CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Tak Reda, Datang Jumpa Saya Minta Maaf" - Imam Masjid Putrajaya

13-9-2021 12:13 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 18196| Komen: 157|Original author: Oleh: natrahn

Description: Baru-baru ini, tular video berdurasi 57 saat mendakwa hanya golongan tertentu diberi keutamaan untuk menunaikan solat Jumaat berbanding jemaah yang datang awal untuk beratur.


Baru-baru ini, tular video mendakwa hanya golongan tertentu diberi keutamaan menunaikan solat Jumaat berbanding jemaah yang datang awal untuk beratur.

Menerusi video itu, sebahagian jemaah dilihat beratur sambil membawa sejadah dan apabila VIP datang dengan menaiki kenderaan besar, pintu pagar utama dibuka untuk mereka.


Loading FB Post...

Susulan itu, ramai netizen yang tidak berpuas hati 'menyerang' laman Facebook Masjid Putra, Putrajaya berjemaah. Rata rata menyatakan isu antara dua darjat ini tidak sepatutnya berlaku.


Sementara itu, Imam Besar Masjid Putrajaya, Ikmal Zaidi Hashim menyelar tindakan pihak yang merakam dan menyebarkan video yang mendakwa seorang kenamaan (VIP) mendapatkan layanan istimewa. Tegasnya, ia adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Selain sengaja memburuk-burukkan seseorang, dia menyifatkan pihak terbabit mempunyai agenda tertentu untuk mencari salah orang lain.

“Saya nak cakap saya tak reda benda tu dan saya doakan supaya orang yang buat ini dapat hidayah Allah tetapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf,” katanya memetik laporan Kosmo!


Loading FB Post...

Mengulas lanjut, Ikmal berkata, jumlah kuota untuk solat jumaat bagi masjid Putrajaya adalah seramai 300 orang yang mana 90 peratus darinya (270 orang) adalah untuk orang awam manakala 10 peratus (30 orang) untuk VIP.

Mungkin pihak masjid perlu memberi kelonggaran selepas ini. Jika rakyat biasa boleh datang awal dan menunggu oleh itu golongan VIP perlu turut berbuat perkara sama agar isu seperti ini tidak berulang lagi.

Kita semua pendosa. Ingin masuk syurga. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 13-9-2021 12:23 PM
dulu2 kalau lawan cakap mufti, imam bagai ni akan dicop kapir, atheist, sesat, antihadis, syiah etc
Quote kotakominami 13-9-2021 12:28 PM
Nak kata 100% pihak masjid salah pon tak boleh.kita kena ingat jika terjadi kluster dr sini pihak masjid juga yg kena tanggungjawab. Daripada tuding jari baik kita pikir cara yg paling baik....masih ade ruang untuk penambah baikan..tolak tepi dulu caci maki tu....tak boleh setel problem pon...pada saye buang je sistem kuota buat sistem sape cepat dia dapat...jgn ckp nak bg peluang pade org yg kena kerja dtg lambat..ini ibadat.kita kena kejar. Nak seribu daya...
Quote LadyCarefree 13-9-2021 12:30 PM
Orang ugama apa perangai macam ni ya?
Quote AnBulisia 13-9-2021 12:35 PM
kouta VIP 10%
yang VIP dalam video tu berapa orang?
kalau yang baju putih tu dikira VIP yang lagi 3 orang pengikut tu pun dalam kouta  VIP juga ke?
kalau setiap VIP boleh bawa 3 orang pengikut, dah lebih dari 10%
Quote edayildiz 13-9-2021 12:47 PM
Saya nak cakap saya tak reda benda tu dan saya doakan supaya orang yang buat ini dapat hidayah Allah tetapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf

xhbs lg
xsangka org beragama pun gini
mksd sy perlu ke dia cakap gitu..mcm berlagak pulak mentang dia imam kat masjid situ..tok bilal, tok siak tamo menyampuk ke
Quote Rotisserie 13-9-2021 12:48 PM
Imam ni pikir dia punya redha je. Cuba imam tu di tmpt jemaah yg dh lama menunggu tu, apa rasa? Imam nk tanggung ke dosa umat yg tak dpt solat jumaat sb ada double standard mcm tu? Patutnya first come first serve la. Tak kisah dia org tu marhaen ke, vip ke hatta raja2 sekalipun, kalau lmbt jgn bg masuk.

