CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki berpakaian wanita ditangkap polis

29-4-2024 07:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5506| Komen: 3

Description: RIYADH – Pihak berkuasa keselamatan Arab Saudi mengumumkan penahanan seorang lelaki yang memakai pakaian wanita di ibu kota negara itu, Riyadh, lapor laman berita Gulf News hari ini.

RIYADH – Pihak berkuasa keselamatan Arab Saudi mengumumkan penahanan seorang lelaki yang memakai pakaian wanita di ibu kota negara itu, Riyadh, lapor laman berita Gulf News hari ini.

Bahagian Am Keselamatan Awam dalam satu kenyataan ringkas berkata, suspek ditangkap oleh anggota peronda polis di Riyadh.

Lelaki tersebut ditangkap selepas muncul dalam satu klip video yang menunjukkan dia memakai pakaian wanita ketika berada di dalam pengangkutan awam.

“Langkah-langkah yang mengikut prosedur telah diambil,” kata pihak berkuasa tanpa memberikan butiran lanjut.

Kenyataan itu dibuat selepas video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki muda berpakaian wanita sedang duduk di dalam kereta api.

Berdasarkan undang-undang negara itu, orang ramai yang memakai pakaian di khalayak ramai dengan cara yang menyerupai jantina lain berdepan hukuman penjara tiga tahun. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 29-4-2024 01:45 PM
aikk bukan ke saudi dah berubah jd liberal..ada video tunjuk perempuan slumber buka tudung..patung mohd salman ngan kuil terbesar pun dah ada
Quote melinda_kerr 29-4-2024 05:35 PM
laaa nape tangkap.. tk open minded lah gitu. sana tudung pun boleh dah tk pakai kan.. apalah sgt kalau sek2 pondan ni.
Quote Kak-Rohana 29-4-2024 08:17 PM
drag kuin

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.162898 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top