petola Publish time 29-7-2006 10:34 PM

Originally posted by always_typo at 29-7-2006 01:19 PM


Tuan,
Harus diingat Imam Ghazali juga mengatakan part penyucian diri dan hati itu adalah kewajiban kepada SETIAP umat Islam dan bukan para pengamal ilmu kesufian sahaja! hehe

Apart from tha ...

tuan juga harus ingat Ibn Rusyd mengatakan mempelajari falsafah juga adalah kewajipan bagi muslim... hehehe

apa yg saya tulis di atas itu hanya untuk menjelaskan kaedah pemerolehan ilmu yg setakat pemahaman saya diterima umum oleh semua.

setiap domain dikatakan mempunyai kelebihan2 sendiri yg lebih baik drp yg lain bergantung kepada apa yg dipercayai oleh pendokongnya. Seorang rasionalis akan kata kaedah akal murni mampu menemui kebenaran/truth. Begitu juga seorang empiris akan kata hanya kebenaran melalui kajian empirikal/pengalaman saja yg mampu menzahirkan ilmu/kebenaran. Seorang sufi akan kata ilmu melalui ilham saja yg benar kerana mereka akan kata hanya cara itu yg akan sampai kepada hakikat sementara kaedah rasional dan empiris hanya mampu mengenal hal luaran saja.

mungkin tuan boleh bincang apa itu ilmu/kebenaran/truth.

apabila saya menjelaskannya satu persatu bukanlah bermakna saya anjurkan kaedah reductionisme. Ia hanya untuk menjelaskan sudut mikronya saja. Bagaimana mahu menjadikan semuanya itu holistik, mungkin tuan boleh jelaskan kaedahnya kerana memang ada pemikir Islam kata bahawa ketiga2 domain itu bukanlah tidak ada kaitan antaranya... ketiga2nya ada pada diri manusia, jadi sudah tentu ianya seperti kata pemikir itu `organically related'.

sementara itu seorang ahli falsafah terkenal Barat pula memperkenalkan transcendentalism untuk mempertemukan dan menyelesaikan masalah hubungan antara rationalism/idealism, empiricism dan skepticsm.

[ Last edited bypetola at 30-7-2006 03:15 AM ]

fleurzsa Publish time 30-7-2006 03:17 PM

Salam,

Lain-lain kemampuan luar biasa yg dimiliki oleh manusia...

-Mukjizat

-Keramat

- Mau'nah

-Istidraj

-Sihir

always_typo Publish time 31-7-2006 09:29 AM

Originally posted by petola at 29-7-2006 10:34 PM


tuan juga harus ingat Ibn Rusyd mengatakan mempelajari falsafah juga adalah kewajipan bagi muslim... hehehe



Sebelum mengkaji ilmu filosofi, Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad atau Ibn Rusyd pasti bermula dengan tauhid, feqah dan
tasawwuf juga.. Bukankah dia pengarang kitab Bidayatul Mujtahid - kitab besar perbezaan antara mazhab itu?Bukankah dia
berbelas tahun menjadi seorangHakim besar di Cordova? Dia sudah tentunya seorang yang wara' dan banyak amalannya.

Saya agak sangsi bila membaca kitab Ibn Rusyd yang diterjemah terutama oleh orang bukan Islam, kerana world view
penterjemah itu sendiri..orang yang berminat sungguh mahu mengkajinya,tentu perlu memahirkan diri dalam bahasa Arab
dan memahaminya dari source di samping melihat karangan2nya yang lain utk meng'establish' konteks keilmuan and amalan
peribadatan Ibn Rusyd itu. Of course, itu hanyalah pendapat saya.

Saya amat heran melihat ramai orang yang mahu mengamal filosof Ibn Rusyd tetapi memperkecil2kan ilmu feqah dan syariat. Samalah
juga orang yang mendakwa pengikut ajaran Ar Rumi tapi menghina hukum taklifi dan orang yang bertanya tentangnya. Saya takut
ilmu yang dipelajarinya itu menjadi sesat dan menyesatkan. Semoga kita dijauhi dari sifat sedemikian.

Belajar falsafah wajib? Saya tidak pernah mendengar sesiapa mengatakan mempelajari falsafah itu adalah kewajiban bagi muslim. Mungkin ilmu saya kurang. Even sistem pendidikan kebangsaan kita pun hanya menekan subjek Tauhid, Fekah dan Tasawwuf (Akhlak). Falsafah hanya diajar di universiti atau kolej.
Saya ingat ilmu falsafah itu adalah ilmu optional atau mungkin fardhu kifayah bagi orang Islam, seperti Tafsir Al Quran, Ilmu Sanad Hadith, dan Ilmu Falaq. Adakah ianya pendapat Ibn Rusyd seorang atau jumhur ulamak? Adakah Ibn Rusyd kata fardhu kifayah atau fardhu ain? Tasawwuf itu fardhu ain.

