yramlee Publish time 17-11-2006 10:53 AM

Kalau kita perhatikan sasilah sultan Brunei ini.adalah .sezaman nya kesultanan melayu melaka..1402 - 1511
sdr laila ada tak di catit dlm sejarah brunei bila agama islam mula bertapak di brunei??
Pernah tak menjalin perhubungan dgn kesultanan Melayu melaka..??
Pada era sultan Naruruddin 1690 - 1705 ....kedatangan Dato Godam di Daerah saibas sarawak ...bertapak nya orang melayu di tempat saya. ..orang di kws saya bukan dari keturunan Dato merpati jepang spt di dakwa oleh setengah pihak dan di dlm sejarah...Temenggong kadir / dato Godam adalah orang melayu pertama berpindah dari brunei seterusnya mendiami daerah ini ( saribas )........

LailaTempawan Publish time 17-11-2006 01:59 PM

Originally posted by yramlee at 17-11-2006 10:53 AM
Kalau kita perhatikan sasilah sultan Brunei ini.adalah .sezaman nya kesultanan melayu melaka..1402 - 1511
sdr laila ada tak di catit dlm sejarah brunei bila agama islam mula bertapak di brunei??
...


Sebetulnya, begitu banyak ahli-ahli sejarah masih kurang pasti dengan kedatangannya Islam di Brunei, ada yang mengatakan bahawa Islam telah pun datang di Brunei pada kurun ke 13.. tetapi ada juga yang berpendapat ia telah datang pada kurun ke 12 dan ada juga yang mengatakan Islam telah datang sebelum daripada kurun-kurun yang telah disebutkan tadi. Ketidakpastian ini adalah disebabkan oleh beberapa penemuan batu-batu nisan Islam, contohnya ada sebuah batu nisan yang dipunyai oleh seorang Cina Islam, yang betarikh pada kurun 12 dan. Akan tetapi, Sultan Muhammad Shah (Awang Alak Betatar) adalah sultan Brunei yang pertama memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan puteri Johor.

Mengenai jalinan hubungan dengan Melaka tu, mungkin ada juga, sebab semasa zaman Sultan Bolkiah (Zaman Kegemilangan Brunei) pernah tercatit dalam sejarah Brunei bahawa Sultan Bolkiah telah melawat negeri-negeri seperti Jawa, Johor, MELAKA dan menakluki negeri-negeri Solok dan Luzon **.


** info didapati daripada buku Perpuspaan 1 Ogos 1968

[ Last edited byLailaTempawan at 17-11-2006 02:08 PM ]

abu_nawas Publish time 18-11-2006 12:07 PM

nak tanya sikit.... apa beza antara AwangKu ngan Awang?

AwgSagi Publish time 18-11-2006 02:27 PM

Secara ringkas... Awangku... bagi anak lelaki yang masih mempunyai saki-baki darah kerabat diraja brunei dari sebelah ayahnya... maknanya... ayahnya mestilah seorang pengiran... awang pula ialah bagi rakyat kebanyakan... sama seperti encik atau mister.

Nota tambahan... ada juga mereka-mereka yang telah membuang gelaran pengiran mereka atas sebab-sebab tertentu akan mengunakan awang di awal nama mereka... hatta... ianya tertulis dan berdaftar di dalam kad pengenalan.

LailaTempawan Publish time 18-11-2006 05:12 PM

Originally posted by abu_nawas at 18-11-2006 12:07 PM
nak tanya sikit.... apa beza antara AwangKu ngan Awang?



DEFINASI AWANGKU, DAYANGKU DAN AWANG DAN JUGA DAYANG

AWANGKU
(bagi lelaki)
DAYANGKU
(bagi perempuan) - adalah gelaran bagi anaknda kepada golongan Pengiran-Pengiran (dari belah ayahnda sahaja) dan Pengiran adalah gelaran bagi keturunan Diraja Brunei sepertimana gelaran keturunan Diraja Malaysia yang ada di Malaysia iaitu seperti Tengku, Raja dan sebagainya. Tidak kiralah, bonda mereka ini dari golongan pengiran atau bukan. Jika Awangku atau Dayangku ini telah kawin, secara automatik mereka ini akan bergelar pengiran. Akan tetapi, jika perempuan itu pengiran dan berkawin dengan orang bukan pengiran (commoner), maka anakda pengiran perempuan ini tidaklah akan digelar sebagai Awangku dan Dayangku lagi kerana ia cuma mengikut takrif ayanda.



