KaKLaLa_Lost_id Publish time 22-11-2007 09:30 PM

Reply #100 azsagi's post

dia suh pulang kan baliks aper ygd ah beli
cuma satu jer aku pelik sket
masa nak kuar kan tak kan lah dia tak tau pasal produk
kata kilang sdiri....:@ :I

mama_boomboom Publish time 23-11-2007 12:05 AM

Originally posted by azsagi at 22-11-2007 09:18 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
niari masuk berita kn pasal pdct facial dia...
suruh sapa yg dah beli return ke apa...aku tk dgr sangat

dengar gak kat berita tadi tu..

tapi kalau muka dah hancukkkkkkkkk.................:mad: :mad: :mad: :mad:

smaidin Publish time 23-11-2007 12:17 AM

Pendaftaran 4 lagi produk kosmetik beracun dibatal

KUALA LUMPUR: Produk kosmetik berjenama 慬b]Cool & Lightening Soap抂/b] keluaran Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn Bhd adalah antara beberapa produk kosmetik dan tradisional yang dibatalkan pendaftarannya kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) membatalkan pendaftaran 慍ool & Lightening Soap

orangebear Publish time 23-11-2007 12:18 AM

Reply #100 azsagi's post

napa dgn produk facial dia?kekadang rasa dah tak confiden dgn produk tempatan ni...
lepas satu satu kuar paper semuanya ada problem....ker semua produk tu dari kilang yang
sama?

candiew Publish time 23-11-2007 08:02 AM

dia kata dia ada kilang sendiri proses produk.......macam mana dia boleh x tahu yg dalam sabun tue ada "hidrokinon".....musykil lar........ntah2 sabun tue kilang lain buat kot.....nie kes sabun.....produk ST yg lain tue ok ker

mama_boomboom Publish time 23-11-2007 08:28 AM

Moskel...

Kenapa le produk2 tempatan pun....yg kita harapkan TERJAMIN...jadi lagu ni gak..:o :o

yankee_doodle Publish time 23-11-2007 10:37 AM

habis tu? betul ke testimonial dalam majalah-majalah tu?

cira82 Publish time 23-11-2007 11:09 AM

sy pakai ST skin care ni dah almost 3 thn.. ok jek.. sy pakai sbb muak jd hitam sunburn keje site..
tp effect cerahkan wajah dia lambat.. 6 bulan baru la kulit muka macam yg asal.. sbb sblm ni keje site.. ramai kawan yg dah suruh tukar product lain spt. NV.. tp sy x nk sbb kwn2 pakai semuanye peeling product and sakit masa tegang tu.. pastu putih melepak n leher / tangan gelap..

so sy prooceed pakai ST ni smpai skrh tp x pakai full set.. pki pencuci muka n day cream aje.. cream lain2 tu mase trial set je guna.. tu pn x abis.. kwn2 pn perasan perubahan nye...

sy pki yg oil n combination nye...so far xde rase nk tukar..:)

tq..

azsagi Publish time 23-11-2007 02:36 PM

tu ler.
smlm tgk kat tv tu muka/suara nk menangis ler si rozita tu...

smaidin Publish time 23-11-2007 06:17 PM

Sendayu Tinggi Minta Kembalikan Produk
(SINAR HARIANJumaat 23 November, 2007)


SENDAYU Tinggi Body & Skincare (M) Sdn Bhd meminta orang ramai yang telah membeli produk keluaran syarikat berkenaan iaitu produk kosmetik berjenama "Cool & Lightning Soap" yang dilaporkan mengandungi racun berjadual 'hydroquinone' agar mengembalikan segera kesemua produk itu.

Menurut Pengarah Urusan yang Pengasas Sendayu Tinggi Corporation, Rozita Ibrahim, syarikatnya mematuhi dan akur dengan kehendak dari Kementerian Kesihatan kerana ingin menjaga reputasi syarikat yang telah lama beroperasi.

"Saya ingin menjelaskan perkara yang sebenarnya supaya masyarakat dapat tahu bahawa saya bukanlah orang yang tidak bertanggungjawab apabila berlaku kejaidan seperti ini," katanya pada sidang media disini semalam.

Katanya, syarikat Sendayu Tinggi telah lama beroperasi dalam bidang perniagaan kosmetik, kerana itu pihaknya tidak mahu disebabkan kerana andaian yang tidak benar yang mengatakan bahawa kesemua produk kosmetik keluaran Sendayu Tinggi mempunyai'hydroquinone' kepercayaan pengguna terhadap produk keluaran syarikat berkenaan terjejas.

"Oleh itu, pihak kami rasa bertanggungjawab tentang isu ini dan telah melakukan ujian makmal ke atas produk yang kami rasa agak mencurigakan ini,' ujarnya.

Tambahnya lagi kesemua produknya yang lain tidak mempunyai kesan sampingan dan ianya selamat digunakan kepada pengguna.

[ Last edited bysmaidin at 23-11-2007 06:19 PM ]

peachRose Publish time 25-11-2007 01:56 AM

Originally posted by candiew at 23-11-2007 08:02 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
dia kata dia ada kilang sendiri proses produk.......macam mana dia boleh x tahu yg dalam sabun tue ada "hidrokinon".....musykil lar........ntah2 sabun tue kilang lain buat kot.....nie kes sabun.. ...

my fren yg kerja bhgn regulation KKM ada citer Kebiasaannya diorg akan appointed 1 manufacturer utk produce produk2 kosmetik ni...sama jugak dgn produk2 supplement kesihatan...mix2 apa yg patut ikut formulation dia and then pack pakai bekas/botol with masing2 punya brand..sendayu tinggi ke novelle visage ke etc......sbb tu byk brand kosmetik tempatan kat mesia ni....the industry is booming sbb they all tahu wanita dan kecantikan tak boleh dipisahkan...