[ Last edited byalways_typo at 31-7-2006 09:51 AM ]

Mawar Merah Publish time 31-7-2006 10:35 AM

Originally posted by zulyusoff at 30-7-2006 11:14 PM
Dr Yusoff al_Qaradawi bukanlah ahli kasyaf. Dia adalah ahli fiqh. Jadi buku itu adalah menerangkan perspektif islam terhadap bab kasyaf, mimpi, ilham dan sebagainya. Tujuan saya cadangkan baca buku itu agar tuan-puan boleh menilai kasyaf itu menurut kacamata Islam. Janganlah taksub sangat dgnnya sampai kita terlupa hukum Tuhan.

Jika anda ada kelebihan kasyaf anda juga wajib guna dlm batasansyariat. Jgn di salah guna kelebihan tu.
Katakanlah anda mampu pandang tembus sampai boleh melihat apa yg tersembunyi di belakang dinding. Jangan anda salah gunakan utk mengintai aurat perempuan. Jika anda mampu melihat masa depan, jgn pula di gunakan utk menilik nombor ekor.

Jgnpula di salah-guna kelebihan tu utk menyesatkan manusia. sebab bila diri dah lebih dari org biasa, maka ego manusia akan naik.

Matlamat islam di turunkan kepada manusia adalah utk mendekatkan diri manusia kpd Allah. Dan bukannya utk membimbing manusia menjadi kasyaf.


Mengatakan buku dr yusof tu biasa2 sj dah dikatakan taksub sampai lupa hukum Tuhan???

Tahu pun dr yusof tu ahli fiqh jadi apa masalahnya kalau saya kata buku dia spt biasa2 sj(tak mendalam), tak spt buku dari org yg mengalami sendiri kasyaf tersebut. Dah mmg seorg ahli fiqh sebab itu tak boleh nak pergi jauh bila mengulas bab2 kasyaf dan mimpi ni.

Nak cdgkan di sini di alu2kan tapi jangan emosional bila ada org lain kata buku dia hanya biasa2 sj sbb banyak lagi buku2 lain yg mengupas lebih terperinci pasal persoalan kasyaf dan mimpi.... yg melebihi dr yusuf tu...:lebai:

Jangan fikir, kelebihan kasyaf yg haq itu boleh dianurgerah oleh Tuhan melalui jalan batil utk digunakan pada jalan batil pula spt contoh yg sdr berikan di atas...intai aurat perempuanlah...tilik nombor ekor lah...nak sesatkan manusialah dsbnya...

Kasyaf yg haq itu anugerah dariNya...kalau dah digunakan pada jalan batil spt yg sdr fikirkan tu..tak lamalah jwbnya ianya akan ditarik balik oleh Tuhan...atau pun 'kasyaf' tersebut sebnrnya diperolehi melalui jalan sihir....tu yg berjaya digunakan pada jalan batil spt yg sdr list kan di atas.

[ Last edited byMawar Merah at 31-7-2006 10:39 AM ]

always_typo Publish time 31-7-2006 10:42 AM

Originally posted by petola at 29-7-2006 10:34 PM
apabila saya menjelaskannya satu persatu bukanlah bermakna saya anjurkan kaedah reductionisme. Ia hanya untuk menjelaskan sudut mikronya saja. Bagaimana mahu menjadikan semuanya itu holistik, mungkin tuan boleh jelaskan kaedahnya kerana memang ada pemikir Islam kata bahawa ketiga2 domain itu bukanlah tidak ada kaitan antaranya... ketiga2nya ada pada diri manusia, jadi sudah tentu ianya seperti kata pemikir itu `organically related'.

Maaf saya tidaklah berilmu sehingga ke tahap itu...ilmu fardhu 'ain ni pun saya masih terkial-kial dan dhaif...haha

Idea holism ini saya ingat dari kuliah2 saikologi yang saya ikuti bertahun yang lampau, ketika perbincangan evolusi ilmu saikologi bermula dari reductionism seperti Freud dan Pavlov (yg diinspirasi oleh Kant probably among others) hinggalah ke Maslow (self actualization), Transcendence Victor Frankl(disebut oleh Stephen R.Covey dlm buku 7 habitsnya) dan finally holistic approach to psychology (pada masa tu banyak mumbo-jumbo, tak tahula sekarang macam mana).