AWANG
(bagi lelaki)
DAYANG
(bagi perempuan)

Definasi (1)- adalah KETURUNAN bagi golongan orang orang golongan rakyatyang dipercayai oleh Sultan atau kerabat diraja pada dahulu kala atau orang terdekat istana. Kebanyakan keturunan ini yang juga disebut sebagai keturunan 'Awang-Awang' ini adalah terdiri dari keturunan Dato Godam. Dari segi kedudukan sebutan namauntuk golongan awang awang ini, adalah, contoh bagi lelaki yang bergelar Awang ialah " HAJI AWANG SULAIMAN BIN HAJI AWANG AJI, dan bukan AWANG HAJI SULAIMAN BIN AWANG HAJI AJI, bagi perempuan adalah, HAJAH DAYANG HALIMAH BINTI HAJI AWANG LAKI, dan bukan DAYANG HAJAH HALIMAH BINTI AWANG HAJI LAKI. Kedudukan sebutan gelaran Awang atau dayang ini adalah penting. kerana ini lah sahaja yang membezakan sama ada orang tersebut terdiri dari golongan Awang -Awang atau sebutan Awang bagi golongan rakyat biasa yang mana definasinya adalah seperti Definasi (2) di bawah ini.


Definasi (2)-adalah sebutan bagi ganti nama panggilan Tuan / encik bagi lelaki, Puan / Cik bagi perempuan, sebagai adat sopan bahAsa Brunei. Sebutan kedudukan nama adalah seperti berikut bagi lelaki ialahAWANG HAJI ALI BIN HAJI KARIM, dan perempuan ialah DAYANG HAJAH SYAFIQAH BINTIHAJI ALI.


---Definasi bagi gelaran Awangku dan Dayangku adalah dipetik dari buku "Adat Mengulum Bahasa oleh Yura Halim".

yramlee Publish time 20-11-2006 04:08 PM

asalamualaikum sdr laila..
dah 4 hari tak respond di sini...
mcm mana dah dapat kah info tentang Dato Gadom.?
kalau ada jangan lupa share infor.........

St.Yeepi Publish time 21-11-2006 12:25 AM

How about waris hulun hulun or ulun ulun? Care to explain?

abu_nawas Publish time 22-11-2006 01:02 PM

so kalau nama AWANG Z**** bin Awang Z****** tu kira keturunan Dato' Godam ker?

abu_nawas Publish time 22-11-2006 01:04 PM

Di Sabah, ada kah lagi keturunan Dato' Godam ni?

LailaTempawan Publish time 22-11-2006 07:27 PM

Originally posted by abu_nawas at 22-11-2006 01:02 PM
so kalau nama AWANG Z**** bin Awang Z****** tu kira keturunan Dato' Godam ker?


70-80% mungkin keturunan Dato Godam.. kerana asal usulnya perlu diperiksa juga..

LailaTempawan Publish time 24-11-2006 10:46 AM

Originally posted by yramlee at 20-11-2006 04:08 PM
asalamualaikum sdr laila..
dah 4 hari tak respond di sini...
mcm mana dah dapat kah info tentang Dato Gadom.?
kalau ada jangan lupa share infor.........


Sorry yramlee, musim sibuk kerja..:) kerja melambak, belum ada masa nak belak belak buku..:)

tunggu jer dua tiga hari ni ye..
:tq:

LailaTempawan Publish time 24-11-2006 10:55 AM

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/id/3/38/Carta-sultan2.jpg

LailaTempawan Publish time 6-12-2006 08:19 AM

Adakah golongan Ampuan-Ampuan dan sesetengah golongan Awang-Awang ni adalah berketurunan Pengiran-Pengiran?


Laila, cuma tahu Ampuan dan ada sesetengah Awang2x ni adalah memang berketurunan Pengiran pengiran.. Laila ada cerito mengenainya, tetapi laila tak sure sangat kalau ia adalah betul...

LailaTempawan Publish time 6-12-2006 08:36 AM

http://i63.photobucket.com/albums/h124/LailaTempawan/scan0001-6.jpg

Pengiran Raja Muda Hashim, iaitu yang telah menyerahkan Sarawak kepada James Brooke

[ Last edited byLailaTempawan at 6-12-2006 08:39 AM ]

LailaTempawan Publish time 6-12-2006 08:37 AM

http://i63.photobucket.com/albums/h124/LailaTempawan/scan0002-4.jpg

Peta Negeri Brunei dalam tahun 1841-1905

[ Last edited byLailaTempawan at 6-12-2006 08:39 AM ]

yipun78 Publish time 6-12-2006 08:50 AM

Laila, Sultan Ahmad Tajuddin (1924 - 1950) tidak mempiunyai waris ke sbb kat dalam info yg Laila paste kan tu, xde tertulis nama waris, so adakah Sultan Omar 'Ali Saifuddien III (TM 1950-1967) anakanda kepada Sultan Ahmad Tajuddin?

