CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Prebet Adam meninggal dunia di usia 60 tahun

31-3-2021 01:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13742| Komen: 86

Description: KUALA LUMPUR: Adam Jaafar, 60, atau lebih dikenali sebagai Prebet Adam yang pernah menggemparkan negara kerana mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada tahun 1987, meninggal dunia pada Selasa.



KUALA LUMPUR: Adam Jaafar, 60, atau lebih dikenali sebagai Prebet Adam yang pernah menggemparkan negara kerana mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada tahun 1987, meninggal dunia pada Selasa.

Dia dikatakan meninggal dunia tengah hari Selasa di Hospital Pulau Pinang, lapor MalaysiaGazzette.

Adam yang berasal dari Sungai Pinang, George Town dikebumikan di Dato Keramat, namun ahli keluarganya yang dihubungi portal itu enggan memberi sebarang komen.

Sementara itu, portal PenangKini melaporkan, dia menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Nama Prebet Adam tidak asing lagi, kerana pernah menggegarkan negara dengan satu peristiwa amukan berdarah di Jalan Chow Kit kira-kira 32 tahun lepas.


Dalam insiden tersebut, Adam telah melepaskan tembakan rambang sehingga menyebabkan seorang lelaki yang sedang melalui kawasan itu terbunuh.

Adam yang ketika itu berusia 26 tahun telah terlepas daripada hukuman mati sebaliknya dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan apabila disahkan berada dalam keadaan tidak siuman sewaktu tragedi itu.



Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 31-3-2021 01:26 AM
Innalillah. Ingatkan dah lama takda
Quote Cocoais 31-3-2021 01:37 AM
Takziah untuk keluarga..tragis kan cerita dia ni
Quote me12345 31-3-2021 01:59 AM
Takziah famili..
Quote liyamariska 31-3-2021 02:23 AM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote sarajevo 31-3-2021 05:05 AM
Takziah utk family.
Quote sukacactus 31-3-2021 06:01 AM
Salam takziah
Front page akhbar2 masa aku kecik2 dl
Quote Lengkong 31-3-2021 06:34 AM
Innalillah hiwainnailaihirojiun..takziah untuk ahli keluarga

Quote marla69 31-3-2021 06:41 AM
Al fatihah  ingat nama dia tapi lupa kes dia mengamuk.
Quote chandrahusin 31-3-2021 06:42 AM
Innalillah wainnaillah hirojiun
Quote cm_matjawasp 31-3-2021 06:53 AM
Tak berapa lama lepas Adam mengamuk , Pemuda Umno pulak mengamuk di Stadium TPCA
Quote otai_g 31-3-2021 07:16 AM
Innalillah.
Ni antara cerita legend kat msia.
Quote pichee 31-3-2021 07:18 AM
Unsung hero...moga roh beliau dicucuri rahmat.
Quote caprut 31-3-2021 07:18 AM
Dkt malaysia ni, kalau nk ubah sistem mmg susah. Siap org yg zalim tu, tk ikut undang2 dipuja
Quote MakcikLaksa 31-3-2021 07:55 AM
Mmg sial btl kalau jns dera mental fizikal ni dibenarkan kt kem semata2 atas nama askar kena tahan, kena kuat. Wtf! Askar tu manusia jugak. Elok2 org nak masuk askar berkorban untuk negara, senior pulak jd lahanat dok seksa2 junior. Bodo semoga neraka tmpt org2 yg mendera junior2 ni. Acik doakan musuh negara tembak kepala korg dlu. Phuih!

Zaman skang pun, rmai je yg senasib prebet adam ni tapi tak bersuara.. Even yg bersuara kat pihak atasan pun tak diendahkan..
Quote bondeh 31-3-2021 08:24 AM
MakcikLaksa replied at 31-3-2021 07:55 AM
Mmg sial btl kalau jns dera mental fizikal ni dibenarkan kt kem semata2 atas nama askar kena tahan,  ...

Setuju sangat2. Nak bagi kental palahotak dorang kan. Ini semua ikut system raging mat salleh. Stupid sangat.
Quote bondeh 31-3-2021 08:25 AM
Innalillah... semoga roh arwah dicucuri rahmat.. I tak jumpa2 lagi buku kisah arwah..
Quote bulalof 31-3-2021 08:48 AM
dulu pernah terbaca buku keluaran doobook kalau x silap. prebet adam ni hidup sorang diri. katanya tanak menyusahkan keluarga. tp mcm x diendahkan keluarga. dia lama jalani rawatan mental.

semuanya sebab dia dibuli teruk semasa jadi askar.
Quote kikuri 31-3-2021 09:00 AM
salam takziah... semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin
Quote xoic726 31-3-2021 09:08 AM
Innalillah...al fatihah...iolls pula ada terbaca kesahnya yang menyebabkan dia mengamuk tu..katanya adik beliau telah dipukul oleh VVVVVIPPP dengan kayu golf sampai mati...dan tidak mendapat keadilan di situewww...wallahua'lam

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.180864 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top