solat jumaat boleh buat kat rumah ke??


Quote TomyamPuteh 3-2-2021 01:48 PM
Jiran mak aku kt kg time blh pegi solat jumaat dia x pegi. Asal azan je kluar pegi mancing.lps x leh pegi masjid, dia la org yg plg bising. Siap terpekik2 nape x leh pg masjid la, x takut dosa la, apa nk jd la. Mcm2 spesies manusia ni.

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.098370 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top