CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dipenjara 52 Tahun Rakam Aksi Gantung Anak Teman Wanita

13-9-2021 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2567| Komen: 12

Description: Seorang lelaki di Nebraska, Amerika Syarikat, dipenjara 52 tahun selepas menggantung anak perempuan teman wanitanya dan merakam perbuatan gilanya itu.
Seorang lelaki di Nebraska, Amerika Syarikat, dipenjara 52 tahun selepas menggantung anak perempuan teman wanitanya dan merakam perbuatan gilanya itu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu terhadap David J Coleman, 38, pada Selasa lalu atas kesalahan melakukan penderaan terhadap mangsa berusia dua tahun.


Gambar hiasan

Dia juga dituduh atas cubaan membunuh, namun rayuannya diterima dan ia ditukar menjadi kesalahan penderaan.

Tindakan kejamnya itu menyebabkan mangsa mengalami pendarahan serius.

"Ini adalah satu perbuatan yang sangat zalim," kata Hakim Daerah Kaunti Douglas, Duane Dougherty.


Dalam penghakimannya juga, Hakim berkata, sesuatu yang kejam apabila bertindak sedemikian terhadap kanak-kanak pada usia seperti itu.

Kejadian berlaku pada 14 Disember tahun lalu apabila tertuduh merakam perbuatannya yang melilit kain pada leher kanak-kanak berkenaan.

Kejadian itu berlaku pada dua waktu berbeza, namun mangsa terselamat.

Polis hanya dimaklumkan kejadian selepas beberapa hari kemudian apabila ibu mangsa menemui video kejadian berkenaan dalam telefon bimbit tertuduh.

Dalam video itu, Coleman menggantung kanak-kanak malang itu pada almari pakaian, dan ia diulang beberapa kali sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

"Lelaki itu juga dirakam menarik kasar kanak-kanak itu dan melepaskan ikatan kain bagi membolehkan mangsa bernafas.

"Mangsa kemudian menangis, namun dia sekali lagi digantung," kata Polis Ohama Detektif Alexis Boults.

Polis berkata, kejadian itu berlaku kira-kira lima minit.

Video kedua pula menyaksikan mangsa yang berada di dalam tempat duduk kanak-kanak sebelum diikat menggunakan kain merah jambu.

"Wajah mangsa kelihatan pucat akibat tindakan itu," kata Boults.


Sumber: Harian Metro

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 13-9-2021 12:26 PM
hope someone kills him in the same brutal way in prison
Quote Tokeybundle 13-9-2021 12:51 PM
Mental btl jantan x guna ni.mereput la kau dlm penjara tu
Quote sarah82 13-9-2021 12:52 PM
Babiiiiiiiiii.. Harap ada guard leak kan kesalahan dia dlm penjara.. Biar kena tabuh setiap hari dgn banduan lain.
Quote Fortiori02 13-9-2021 04:02 PM
Jahatnya jantan ni ..
Quote KamikuP 13-9-2021 05:01 PM
Hoh iblisnya pangai kokesen nih
Quote tumpanglalu74 13-9-2021 05:06 PM
Hakim2 ney sume benak..  Dari kes gantong ke kes dere?  Bodow punye hakim tak masok Oxford!!!
Quote bellaamsar 13-9-2021 11:08 PM
Elok buat yg sama kt dia. dasar syaitonn
Quote terma2nkondisi2 13-9-2021 11:12 PM
kejamnyaa..
Quote nakkomenjugak 13-9-2021 11:32 PM
Edited by nakkomenjugak at 13-9-2021 11:34 PM

Single parents ni kalau boleh tahan la loneliness/horny tu sampai anak dah besar/cukup umur.
Kadang orang yang dipilih tu sadis yaamat, kooo je yang tak tau.
50/50 chance untuk dapat yang okay.

Lagi teruk kalau mak/pak budak pun ikut sadis kadang ada yang dok biar, yelaa mungkin dendam kat ex partner, diluah nya kat anak. kesian anak tu
Quote Suchi 15-9-2021 01:11 AM
Siannya budak tu kecik sgt kot baru 2 tahun, trauma terukla dia.

Tah2 mamat saiko ni kapel ngn budak tu sbb dia suka mendera bebudak.
Tahla susah iols nak husnuzon ngn mana2 lelaki yg kapel ngn ibu tunggal ada ank kecik ni.
Duk mikir depa tu pedo ja
Quote mawardia 15-9-2021 02:31 AM
sarah82 replied at 13-9-2021 12:52 PM
Babiiiiiiiiii.. Harap ada guard leak kan kesalahan dia dlm penjara.. Biar kena tabuh setiap hari dgn ...

Selalu nya di offer kpd banduan2 lain utk di'ajar'
Banduan boleh masuk atas kesalahan apa pun hatta membunuh pun, banduan lain tak heran. Tapi bila melibtkan kanak2, mmg kena lah
Quote sarah82 15-9-2021 02:41 AM
mawardia replied at 15-9-2021 02:31 AM
Selalu nya di offer kpd banduan2 lain utk di'ajar'
Banduan boleh masuk atas kesalahan apa pun hat ...

Yap.. Kalau melibatkan kanak2 dan org tua mmg kena la banduan tu dgn banduan2 lain

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.060525 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top