Ye, mmg bab viral tu salah. Mmg zmn skrg semua benda nk diviral. Tp bab double standard pn xleh ignore jgk.
Quote scorpionkiki 13-9-2021 12:49 PM
Amboi pakcik...kalau rasullullah ada skrg, malu tengok perangai imam mcm ni...takbur sungguh
Quote becir 13-9-2021 12:49 PM
Eww imam hanat namanya ni..kahkah
Quote Rockafella 13-9-2021 12:56 PM
Langsung tidak mencerminkan kedudukannya sebagai imam.
Quote makita 13-9-2021 12:58 PM
Kisah sgt reda tak reda ni. Kalau betul la beriman dan org yg baik2...bagi penjelasan patu maafkan org yg salah fhm tu. Ni nak menjela2 suh jumpa mintak maaf
Quote laksmanabentan 13-9-2021 01:02 PM
amboiii Pak Imam pun sentap ker???
Quote Catpaw 13-9-2021 01:08 PM
entitlednya... mohon para asatizah ulas reda tak reda si imam ni. Imam mohon berfikiran terbuka, masjid tu bukan imam punya
Quote hotmak 13-9-2021 01:10 PM
beso beno pangkat ye nak kena merafak sembah ke dia
Quote bedahmenjuyah 13-9-2021 01:13 PM
Rotisserie replied at 13-9-2021 12:48 PM
Imam ni pikir dia punya redha je. Cuba imam tu di tmpt jemaah yg dh lama menunggu tu, apa rasa? Imam ...

Tenkiu uols dah summarize apa dlm kepala otak iols. Sombong jawapan imam.
Quote Friska 13-9-2021 01:17 PM
Lumayan arogan ini orang
Quote Nizleen86 13-9-2021 01:18 PM
Kenapalah manusia ni selalu dibrain wash dengan darjat..masa lahir kita semua sama manusia biasa. Karang mati sultan pun kebumi dlm tanah juga. Akhirat kelak tuhan tak tanya kau ni vip belah mana
Quote amansihat 13-9-2021 01:22 PM
harap rakyat tuntut gaji imam ni pun dibayar sama oleh rakyat Malaysia termasuk marhen satu malaysia.semoga setiap sen yg dia makan tu dipulangkan kembali kpd rakyat yg menunggu di luar sana nak masuk masjid tapi kena sailang dgn VVIP.harap kat padang masyar imam ni jawab kat rakyat apa yg kau buat sehingga menzalimi rakyat nak jumaat ko halang sebab lambat kononnya malah kuota marhen ko bagi kat VVIP dan drebarnya yg masuk lambat.harap imam ni mintak maaf seluruh rakyat Malaysia sebab makan gaji tak buat kerja dengan adil dan saksama.sila mintak maaf dulu kat rakyat Malaysia dan jemaah Putrajaya yg ikut peratran tapi ko pinggirkan sebab nak jilat VVIP
Quote tripleid 13-9-2021 01:22 PM
Edited by tripleid at 13-9-2021 02:41 PM


kasta masjid ni hidup subur zaman 17bulan PM abahcow..korang baru tau ka?

[fbp]https://www.facebook.com/suararakyatpage/photos/1962151993963308/[/fbp]

Quote meisapoya 13-9-2021 01:46 PM
X perlu kot musim saf limited ni. Nyampah pulak tgk siap reserve saf depan lagi. Generally lah.

Lihat semua komen(157)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.060827 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top