adore_cat Publish time 15-5-2008 04:13 PM

sedapnya mata memandang suma gambar ni.....laparnya pula...;P

pilot Publish time 15-5-2008 05:11 PM

Reply #415 dahayu's post

amboi nampak segarnya pucuk paku tu :loveliness:

unik-woman-warr Publish time 27-5-2008 03:44 PM

Sayur Campur Chinese Style

Salam, UWW dah beli bahan2 berikut utk stir fry, sapa ada resepi yg mantap ya?

Shiitake mushrooms (fresh)
Baby salad
Celery
Fresh peas
Capsicum merah
Carrots
Chicken meat

Lain2 : Oyster sos, kicap, tepung jagung

:lol: Thanks!

leez255 Publish time 27-5-2008 03:54 PM

smlm leez tgk rasa halal orient kat astro , cara dia masak sayur campur cam alahai senang sangat. Tak payah masuk segala mak nenek sayur cuma mushroom and sawi jer. Nampak sedap sgt..

ayiepk Publish time 27-5-2008 04:02 PM

meh aku ajar masak best punya..

selain bahan2 diatas..

1. bawang putih 2 bijik
2. sos tiram 3 sudu besar
3. kicap 3 sudu besar
4. garam secukup rasa
5. lada sulah
6. udang 8 ekor

cara-caranya..

1. panaskan minyak sedikit..
2. tumis bawang putih yang dicincang halus..
3. masukkan udang 8 ekor..
4. masukkan sos tiram n kicap..
5. masukkan sedikit air..
6. masukkan sayur2 segala..
7. masukkan lada sulah..

nah, sedia terhidang utk anda..sayur chap chai..

sueria_azlee Publish time 27-5-2008 04:12 PM

aku mmg suka sayur campur..x kira la chinese style..malay style..indian style..sumer aku belasah..;P ;P ;P

unik-woman-warr Publish time 27-5-2008 04:20 PM

UWW nak masak sbb tgk halal orient lah tu hehhe... tapi tak sempat tengok abis. Saja masuk carrot & capsicum merah supaya dapat kombinasi colours yg comei...

Ayie, mekasey! Nak masak jap gi, try combine bahan2 ayie skali..

datin_antik Publish time 27-5-2008 11:47 PM

sayur capcai memang sodap dimakan panas2,suka sangat2!:loveliness:

hantamal Publish time 28-5-2008 02:01 AM

sayoq style chinese bahan wajib nye garlic & soy sauce.....sos tiram pun ok....
pastu kalu nak kuah pekat boh tepong kanji sket....
x pun puteh teloq.....
tabur lada itam sket....
peerghhhh meleleh ayaq liuq dah ni;P ;P ;P

ladida Publish time 28-5-2008 02:10 AM

i love sayor campo goreng....pergghhh sodapnya :sweat3:

chef_katak Publish time 3-6-2008 10:55 AM

me buat camnih...slalunya buat banyak2 pastu makan ja sayur tu...xyah makan nasik
bahan2:
brocoli, pak choy(kecil), hirisan mushroom shiitake,tofu telur,sos tiram,garlic,udang kering

mula2 buat sos dulu..garlic ngan udang kering tuh chop sampai halus pastu tumiskan...pastu masuk sos tiram n mushroom,tumis..tambah air sikit then salt,pepper..siap..tgk la kalo x pekat nak tambah tepung jagung pun boleh

tofu telur potong nipis,pan fried..letak minyak sikit jek,nak kasik permukaan dia brown n garing sket

pastu sayur just celur..masukkan minyak ngan garam dalam air celur..siap

letak tofu telur dulu kat pinggan..susun biar cantik,then letak sayur..pastu bleh siram sos tuh atas dia..
nanti kalo me buat me letak gamba kat sini...selamat mencuba

hanieliza Publish time 27-6-2008 10:53 PM

semasa balik Kedah cuti sekolah baru2 ni kkliza telah membeli rebung jeruk yg dijual di Pekan Rabu untuk dibawa balik ke Kerteh dan masak..
aceli rebung jeruk ni banyak dijual di Kedah dan negeri utara Malaysia...susah nak jumpa kat tempat lain...
harganya sekitar RM4.00 - RM5.00 sekilo..

kakliza terlupa nak amik gambar..so akak jumpa gambar dari tenet...
mungkin ada yg tak pernah tenguk..tapi bila dimasakkan gulai/kari ..aduhhhhh..enak banget dongg....

http://www.thaitable.com/images/ingredients/pictures/5Bamboo%20shoots.jpghttp://www.filehive.com/files/080625/5Bamboo-shoots1.jpg


so kakliza pun masak gulai dicampurkan dengan hirisan daging..masakkan sehingga pekat...
boleh juga gantikan daging dengan tulang atau udang
so far rebung ni kakliza x pernah buat masak lemak ciliapi...
so tak tahulah sedap atau tidak rasanya...




