CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tam Spider Asah Bakat Masa PKP, Guna YouTube Buat Duit

17-9-2021 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3536| Komen: 15

Description: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 menjadi masa yang sukar untuk dilalui oleh kebanyakan selebriti, namun vokalis kumpulan Spider iaitu Tam bersyukur kehidupannya tidak terlalu terjejas ...
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 menjadi masa yang sukar untuk dilalui oleh kebanyakan selebriti, namun vokalis kumpulan Spider iaitu Tam bersyukur kehidupannya tidak terlalu terjejas dan masih mampu bertahan.


Malah Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafah melihat perkara itu secara positif dan menggunakan masa terluang untuk menyelesaikan kerja yang tertangguh.

Penyanyi berusia 48 tahun itu juga mengambil peluang dengan menggunakan platform saluran YouTube untuk menjana pendapatan lain.


Foto: mStar

"Saya gunakan masa yang ada ini untuk buat macam-macam... selesaikan kerja yang tertangguh. PKP ini mungkin ada yang terjejas tapi Alhamdulillah, saya tidak.


"Saya memang banyak habiskan masa di studio dan ada benda baik juga sepanjang PKP. Saya pun selalu pesan pada kawan-kawan gunakan platform yang ada untuk asah bakat.

"Sepanjang PKP ini, saya berpeluang buat cover lagu yang saya suka dan muat naik di saluran YouTube saya. Dapat juga jana pendapatan di situ," katanya kepada mStar.



Tam berkongsi perkara itu ketika ditemui ketika majlis pelancaran Kebun Che Mah di Kemensah, Kuala Lumpur pada baru-baru ini.

Dalam pada itu, Tam turut memberitahu dia dan anggota kumpulan Spider mempunyai perancangan untuk menyambut ulang tahun ke-25 dalam industri seni.

Bagaimanapun, perancangan tersebut terpaksa ditangguh memandangkan aktiviti seperti konsert masih belum dibenarkan.



"Tahun ini merupakan ulang tahun yang ke-25 Spider dalam industri. Kami memang berhajat untuk lakukan sesuatu pada tahun ini.

"Sepatutnya memang ada perancangan nak buat konsert. Tapi semua perancangan itu tersangkut disebabkan pandemik Covid-19... tak boleh nak buat apa-apa.

"Kami pun terpaksa akur tapi ada juga mencari jalan untuk lakukan sesuatu. Nak buat konsert secara maya macam susah juga.

"Sudah tentu kami nak kongsi 25 tahun bersama peminat yang selama ini menyokong Spider. Insya-Allah kalau ada nanti kami kongsikan," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 17-9-2021 11:50 AM
Bila tau jumlah kim jong kok derma hasil youtube utk 2 ke 3 episod awal tu no wonder la ramai jadi youtuber.
Quote Daftpunk_shine 17-9-2021 12:14 PM
Tidak percaya
Dan pernah aku menduga
Kasih terpisah Dalam sekelip mata

Sukar untuk dimengerti
Berat untuk difahami
Mengapa mawarku berduri
Kau pelangi mengiringi gerimisku

Kau.. kau di dalam hatiku
Engkau dalam ingatan Kau sebagai kasihku Kekal sepanjang zaman...

Rindu ooo lagu-lagu spider {:childlike
Quote bakingsoda 17-9-2021 12:27 PM
lagu paling memorable aladin sbb setiap kali aku gi mart zaman kanak2 dulu mesti kedai tu tgh pasang lagu ni rindunya zaman kecil
Quote Tokeybundle 17-9-2021 12:29 PM
Lagu dia best2.suka dgr
Quote apedehal 17-9-2021 12:33 PM
Baguih xda la merintih itu ini xleh buat sempena kobid
Quote teen_angelJB 17-9-2021 12:36 PM
Crush once time..
Muka tam ni acah2 pemuda pemalu..ahak
Quote bedahmenjuyah 17-9-2021 12:42 PM
Bagus lah kuat kan usaha nak jaga keluarga
Quote orkid_amani 17-9-2021 04:03 PM
Masa juara lagu tahun bila ntah dy potong rambut pendek..sumpah nsem...mmg wow sgt
Quote nakkomenjugak 18-9-2021 03:09 AM
zaman sekolah dulu berkali2 nengok cite gosok
time tu Iman belon phd diploma still hensem lagi
Quote jointhecurse 18-9-2021 04:09 AM
teen_angelJB replied at 17-9-2021 12:36 PM
Crush once time..
Muka tam ni acah2 pemuda pemalu..ahak

Sama la . Crush gila zaman muda remajaa...hahahha
Quote lovelytouch 18-9-2021 07:12 AM
Lps gaduh dgn m. Nasir terus sendu tam ni ya.. mujur ad lgu2 zaman famous dulu
Quote ezacbee 18-9-2021 07:33 AM
lovelytouch replied at 18-9-2021 07:12 AM
Lps gaduh dgn m. Nasir terus sendu tam ni ya.. mujur ad lgu2 zaman famous dulu

Xtau lak gado dgn m.nasir.
Spider ni under luncai emas kann..
Quote axl_bach 18-9-2021 09:48 AM
Daftpunk_shine replied at 17-9-2021 12:14 PM
Tidak percaya
Dan pernah aku menduga
Kasih terpisah Dalam sekelip mata

Bila nak saksi kau datang terkulaibila nak saksi kau datang membelai
bila nak saksi cinta ku gapai

---------

Bagaimana bisa ku melupakanmu
pemilik wajah yang meruntun di kalbu
sekali tersenyum berzaman ku rindu
dalam lena masih jua mimpikan mu
Quote cikenit2007 18-9-2021 12:42 PM
Bagus la ..crush juge zmn2 dulu
Quote sudirmanistas 18-9-2021 02:36 PM
lovelytouch replied at 18-9-2021 07:12 AM
Lps gaduh dgn m. Nasir terus sendu tam ni ya.. mujur ad lgu2 zaman famous dulu

Bila masa pulak gaduh dgn M. Nasir? x tau pun.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.289866 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top