CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air

29-4-2024 07:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5407| Komen: 3

Description: PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air yang disyaki telah melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya.


PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air yang disyaki telah melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya.

Difahamkan, ia membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan bernilai kira-kira RM300,000.

Menurut sumber, pemimpin berkenaan juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta yang mana syarikat-syarikat tersebut mempunyai kepentingan dengan anaknya.

Katanya, projek-projek tersebut juga dipercayai dimonopoli oleh anak pemimpin tersebut dengan menggunakan beberapa lesen syarikat-syarikat di bawah kawalannya.

“Kesalahan tersebut dipercayai dilakukan sejak Januari tahun lalu hingga Mac 2024 dan syarikat-syarikat tersebut turut disyaki telah mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran matan palsu bagi kerja-kerja tersebut selain diberikan komisen kira-kira lima peratus daripada nilai projek.


“Setakat ini, sebanyak 15 buah syarikat telah dikenal pasti dikawal oleh anak pemimpin tersebut dan antara kerja-kerja yang dilakukan adalah melibatkan pembekalan air mineral serta pembekalan hamper dan cenderahati,” katanya.

Sementara itu, Ketua pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung perkara tersebut. 

Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote s@s@ 29-4-2024 09:42 AM
mb perlis lagi ka?
Quote Kak-Rohana 29-4-2024 08:50 PM
kalau sprm..mesti walaun
Quote MarryPottet 30-4-2024 08:44 AM
Negeri yg rakyat dia ada 8 orang je tu kan
Besan kepada chief lobai, mantan duta khas ke timur tengah bertaraf menteri makan gaji buta rm80k sebulan andddd makan gaji buta sebagai wakil rakyat jugop sebab kaki ponteng sidang parlimen

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.043107 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top