sherrina Publish time 5-2-2007 11:18 PM

Seronok tak terkira apabila anak Shifa' yang seorang tu dah boleh membaca sikit2.....umpan dia suh blaja baca cepat2 supaya leh baca komik Doremon :P

Selain tu, 15 minit sebelum kelas tamat akan diadakan kuiz english spelling. Ini antara aktiviti untuk membantu mereka minat dalam subjek English :)

Syd Publish time 6-2-2007 09:17 AM

ko nih penyabar ek orangnya sherrina, aku agak.

aku tak pasti aku mampu jadik sukarelawan yang ok
bila masuk bab2 ngajar nih

hangin satu badan punye spisis

:P

sherrina Publish time 7-2-2007 12:26 AM

Syd,
jadik cikgu ni penyabar tu memang kene pakejkan dalam diri. Kalau tak sabar, memang tak tahan jadi cikgu. Sabar ngan budak2 takde hal, insya' Allah small matter. Kene bersabar ngan orang dewasa, setipis kulit bawang jugak kesabaranku ini....

sukarelawan tak semestinya mengajar. Banyak akiviti yg bagus2. Misalnya tolong hiaskan rumah, kemas, bacakan suratkhabar utk orang buta/tua dan mcm2 lagi.

Dulu sherrina ada volunteer utk taipkan buku dari buku ke softcopy utk Majlis Orang Buta tapi tak selesai sebab terlalu sibuk. Bagi yg nak menyumbang tapi tiada masa nak ke tempat kebajikan, leh tanya Malaysian Association of Blinds sebab mereka sentiasa perlukan sukarelawan utk menaip buku-buku untuk dicetak dalam tulisan Braille, bacakan buku kpd orang buta dan mcm2 lagi. Tempat mereka pun senang nak sampai, di Brickfield aje.

www.mab.org.my

Syd Publish time 7-2-2007 10:01 AM

haaaa
bab2 baca suratkabo ke
yang mana tak menguji kesabaran aku
tapi aku sendiri enjoy ngan aktiviti tuh..
mmg aku senang sangat lah..

sherrina, ada tak orang (ni sbg contoh ye) dia bawak anak2 dia sekali sefamili, tiap2 minggu datang ke sesebuah tempat tuk buat keje2 amal nih? aku terpikir pasal nih malam tadi. aku rasa bagus dedahkan budak2 dgn benda2 mcm nih

sherrina Publish time 7-2-2007 01:48 PM

Syd,
ada...mostly yg sherrina penah nampak ialah chinese family. Mmg dijadikan sebagai aktiviti keluarga. Instead of tiap2 weekend lepak KLCC, depa ubah lepak di pusat kebajikan. Parent bantu kerja2 spt mengemas, memasak dan anak2 main dan blaja ngan kanak2 disitu. I really salute this kind of family and usually anak2 mereka turn up to be anak2 yg baik.

Syd Publish time 7-2-2007 02:30 PM

isk..
aku teruja nih sherrina

sherrina Publish time 7-2-2007 11:06 PM

Syd,
come an join the crowd. Seriously, once you get in....mmg addicted especially when you already fall in love with the people you are dealing with. There are still many things need to be done, more hands needed to help in.

Sherrina dapat info ni dari email, jika berminat leh lah jenguk2 dan join the crowd.

Program Terkini
Mesyuarat Sukarelawan Amal Nurhikmah
February 10, 2007 (3:00 pm - 7:00 pm)
(Majlis) Mesyuarat para sukarelawan Nurhikmah bagi mencadangkan program-program Nurhikmah akan datang, serta membentuk Jawatankuasa Penganjur bagi program-program yang bakal dilaksanankan
http://www.nurhikmah.org.my/home/

sitanjung Publish time 12-2-2007 02:45 PM

thx syd, info yang amat diperlukan...selama ni tak tgk pon kat sini...tp ari ni Allah bg pertunjuk soh bukak kat sini...

