CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

VIP Ke Tak VIP Ke, Kerajaan Tak Akan Berkompromi - Ismail Sabri

30-3-2021 07:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13124| Komen: 152

Description: Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu termasuk golongan selebriti dan orang kenamaan (VIP), yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu termasuk golongan selebriti dan orang kenamaan (VIP), yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

"Tidak ada sesiapa yang mengatasi undang-undang yang ada dalam negara kita. Semua rakyat tidak kira siapa, VIP ke tak VIP ke.


"Semuanya tertakluk kepada undang-undang dan sesiapa yang melanggar undang-undang, mereka akan dikenakan tindakan," kata Ismail Sabri pada sidang media harian Covid-19, petang Selasa.


Kredit foto: Berita Harian

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekecohan sejak kebelakangan ini mengenai golongan selebriti yang didakwa berkunjung ke tempat pelancongan memandangkan Kuala Lumpur dan Selangor masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di mana merentas negeri masih tidak dibenarkan.

Situasi yang berlaku sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak yang merasakan wujudnya 'double standard' dalam penguatkuasaan SOP.


Dalam pada itu, Ismail Sabri mendedahkan bahawa beliau turut menerima maklumat berkaitan pelanggaran SOP.

"Saya menerima setiap hari... gambar-gambar yang dihantar kepada saya mengenai berlaku pelanggaran SOP. Minta saya tangkap mereka ini.

"Saya nak jelaskan bahawa kerajaan menyediakan peraturan-peraturan, hukuman, kompaun dan sebagainya berdasarkan kesalahan yang dilakukan," ujarnya.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran SOP dilakukan oleh pihak polis, Jabatan Kesihatan atau sesiapa yang diberikan kuasa di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

"Jadi, kalau ada kes tak kiralah melibatkan selebriti ke sesiapa saja, kalau kita tahu kes itu berlaku... lapor kepada polis. Maka polis akan ambil tindakan.

"Saya pun kadang-kadang apabila dihantar kepada WhatsApp saya dengan gambar-gambar yang lengkap, saya akan forward juga kepada polis sebab bukan kuasa saya untuk mengambil tindakan menangkap atau menghukum sesiapa.

"Terserah kepada polis untuk mengambil tindakan atau tidak," kata Ismail Sabri.

Pada masa ini, rentas negeri hanya dibenarkan menerusi Gelembung Pelancongan Bersasar yang membenarkan pelancong bergerak dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), merentas negeri PKPP lain.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenolen 30-3-2021 07:20 PM
Walk the talk!
Quote Perawankota 30-3-2021 07:22 PM
OK baguslah.. Kita tgk kes trbaru ni kena saman x
Quote kivio 30-3-2021 07:23 PM
Erm yer yer, gitulah kau cakap daripada pkp 1 lagi.
Rakyat semua nampak jelas.
Tak perlu buat statement.
Quote chandrahusin 30-3-2021 07:24 PM
Cepat la saman mereka yg terlibat
Jgn stkt sembang gajah pun terbang
Quote xy_daen 30-3-2021 07:24 PM
Sembang...
Quote Normabaru 30-3-2021 07:25 PM
Talk talk talk
Quote kechikchomel 30-3-2021 07:26 PM
Okkkkkkk....KAMI PERCAYAAAAA
Quote bluebutter 30-3-2021 07:28 PM
Ocheee.

Bocheee.
Quote nikaido 30-3-2021 07:28 PM
Xpuas sembang lagi ka? Dah lebih setahun ni pkp
Quote Belibis 30-3-2021 07:29 PM
Iyo lahhh..
Quote Marylis 30-3-2021 07:32 PM
iyolah tu... hmmmm caya sgt
Quote zeitabaei 30-3-2021 07:34 PM
Saman semua vip yg buat majlis dari kayangan x kayangan.. .kp kesihatan pun baru je kahwinkan anak sama gak,  kerabat pun,  vip dan lain lain, leeyana rahman pun sama yg colab  wawa kosmetik tu dlm show... Eh ramai lagi la... Tlg buktikan jgn marhaen je kena
Quote sarah82 30-3-2021 07:35 PM
AKU NAK TAIP CAPLOCK.. PERGI MAMPOS LA MOD YG PILIH KASIH KALAU NAK POTONG TACANG AKU.

TAK PAYAH SEMBANG.. KAMI NAK TENGOK KENDURI KAWIN VIP YG X JAGA SOP KENA DENDA.

BUKTIKAN.

Sekian
Quote Beribear 30-3-2021 07:41 PM
Mulakan dgn majlis perkahwinan gah anak buah ketua negara.. Jgn double standard. Ramai tu rentas negeri time tu.. Ke tak valid dah sbb almost 1 month
Quote Buritan 30-3-2021 07:43 PM
zeitabaei replied at 30-3-2021 07:34 PM
Saman semua vip yg buat majlis dari kayangan x kayangan.. .kp kesihatan pun baru je kahwinkan anak s ...

Bekas kp polis hari tuu kawin ikut sop tak..
Quote ais_kosong 30-3-2021 07:44 PM
sembang...
ada yang kena ambil tindakan ke menteri2 yg langgor sop tuk tahun ni?
Quote harkktuih 30-3-2021 07:44 PM
Big bull sheeeeeeeeeet..
Quote mrsbale 30-3-2021 07:45 PM
sarah82 replied at 30-3-2021 07:35 PM
AKU NAK TAIP CAPLOCK.. PERGI MAMPOS LA MOD YG PILIH KASIH KALAU NAK POTONG TACANG AKU.

TAK PAYAH ...

I”ll believe it when i see it.
Shame on U pak menteri & PDRM.
Ni lah peluang korang nak bg rakyat respect balik.

If xde action against puak tu, ppl blh ke saman sivil menteri & polis sbb terang lg bersuluh plus siap bukti dorg double standard smp merisikokan rakyat?
Quote ina_na 30-3-2021 07:45 PM
Ala ckp je. Dia sendiri setiap kali terkantoi p bg org merentas negeri.. Bg bukak sana sini..

Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.062559 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top