CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular hidangan durian goreng bercili di China

29-4-2024 08:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10166| Komen: 11

Description: SINGAPURA – Sebuah rakaman video yang memaparkan hidangan durian goreng di China menjadi tular di media sosial Singapura, namun ramai menyatakan rasa tidak tertarik untuk mencubanya, lapor portal be ...



SINGAPURA  – Sebuah rakaman video yang memaparkan hidangan durian goreng di China menjadi tular di media sosial Singapura, namun ramai menyatakan rasa tidak tertarik untuk mencubanya, lapor portal berita Today.

Dalam video yang disiarkan di Facebook baru-baru ini, kedengaran seorang pelanggan memesan semangkuk nasi durian dalam bahasa Mandarin daripada seorang penjaja jalanan.

Penjaja itu kemudian menambah lobak merah, bahan perasa, bawang putih dan cili padi cincang ke dalam kuali.

Dia turut memasukkan segenggam buah strawberi ke dalam kuali.

Peniaga tersebut kemudian menambah gula, kicap, daun ketumbar dan bawang hijau yang dicincang sebelum akhirnya menyenduk adunan ke dalam mangkuk nasi putih.

Pelanggan tersebut membuat kesimpulan pada akhir video bahawa hidangan itu lazat tetapi tidak menepati citarasanya. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 29-4-2024 10:19 AM
apa yg pelik, kerengga pun deols makan
Quote BoongaKertas 29-4-2024 11:14 AM
sdgkan kelawar and tikus yg superjiks tu pun mkn, apetah lg durian yg sdp. tp loya tgk menu ni.
Quote imransulaiman 29-4-2024 11:37 AM
Edited by imransulaiman at 29-4-2024 11:39 AM

Orang Sabah dah lama buat menu ni rasanya.. Dorang tumis durian yang isi warna merah..
Quote Clan204 29-4-2024 01:27 PM
try tambah cheese pastu jual kat malaysia... hahaha
Quote green~tea 29-4-2024 01:31 PM
Orang sarawak dah lama buat tempoyak goreng

Sedap gilaaaaaaaa
Quote Decaffeinated 29-4-2024 01:46 PM
bau pun dah macam cat's urine, how wrong can you get...
Quote I.K.A888990 29-4-2024 02:39 PM
benda dah elok mkn mcm tu
ditambahnya bermacam perisa
Quote anony-mous 30-4-2024 07:19 AM
Kita pon buat jd tempoyak noks
Quote dua_chzy 30-4-2024 07:21 AM
No. Pu yau. Nehi nehi andwae.
Quote dua_chzy 30-4-2024 07:23 AM
imransulaiman replied at 29-4-2024 03:37 AM
Orang Sabah dah lama buat menu ni rasanya.. Dorang tumis durian yang isi warna merah..

Durian isi merah tu tak berapa manis. Kalau masak jadik savoury dish, sesuai.

Quote hokeypokey 30-4-2024 07:35 PM
ni mcm sambal tempoyak ler.. lemak2 pedas

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.095039 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top