LailaTempawan Publish time 6-12-2006 09:52 AM

Originally posted by yipun78 at 6-12-2006 08:50 AM
Laila, Sultan Ahmad Tajuddin (1924 - 1950) tidak mempiunyai waris ke sbb kat dalam info yg Laila paste kan tu, xde tertulis nama waris, so adakah Sultan Omar 'Ali Saifuddien III (TM 1950-1967) anak ...


Sultan Ahmad Tajuddin ibni Almarhum Sultan Muhammad Jamalul Alam telahpun melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Ampuan Raihanibinti Sultan Alaudin Sulaiman Shah, Selangor. Diatas hubungan ini, telah lahirlah seorang puteri yang gahara, iaitu YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN ANAK PUTERI HAJAH NOREHSANI BINTI ALMARHUM SULTAN AHMAD TAJUDDIN. Akan tetapi disebabkan anaknda Sultan Ahmad Tajuddin ini adalah seorang puteri, jadinya hak untuk menaiki takhta kerajaan adalah tidak ada, jadi mengikut adat istiadat diraja brunei, jika anaknda Sultan itu tidak layak untuk tabalkan menjadi sultan, maka orang ke dua yang layak untuk digelar ialah mana mana adinda lelaki kepada Sultan yang memerintah pada masa itu yang gahara atau orang yang bergelar Pengiran Bendahara. Jadinya, mengikut adat istiadat itu, maka orang yang paling layak diangkat menjadi Sultan selepas kemangkatan Sultan Ahmad Tajuddin itu tidak lain tidak bukan iaitu adinda gahara Sultan Ahmad Tajuddin iaitu YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI DULI PENGIRAN BENDAHARA PENGIRAN MUDA TENGAH OMAR ALI SAIFUDDIEN IBNI ALMARHUM SULTAN MUHAMMAD JAMALUL ALAM ( DYMM Paduka Seri Baginda Maulana Al-Sultan Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien). Jadi dipersetujuilah juga oleh kesemua ahli-ahli Majlis Mensyuarat Mengangkat Raja untuk mengangkat YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI DULI PENGIRAN BENDAHARA PENGIRAN MUDA TENGAH OMAR ALI SAIFUDDIEN IBNI ALMARHUM SULTAN MUHAMMAD JAMALUL ALAM ini menjadi Sultan Brunei yang ke 28.


http://i63.photobucket.com/albums/h124/LailaTempawan/scan-6.jpg

DULI YANG MAHA MULIA ALMARHUM SULTAN AHMAD TAJUDDIN AKAZUL KHAIRI WADDIEN IBNI ALMARHUM SULTAN MUHAMMAD JAMALUL ALAM BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA TENGKU AMPUAN RAIHANI BINTI SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH, SELANGOR

[ Last edited byLailaTempawan at 6-12-2006 10:06 AM ]

LailaTempawan Publish time 6-12-2006 10:18 AM

Yang menariknya, sebelum Sultan Ahmad Tajuddin mangkat, baginda sempat membuat wasiat yang mana jika Tengku Ampuan melahirkan anak lelaki, maka baginda berharap yang putera tersebut akan ditabalkan menjadi Sultan Brunei, hal ini telah menimbulkan beberapa keraguan siapa yang akan menjadi sultan brunei seterusnya, tetapi setelah disiasat dan diperiksa, surat itu telah mencatatkan bahawa "jikaTengku Ampuan melahirkan ANAK LELAKI", akan tetapi baginda Tengku Ampuan telah melahirkan seorang puteri, maka puteri tersebut tidaklah layak melainkan Pg Muda Tengah Omar Ali.

http://i63.photobucket.com/albums/h124/LailaTempawan/SALASILAH.jpg
SALASILAH KHAS DIBUAT OLEH LAILA SENDIRI MENGENAI SULTAN AHMAD TAJUDDIN NI.. :)

[ Last edited byLailaTempawan at 6-12-2006 10:45 AM ]

LailaTempawan Publish time 6-12-2006 10:41 AM

http://i63.photobucket.com/albums/h124/LailaTempawan/ahmadtajuddin.jpg

yipun78 Publish time 6-12-2006 10:45 AM

Pengiran Anak Puteri Norehsani, walaupon hanya Puteri tetapi kedudukan baginda adakah sama level dgn Sultan Brunei, i mean walaupon dikatakan x layak untuk menjadi pemerintah Brunei dan tanah jajahan? Bagaimana dgn anakanda PA Puteri? adakah mereka menerima segala benefit yg diterima oleh paduka kerabat yg lain?
Pages: 1 2 3 [4] 5 6
View full version: ~MERGED~ Sejarah Kesultanan Brunei


ADVERTISEMENT