Syd Publish time 21-2-2007 10:23 PM

perlu feedback dari semua;

ada satu persatuan ni mintak pendapat aku

dia kasitau tahu salah satu prog persatuan yang dia dok dalam nak wat lawatan ke rumah anak2 yatim / sewaktu dgnnya...

dan dia ingin tahu.....jika korang ada mana2 umah anak yatim / sewaktu dgnnya yg selama ini kurang dpt tumpuan dan bantuan.

sila pm aku eh.

tq

ze|da`z Publish time 24-2-2007 01:44 PM

Originally posted by earthfault at 3-11-2006 02:45 PM

Masa hari raya pertama cuba cari rumah anak yatim ni, tapi diorang dah pindah, dah tak ada kat situ.
Jiran2 pun tak tahu ke mana mereka pindah.
Disebabkan nak tunaikan hajat, aku pergi pulak...


a'kum & hi all..

i just spoke with ust sharimah just now.. memang depa semua dah pindah to a new house.. tapi masih menyewa.. kalau tak silap kata asrama tu pindah ke Taman Setapak.. insyaAllah i will be meeting ust sharimah next tuesday.. will update you guys later :) take care n have fun :D

~ze|da`z~

nal Publish time 8-4-2007 12:04 PM

BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU

BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU ialah rumah anak yatim yang akan dibuka di Masjid Lama Bukit Sekilau, Kuantan khusus utk anak yatim islam perempuan.Kami sedang mencari anak - anak yatim perempuan berumur 9 - 12 tahun sekitar Kuantan, Pekan, Temerloh(keutamaan sahaja).dan kawasan berhampiran.

Kami juga sedang mencari Penjaga (2 kekosongan), syarat
- Wanita atau Ibu tunggal
- Sanggup tinggal dan menguruskan bersama anak - anak yatim, kasih - sayang
- Islam
- gaji tetap

Siapa yang berminat boleh hubungi terus talian 016-9868625 atau 019-9507423

Kami juga mengalu alukan kepada sesiapa yang berminat menjadi sukarelawan boleh berhubung dengan kami.

nal Publish time 8-4-2007 12:05 PM

BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU

BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU ialah rumah anak yatim yang akan dibuka di Masjid Lama Bukit Sekilau, Kuantan khusus utk anak yatim islam perempuan.Kami sedang mencari anak - anak yatim perempuan berumur 9 - 12 tahun sekitar Kuantan, Pekan, Temerloh(keutamaan sahaja).dan kawasan berhampiran.

Kami juga sedang mencari Penjaga (2 kekosongan), syarat
- Wanita atau Ibu tunggal
- Sanggup tinggal dan menguruskan bersama anak - anak yatim, kasih - sayang
- Islam
- gaji tetap

Siapa yang berminat boleh hubungi terus talian 016-9868625 atau 019-9507423

Kami juga mengalu alukan kepada sesiapa yang berminat menjadi sukarelawan boleh berhubung dengan kami.

sibel Publish time 1-5-2007 06:13 PM

Reply #126 True-X's post

ape la best sangat keje ngan bebudak tu?

irish_ieka Publish time 13-5-2007 02:27 AM

bulan lepas ieka pegi kat RUMAH ANAK YATIM DAN MISKIN PENYAYANG BESTARI kat Banting.... errr tp terkezut gak lerw bile tgk diorang pun ade hp hee hee.... maybe anak2 yatim yg tkde penjaga tuh ade duit cume tkde penjaga nk m'jaga diorang. tp besh sgt tgk suasana kat situ..cool aje.. sedap mate memandang tkde la mewah sgt dan tak daif sangat.:loveliness:tp paling best bile masuk waktu solat Zuhur semuanye blk asrama siap2 nk ke masjid... pastu lebih kurang semua pakai baju melayu(x t'masuk pompuan yerk)... then ade la wat aktiviti ngan diorang.. yg penting diorang sume sporting !:P

sherrina Publish time 26-5-2007 01:15 AM

Reply #153 sibel's post

sumbangan ko apa pulak?