Teruk jugak le berita ni to ST reputation...boleh jadi ada org dengki dan buat dajjal....ataupun mmg mngmt ST sdri yg buat....wallahua'aalam

norsh05 Publish time 25-11-2007 11:28 AM

ada pakai set kurus dia. lepas sebulan pakai akibatnya setiap mlm akan batuk2 esp kalautido dlm bilik air con. nak jadikan cite saya batuk kuat sgt sampai sakit dada x leh nak bernafas. pergi klinik doktor kata saya ada asthma! mak aii selama ni aku x pernah hidap asthma...so terpaksa doktor bagi gas ...lepas setengah jam baru okey...Ingat mcm nak mati dah tadi!!! after saya stop ST. batuk pun hilang asthma pun x de. itu satu2nya hari saya dpt 'asthma'!......sohati2 pilih produk..ingat nak sue dia org tp dia org sure ckp kita ada makan product lain laa...:(

syikin Publish time 25-11-2007 02:05 PM

Originally posted by peachRose at 25-11-2007 01:56 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

my fren yg kerja bhgn regulation KKM ada citer Kebiasaannya diorg akanappointed 1 manufacturer utk produce produk2 kosmetik ni...sama jugakdgn produk2 supplement kesihatan...mix2 apa yg patut ikut formulationdia and then pack pakai bekas/botol with masing2 punya brand..sendayutinggi ke novelle visage ke etc......sbb tu byk brand kosmetik tempatankat mesia ni....the industry is booming sbb they all tahu wanita dankecantikan tak boleh dipisahkan...

Teruk jugak le berita ni to ST reputation...boleh jadi ada org dengkidan buat dajjal....ataupun mmg mngmt ST sdri yg buat....wallahua'aalam

balasan tu.. sebab Pengasas ST pernah buat dajal kat produk lain sampai kena banned terus dari market... :L

be_nign Publish time 25-11-2007 03:58 PM

adik perempuan saya pernah pakai ST skincare set ni..sian lak...bengkak habis muka dia..bila bengkak nampak cam gemuk muka dia...seminggu ambik masa nak pulih bengkak tu...skrg dia betul2 dah serik with this produk...buang duit aje katanya...:(

hatemetoday Publish time 25-11-2007 08:50 PM

lps branak anak no. 2 tahon 2002 kita amek d'folia ..kunun nak menyerikan muka ..pastu lak lps pantang tu muka naik jerawat sketol2...naik hairan pon ye gak...tapi bila amek d'folia keluar jerawat haloos2 especially kat dahi/kusam...aku yang tak srasi kot..

banyak lak pantang nak makan nyee tak leh campo ngan kopi lah...walhal nescafe tu lah minuman ruji..ahh tak pe lahh ..aku tak makan teros...

orangebear Publish time 26-11-2007 02:09 AM

huhuhu...bear pernah gak try set slimming.kunun nak kurus ler..tapi hampeh..beriban jugak la tapi kurusnyer tak pulak..tak serasi kot...(sajer nak sedapkan hati):P

gulie Publish time 26-11-2007 03:16 AM

Reply #113 syikin's post

balasan dier wat dajal ape n kat produk yg ne satu syikin?

azrifunk Publish time 10-12-2007 11:34 PM

adik penah pakai..tapi takde kesan..tataula mungkin tak sesuai ngan kulit

couette Publish time 13-8-2008 03:24 PM

memang teruk ke product ST..? set bersalin Ammy 60 days tu sape penah try..?

scidbu Publish time 13-8-2008 10:08 PM

masa time blaja 2 thn lps sy n housemate teruja gile tgk iklan produk ST ni. pastu plan nak try la..
beli la sama2.. sy pkai sensitive skin set RM 200++, kwn sy pkai oily n combination set RM200++. 1 set skali ngn foundation suma.. semangat gila ni. konon2 nak cun la. padahal muka xde la teruk sgt pun. saja konon nak lg gebuuuu mcm dlm iklan tu!

at the same time ada housemate yg satu lg try ubat kurus ST.mahal jgk la. lps berbulan2 tak kurus2 pun. dia stop la.

kitorg berdua yg pkai skin care ni lak mcm tu jgk. kwn sy tu lps pkai 2 mggu naik jerawat penuh kat dahi. smpai nak pg kls malu dia cover dgn rambut dpn. lama2 naik kat pipi. bkn kecik2. besar2 tau. lps sebulan dia tak tahan then dia stop.

sy still bertahan lg sbb xde effect lg. lps dua bln lebih mula naik jerawat besar2 kat muka, dagu sy.. apa lg, nak mengamuk rasa. pastu trs pg jmpa org kedai tu lah. then dia ckp mmg mcm tu proses pemulihan la kononnya.dia promote kata kena pkai facial set RM 200++ klau nak kesan cepat. sy pun dgn berani dan semangatnya beli jgk laa.. bru pkai 2 kali facial set tu btambah2 jerawat kat muka. jenuh makeup nak cover, pkai bedak, concealer suma. isk.. xtau nak ckp lah.. blk umah mak dah bising suh stop. muka nmpak kusam. dgn perasaan amarah n rasa x puas hati sy pun terpaksa stop. tak sanggup nak tggu smpai bila proses 'pemulihan' tu. ada jgk pg jmpa org tu dia promote plak masker jerawat la, apa kejadah lg x ingt. geram btoi! rasa nak tempek je suma benda tu kat muka dia.. dr buang je kan, kan tak membazir

sorry la ST, kau bkn utkku.. huhu.. now pkai Dr murad skin care. ok la jgk~

[ Last edited byscidbu at 13-8-2008 10:13 PM ]
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11
View full version: siapa yg penah guna produk sendayu tinggi


ADVERTISEMENT