http://www.filehive.com/files/080627/Gulai-Rebung---Daging.jpg

GULAI REBUNG & DAGING

Bahan
500 gm rebung jeruk
200 gm daging
3 cawan santan
1 s/b kerisik
2 keping asam keping
3 s/b minyak
garam

Bahan Tumis
3 s/b rempah kari daging
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk
2 cm halia ]
1 cm kulit kayu manis
daun kari

Cara
1. Rebung dipotong pendek dan basuh. Rebuskan sehingga agak lembut. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan santan, daging dan rebung dan masakkan sehngga daging lembut.
4. Masukkan garam dan asam keping.
5. Perlahan api. Masak sehingga agak pekat dan naik minyak
5. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

[ Last edited byhanieliza at 28-6-2008 09:18 AM ]

kimoree Publish time 27-6-2008 11:44 PM

Reply #423 hanieliza's post

Kak Liza,gulai rebung memang kesukaan saya cuma bila masak tu kadang2 bau hancing sikit.
mungkin saya ni tak pandai pilih dan basuh kot.

razhar Publish time 28-6-2008 12:32 AM

macam mana nak buat sayur campur telur?

hanieliza Publish time 28-6-2008 09:22 AM

Originally posted by kimoree at 27-6-2008 11:44 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Kak Liza,gulai rebung memang kesukaan saya cuma bila masak tu kadang2 bau hancing sikit.
mungkin saya ni tak pandai pilih dan basuh kot.

aceli rebung jeruk yg nipis tu mmgberbau agak kuat sikit..macam hancing...
bukan kimoree salah beli atau salah masak...

tapi rebunng yg kkliza masak ni adalah rebung hutan yg banyak dijual di negeri utara mesia..
payah nak jumpa kat kawasan/negari lain..

hanieliza Publish time 28-6-2008 09:24 AM

Originally posted by razhar at 28-6-2008 12:32 AM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
macam mana nak buat sayur campur telur?

biasanya kkliza tumiskan sayuran campur tu macam masak sayur biasa..
pastu masukkan telur dan kacau rata..
biarkan telur tu masak dan sayur lembut sikit baru angkat...

hanieliza Publish time 28-6-2008 09:35 AM

baru2 ni kkliza nak masak pucuk paku tumis ngan belacan tapi kehabisanbelacan pulak..
so kkliza just tumbukkan cili dan add budu semasa tumis..
hasilnya sungguh sedap..wangi jer masa tumis tu..
jomlah kita cuba...:P

http://www.filehive.com/files/080627/IMG_1749a.jpg

PUCUK PAKU GORENG BUDU

Bahan
500 gm pucuk paku > potong dan bersihkan
3 urat kacang panjang
2 s/b minyak
2 s/b budu

Bahan Tumbuk
50 gm ikan bilis
5 tangkai cili merah
10 tangkai ciliapi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sayur pucuk paku dan budu.
3. Kacau rata dan tutup kuali sebentar.
4. hidangakn dalam pinggan bersama nasi putih.

maisya Publish time 1-7-2008 10:26 AM

Bendi goreng kicap
http://img.photobucket.com/albums/v334/maisya/bendigoreng.jpg

nazlinda04 Publish time 1-7-2008 10:45 AM

Originally posted by natashadania123 at 2-5-2008 12:11 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
sori lupe lak nk bgtau..
.masak lemak kuning tu..


oo kalau style org negeri sembilan senang je.

Bahan2
segenggam cili api
2inci ibu kunyit
Ikan talang
3 biji terung bulat tak perlu buang kulit dibelah empat:loveliness:
serai sebatang
Santan yang diperah dari 1 biji kelapa

cara:
Tumbuk cili api dan kunyit hingga lumat. masukkan bahan tumbuk tadi kedalam santan dan jerang atas api hingga mendidih.
masukkan terung, ikan kering dan serai. Masak hingga terung empuk dan sesuaikan rasa. Kalau agak tak masin tambah garam sikit. sebab ada jenis ikan talang tak berapa masin.. siap utk dimakan.. nyum3:P

LVgirl Publish time 12-7-2008 11:45 PM

Sayur Bayam goreng simple.
http://i187.photobucket.com/albums/x109/LVgirl78/Picture075.jpg

[ Last edited byLVgirl at 14-7-2008 10:38 PM ]
Pages: 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 [22] 23 24 25 26 27 28 29 30 31
View full version: ANEKA RESEPI SAYUR


ADVERTISEMENT