mrs_livingstone Publish time 9-9-2006 12:39 AM

ehh...rupanya mrs tertukar antara limpa dgn benda lagi satu tu:malu:
ape eh nama dia?bukan hati...'pelampung' ke???
yg pelampung tu la yg mrs suka sup!

limpa ni tak pernah lagi di 'sup'kan
adeh...malu:malu:

mrs_livingstone Publish time 9-9-2006 12:43 AM

Reply #12 Baiduri Othman's post

kalau limpa (yg nipis spt yg diperkatakan disini tu,) mrs pun goreng kunyit atau masak sambal aje

ladida Publish time 9-9-2006 01:00 AM

limpa dgn paru organ yg sama ke????dida suka paru goreng masak pedas...selalu makan dgn nasik lemak...kenkadang paru goreng jer....sedap gilos :mll:

Kacip_Fatimah Publish time 9-9-2006 03:12 PM

Originally posted by mrs_livingstone at 9-9-2006 12:39 AM
ehh...rupanya mrs tertukar antara limpa dgn benda lagi satu tu:malu:
ape eh nama dia?bukan hati...'pelampung' ke???
yg pelampung tu la yg mrs suka sup!

limpa ni tak pernah lagi di 'sup'kan
ad ...
mrs..
limpa is limpa..
'pelampung' yg mrs kata tu kelempong sebenarnya..atau paru..

aida2121 Publish time 9-9-2006 03:31 PM

limpa tu macam hati sikit2 tapi lebih liat dari hati. Paru pulak, lebih lembut (gebu), warnanya kemerahan sebelum dimasak. Betul tak?

Sapa kat sini pernah makan kesek, iaitu masakan organ dalaman yg biasa di TRG? Kalau ada, tepeklah... Saya ni kena makan hati sebab krg darah.

Kacip_Fatimah Publish time 9-9-2006 04:02 PM

aida..
selain hati lembu/ayam..
boleh jugak makan kerang sebagai penambah darah..

aida2121 Publish time 9-9-2006 05:49 PM

Saya tak suka kerang dan saya suka hati.. hehehee..

sunshine05 Publish time 9-9-2006 10:47 PM

saya memang suka makan dalaman2 lembu ni...terutama paru ngan limpa..kalau paru tu dihiris halus2 then buat goreng berlada memang sedap giler, limpa campur ngan paru buat rendang lagi sedap..tapi husband saya tak makan dalaman2 lembu ni sebab dia kata mak dia tak ajar dia makan. kadang2 saya teringin nak makan, saya masak rendang daging tapi saya campur kan jugak paru ngan limpa ni, tapi dia pilih la yg daging je dia makan...bila terambik limpa ngan paru ni dia tolak ke tepi.
Sebenarnya tak berapa elok makan dalaman2 lembu ni tapi tu pulak yg sedap dimakan lak...

acura Publish time 10-9-2006 12:19 PM

perut lembu sodap..:)

Kacip_Fatimah Publish time 10-9-2006 12:44 PM

Originally posted by acura at 10-9-2006 12:19 PM
perut lembu sodap..:)
saya suka gak perut lembu...
sedap kalau makan dgn bihun sup..
kalau buat kuah kacang..letak sama perut tu..mmg best!!
bila makan dgn nasik himpit...slurppp....sedapnya...

mrs_livingstone Publish time 10-9-2006 10:43 PM

Reply #30 Kacip_Fatimah's post

yes sedappp!!
tak lupa juga buat air asam perut
atau keabu perut:mll:

mrs_livingstone Publish time 10-9-2006 10:43 PM

Originally posted by Kacip_Fatimah at 9-9-2006 03:12 PM

mrs..
limpa is limpa..
'pelampung' yg mrs kata tu kelempong sebenarnya..atau paru..
selalu tertukar la yg dua nih:geram:

antiQue Publish time 10-9-2006 11:43 PM

Paru / Kelempung goreng

http://i101.photobucket.com/albums/m42/Ms_Aladima/parugoreng.jpg

Bahan

1/2 kg paru (direbus dan dihiris nipis)
Minyak masak untuk menggoreng
sedikit kicap
garam / gula secukup rasa

Bahan kisar :
2 sudu kecil jintan manis
3 ulas bawang merah

Cara :
Perap paru dengan semua bahan dalam 1/2 jam. Goreng hingga garing.