MamaIlya Publish time 2-6-2007 08:58 PM

Reply #153 sibel's post

Sibel ni cakap macam bagus...tapi hampeh sebenarnya... :jeling:

BTW, pagi tadi Shah singgah di Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kampung Medan, kat Lorong PJS2C/11C, Taman Sri Medan to give donation. Info dapat dari thread ni la. Credit to Syd, for the info and to other forummers too... :tq:

Alhamdulillah, dapat juga bertemu dengan Hajah Kamariah, pengasas rumah ni. Masa sampai tu, nampak ramai ibu2 tunggal tengah masak lunch kat bangsal luar rumah. Dalam rumah pula, budak2 tengah belajar mengaji dan yang kecik2 tu tengah baca buku cerita. Menurut Hajah Kamariah, now they have 65 ibu tunggal and 89 anak yatim. And what they need most is sumbangan berbentuk tenaga pengajar sukarela every weekend, food and some money untuk bantu persekolahan budak2 tu. It's really a humbling experience today for me and my family. I hope kalau ada la kawan2 yang stay nearby Sunway, Old Klang Road or Taman Medan, to come and help them in any way you can.

Syd Publish time 8-6-2007 09:57 PM

Wajib membantu anak yatim

SOALAN

Apakah hak anak-anak yatim, cara terbaik menggauli mereka dan peranan rumah-rumah anak yatim?

JAWAPAN:
Pertamanya, elok kita lihat takrifannya. Ulama telah mentakrifkan anak yatim sebagai: 긂pabila seorang kanak-kanak kematian bapanya sama ada lelaki atau perempuan yang belum baligh, maka mereka digelar yatim

iman_hidayat Publish time 18-6-2007 09:09 PM

BAIT AL-AMIN
RUMAH ANAK-ANAK YATIM DAN WARGA MISKIN
KG. TENGAH, 32800 PARIT,
PERAK DARUL RIDZUAN

TEL / FAX: 05-3773717

PENGERUSI : EN. ROZELAN BIN ZAMZURI
HP               : 017-4013738

BILANGAN PELAJAR : 50 ORANG
TENAGA SUKARELAWAN : 6 ORANG

".... Nun di sana..mereka meratap hiba mengenangkan nasib diri tanpa belaian kasih sayang dari seorang ayah atau pun ibu..tersentuh hati bila si anak kecil bertanyakan kenapa dia tidak pernah melihat wajah ayahnya...namun apakan daya si anak kecil....ayah mu telah pergi menyahut seruan ilahi....."

Anak-anak di rumah anak-anak yatim dan warga miskin ini satu ketika dulu pernah dipaparkan kisah kehidupan mereka dalam program bersamamu TV3...begitu tersentuh hati...pada mata kasar anak-anak ini riang girang seolah-olah tiada apa yang berlaku...namun di satu sudut hati kecilnya...hanya Allah yang tahu...pasti mengalir juga air mata membasahi pipi.

Seandaikata ada masa yang terluang...jenguk-jenguk lah anak-anak ini...bukan setakat di rumah anak-anak yatim Bait Al-amin ...namun dimana-mana jua mereka berada.

salamz.

salina4033 Publish time 19-6-2007 02:07 PM

nak ambik anak angkat

a'kum.... sesiapa yg tau... dlm byk2 umah anak yatim ni...yg mana yg ada baby utk diambil sbg anak angkat ekk? saya berminatla.... dah 2 thn kawin tp blm ada tanda apa2 pun lagi... umo pun dah semakin tua ni...:'(

fleurzsa Publish time 19-6-2007 08:51 PM

Reply #159 salina4033's post

kata org elok ambil anak angkat di kalangan sedara mara atau org miskin

ambil anak angkat kat rumah anak yatim byk prosedur n rumit
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13
View full version: Rumah Anak-Anak Yatim / Rumah Kebajikan


ADVERTISEMENT