CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Selalu Dibandingkan Dengan Sepupu- Cucu Bakar Umah, Atuk Nenek Maut

17-9-2021 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4446| Komen: 32

Description: New Delhi: Gara-gara sering dibandingkan dengan sepupunya, seorang remaja lelaki bertindak membakar rumah dihuni datuk dan neneknya di Salem, Tamil Nadu, India, menyebabkan pasangan itu maut.
New Delhi: Gara-gara sering dibandingkan dengan sepupunya, seorang remaja lelaki bertindak membakar rumah dihuni datuk dan neneknya di Salem, Tamil Nadu, India, menyebabkan pasangan itu maut.


Times Now News melaporkan, insiden itu berlaku pada Isnin lalu dan suspek berumur 16 tahun.

Mangsa dikenal pasti sebagai Kaatu Raja, 70, manakala, isterinya, Kaasiyammal, 60.

Pada pagi hari kejadian, jiran mangsa mendengar jeritan dan terus bergegas ke lokasi untuk melihat apa yang berlaku.


Gambar Hiasan

Dia terkejut apabila melihat kebakaran di rumah mangsa.

Menurut The Indian Express, rumah mangsa berkunci dan jirannya cuba memecahkan pintu untuk menyelamatkan mereka tetapi gagal.


Dia kemudian menghubungi bomba.

Mangsa bagaimanapun tidak dapat diselamatkan kerana mengalami luka bakar yang teruk.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.

Cucu mereka ditahan polis untuk membantu siasatan.

Deputi Superintendan (DSP) Immanuel Gnanasekar berkata, suspek tinggal bersama ibu bapanya dan datang ke rumah datuk serta neneknya untuk melakukan perbuatan itu.

"Dia menyimpan dendam kepada keluarganya termasuk bapa saudara, datuk dan neneknya.

"Suspek memberitahu datuk dan neneknya sering membandingkannya dengan sepupunya serta meminta dia jadi seperti mereka.

"Kata-kata itu membuatkan suspek berasa tidak senang," katanya.

Difahamkan, suspek mengaku melakukan cubaan membunuh datuk dan neneknya dengan membakar rumah mereka.

Dia didakwa atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 17-9-2021 12:33 PM
Memang penat otak kalau dibandingkan dengan adik beradik sepupu sepapat ni.. Kalau tak boleh tune fikiran ambil sebagai pemangkin, memang boleh buat benda di luar kawalan...
Quote trexxxxxi 17-9-2021 12:44 PM
Mana2 leluhur pun kalau dok reja bandingkan dengan sepupu ka, jiran ka... Hilang jugak pertimbangan

RIP
Quote Artemesiaa 17-9-2021 12:48 PM
Bahaya bila ada yang dah hilang sabar macam dalam kes ni macam2 berani dilakukannya
Quote cmf_premierleag 17-9-2021 01:10 PM
padan muka atuk dan nenek nya yg suka compare cucu2
mak aku pun ramai cucu..tp tak kuasa mak aku nk compare among them
lantak koranglah nk jadi apa pun.
Quote midori_katana 17-9-2021 01:17 PM
bab banding membanding cucu-cucu ni mmg berlaku pun... kadang2 bukan cucu2 jer yg terasa, mak ayah pun terasa dek datuk nenek yg ntah tak puas hati kat mana,  sampai ke cucu dibandingkan juga!
Quote besi_kelabu 17-9-2021 01:46 PM
cash buat atok n nenek dia..

semoga jadi pengajaran untuk orang lain..
Quote bottombikini 17-9-2021 02:15 PM
benda zaman berzaman

teringat satu posting sorang jutawan kosmetik
dia membanding2 kan warna anak2 & cucu2 dia ada yg cerah ada yg hitam sikit
pastu dia claim anak dia warna putih kemerahan..aku cam krik2 sgt
kena bantai dgn follower2 dia

pastu dia jawab alah dah mmg camtu gurau2 famili je pun dah kenapa korang nak terasa
centu la lebih kurang dia jawab
Quote missus_meow 17-9-2021 02:19 PM
syukur arwah nenek ngan datok takde compare2, cuma ade yg mmg lebih rapat ngan dorang ... tu biasalahkan ....

mmg perangai sesetengah manusia suka banding2 ni ...
Quote Herlina 17-9-2021 02:21 PM
Nyampah la org yg dok banding2 ni.
Lagi satu nenek2 kat Mesia ni kalau cucu tu 'berupa' sikit mula la kata ikut muka ayah/ibu ni sbb ibu/ayah tu anak dia. Kalau tak berupa tu mesti ikut muka menantu.
Soalan paling nyampah ku dengar..."sayang ayah ke sayang ibu?"
Quote edayildiz 17-9-2021 02:26 PM
tu la jgn dk banding2 ank cucu..org normal pun boleh hilang kesabaran kalau asyik kena banding..i bc kt thread sblh ramai mak ayah jenis banding rupa ank2..xsangka ye ada gini..
tp i stress sikit parents i suka banding i ngn adik i jugak tp pasal perangai jer..

Quote MelahJanda 17-9-2021 02:28 PM
new delhi yindia pun pakai seksyen 302 kanun keseksaan ye
Quote cucutokwan89 17-9-2021 02:54 PM
Pengajaran utk semua
Quote slyfynx 17-9-2021 03:33 PM
Sape wartawan BH yang tulis artikel ni.
Bahasa.... dengan 'nya' berulang seratus pat belas kali, luka bakar.
Quote pxlbb 17-9-2021 05:28 PM
Iols anak feberet. Anak2 aku pun cucu feberet. Common knowledge dlm family. Tapi serious la tak best. Lagi tak best kalau aku duduk tempat adik beradik yang tak faberet.
Quote dani-rox 17-9-2021 07:15 PM
MelahJanda replied at 17-9-2021 02:28 PM
new delhi yindia pun pakai seksyen 302 kanun keseksaan ye

sbb dia org mcm kita jugak, ikut undang2 penjajah British
Quote nononcrux 17-9-2021 08:28 PM
jgn bandingkan koyak jiwa budak tgh nak membesar.. kalau dah tua kena bandingkan pon terasa koyak jugak
Quote nakkomenjugak 18-9-2021 03:22 AM
hmmm kes banding2 ni terjadik kat fam kawan iol
sekarang dah tak tahan, hati dah tak tenteram, dah amek dadih
terus terkeluar dendam dalam hati
dok gaduh dengan mak sampai benci mak sendiri
mak jenis kuat banding dan kongkong anak
Quote gideoncross 18-9-2021 04:57 AM
Herlina replied at 17-9-2021 02:21 PM
Nyampah la org yg dok banding2 ni.
Lagi satu nenek2 kat Mesia ni kalau cucu tu 'berupa' sikit mula  ...

Yg ni btul, kdg2 ksian plak tngok bila kna tnya camtu. Mcm lh ada bezanya d antara mak & ayah, yilek btul.
Quote gideoncross 18-9-2021 04:58 AM
nakkomenjugak replied at 18-9-2021 03:22 AM
hmmm kes banding2 ni terjadik kat fam kawan iol
sekarang dah tak tahan, hati dah tak tenteram, dah ...

Dlm kes ni iol lbih skong kat budak ni, klau tiap2 hri d banding2 kn, siapa2 pun boleh naik angin.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.126207 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top