aida2121 Publish time 11-9-2006 10:40 PM

Hati Goreng Istimewa

http://img.photobucket.com/albums/v158/seriadriani/DSC02304.jpg

300g hati lembu
5 biji kacang buncis
1 biji cili merah - dihis nipis
1/2labu bawang besar- dipotong bulat
1 biji tomato dibelah 4
serbuk kunyit
garam
cili kisar
sedikit kicap manis
minyak untuk menumis

bhn2 ditumbuk:
3 ulas bwg merah
1 ulas bwgputih
secubit lada hitam
1 cm halia

Gaul hati dengan serbuk kunyit dan garam. Biarkan sebentar.
Panaskan minyak. Goreng hati hingga hampir masak.
Masukkan bahan yang dikisar. Bila hampir garing, masukkan cili kisar (sapa nak pedas, bubuh banyak)
masukkan kacang buncis, bawang besar, cili merah.
renjis sedikit kicap.
masukkan tomato.
tutup api danhidangkan.

Selamat mencuba!

hanieliza Publish time 12-9-2006 08:44 AM



http://i80.photobucket.com/albums/j199/MasakanHanieliza/ParuGorgBerlado02.jpg

PARU GORENG BERLADA

Bahan
300 gm paru
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
3 keping asam keping
minyakl
garam

Bahan tumbuk/mesin
5 biji cili kering
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Cara
1. Gorengkan paru yg dihiris sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan minyak sedikit dan tumiskan bahan tumbuk sehingga garing.
3. Masukkan asam keping, garam dan paru yg telah digoreng. Kacau rata.
4. Angkat dan hidangkan.

zul_khaleeda Publish time 12-9-2006 10:59 AM

selalu raya masak rendang hati + limpa + paru...
sedap woo...

zuraini Publish time 12-9-2006 11:23 AM

Zu suka limpa buat rendang campur dengan paru. Sedap.

mcije Publish time 18-1-2007 03:37 AM

tak tau nak bagi nama aper resepi ni....
http://i139.photobucket.com/albums/q316/seedaybe/PICT0096.jpg
limpa & hati lembu

500 gram hati lembu & limpa (rebus empuk)
1 sudu besar jintan manis}
1 sudu besar jintan putih} semua disangrai dan ditumbuk kasar/kalu tak suka bolih gak guna yg serbuk
2 sudu rempah biji}
garam dan serbuk kunyit secukupnye

* hati dan limpa dihiris nipis then lumurkan ngan rempah,garam dan serbuk kunyit. perapkan lebih kurang 30 minit dan goreng tapi jangan garing sangat.

5 ulas bawang merah]
3 ulas bawang putih]dimayang nipis
1 inci halia]
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 batang serai - dititk
5 tangkai cili kering-dipotong serong dan digoreng.
3 helai daun limau purut
1 labu bawang besar
1 keping asam gelugor
gula secukupnye

* tumiskan bawang merah,putih dan halia hingga kuning dan masukkan cili kisar, tumis hingga garing dan masukkan segala sos,serai,asam gelugor,gula dan sedikit air. gaul rata dan masukkan pula hati dan limpa goreng tadi. kacau rata lagi , biarkan selama seminit dua.
* lastly masukkan hirisan bawang besar , cili kering goreng dan daun limau purut. gaul rata,tutupkan api dan hidangkan panas.

tembamgirl09 Publish time 18-1-2007 06:54 AM

tgk gambar sini tingin le nk makan paru..paru sambal mkn dgn nasi lemak..perggghhhh lama giler tk mkn nasi lemak camnih..bam nk masak tapi tk tergamak nk hiris si paru tu..huhuhu:nyorok:

zieA Publish time 18-1-2007 08:54 AM

Originally posted by mrs_livingstone at 10-9-2006 10:43 PM
yes sedappp!!
tak lupa juga buat air asam perut
atau keabu perut:mll:
2 2 menu ni sedap:love: , dok baca posting mrs ni pun dah terliur. Perut lembu ada lagi dlm peti sejuk..boleh lah wat lain kali..sebab semalam dah beli bahan2 nak buat masak lemak cili api perut + rebung..baru nak mencuba ni..harap2nya menjadi:pray:.
Pages: 1 [2] 3 4 5
View full version: ANEKA RESEPI LIMPA/HATI/PEDAL/PARU/PERUT/LIDAH DSB


ADVERTISEMENT