Saya setakat memberi cadangan kepada tuan utk explore, obviously tuan lebih arif dalam bidang ni dan mempunyai minat yang tinggi. Saya dah contented dengan ilmu saya yang ada sekarang dalam filosofi.

always_typo Publish time 31-7-2006 10:46 AM

Originally posted by orangbesi at 29-7-2006 09:56 PM
SALAM

nak tambah sikit buat saudara always typo
sebab bila seseorang TAHU tarikh MATINYA
bermaksud dia dah JUMPA
memang JUMPA
sebab hanya ITU TUGASNYA
kalau DAH JUMPA tuuuuuuu
agak agak lama tak MASANYA???????????

tak tahuuuuuuuuuuuuuuu NAK agak !!!!!

orangbesi Publish time 31-7-2006 10:14 PM

salam

IBU segala ILMU adalah
AL QURAN
dan bukan buku buku karangan MANUSIA
sebab MANUSIA hanay adalah benda yg DICIPTA
sedangkan KITAB adalah DARI SISI TUHAN
dan saya MEMBENARKANNYA

dan kalau TAK SALAH saya
ILMU KASHAF yg PALING TINGGI
adalah
MELIHAT MENDENGAR DAN MERASA
TUHAN CUKUP DEKATDAN AMAT HAMPIR................................

budakpilah Publish time 1-8-2006 11:18 AM

setuju dgn sesetengah pendapat disini yg mengatakan kasyaf tu hanya org2 yg terpilih sahaja yg Allah berikan kelebihan kepadanya...

pd sy kasyaf ni ia;lah org yg nampak apa yg mata zahir nampak.. cthnya kalau pegi masjid... org2 yg kasyaf akan nampak makmum2 di dlm masjid itu bukanlah 'manusia' yg sebenar2nya tetapi 'manusia' yg bertopengkan ular, binatang atau apa2 jer la yg tak elok.. ni lah kebaikan dan kelemahan org yg kasyaf ni... kasyaf terjadi apabila Allah bukakan ijab nya utk melihat yg bukan zahir.

nak kasyaf ni boleh belajar... caranya dgn membersihkan dulu hati kita..isi hati kita dgn cahaya / nur Allah & Muhammad saw...

selalulah musyadah dr hujung kaki membawa ke ubun2 kepala dan tarik nafas sambil pejam mata dan bila terpancar cahaya/nur zikir senafas.... tu kalau nak bersihkan hati... bila hati dh bersih insyaallah Allah akan buka ijab kita utk melihat alam sir iaitu alam rahsia...

IbuYasin Publish time 7-11-2006 10:04 AM

Apakah itu kasyaf?

Apakah maksud kasyaf? Apakah yang dimaksudkan apabila seseorang itu diberi gelaran kasyaf?
Ibu ingin tahu lebih mendalam akan perkara ini, harap sesiapa yang dapat menerangkannya.

winamp05 Publish time 7-11-2006 10:23 AM

Originally posted by IbuYasin at 7-11-2006 10:04 AM
Apakah maksud kasyaf? Apakah yang dimaksudkan apabila seseorang itu diberi gelaran kasyaf?
Ibu ingin tahu lebih mendalam akan perkara ini, harap sesiapa yang dapat menerangkannya.

Kasyaf adalah satu kelebihan yg diberikan oleh Allah pada para wali.... bila seseorang itu mencapai satu tingkat disisi Allah, maka Allah akan menganugerahkan padanya berbagaii kelebihan. selain dari kasyaf terdapat juga karamah atau keramat. tingkat kasyaf lebih tinggi dari karamah. wali2 yg kasyaf dapat melihat benda2 yg ghaib dengan izin Allah seperti jin dan syaitan, syurga dan neraka dan seksa kubur. karamah pula adalah kelebihan yg diberi pada Allah pada para wali seperti boleh berjalan di atas air seperti Malik Bin Dinar, Solat di udara seperti Ibrahim Bin Adham. dan bermacam2 lagi.

perbezaan antara kasyaf, karamah, mukjizat dan sihir amat ketara. Kasyaf dan karamah diberikan pada para wali. manakala mukjizat diberikan pada para nabi dan rasul, dan sihir pula diamalkan oleh orang2 yg bersekongkol dengan syaitan dan jin.

IbuYasin Publish time 7-11-2006 10:48 AM

pernahkah berjumpa dengan orang yang kasyaf ni?

winamp05 Publish time 7-11-2006 11:15 AM

Originally posted by IbuYasin at 7-11-2006 10:48 AM
pernahkah berjumpa dengan orang yang kasyaf ni?


Bukannya senang kita nak cam orang yg Allah bg kelebihan camni. mereka ni selalunya merendah diri dan tak tunjukkan apa yg mereka ada. zuhud, tawadduk dan macam2 lagi lah. kat malaysia ni pun ade gak. Contohnya Tok Kenali di kelantan. dia tu memang femes lah...........

aza Publish time 7-11-2006 11:55 AM

OO YER KER WINAMP.....

IbuYasin Publish time 7-11-2006 12:28 PM

rasanya Ibu dah pernah jumpa yang dimaksudkan kasyaf ni. ada seorang di selangor, kita lihat dia macam orang biasa je.

eiyoei Publish time 7-11-2006 12:43 PM

org2 wali allah ni, dia org yang menyendiri... susah nak tgk dia bergaul2 ngan org tanpa sbb

bagi wali2 allah ni, manusia ni adalah hal2 dunia.. diorang ni x suka hal2 dunia... diorang hidup dlm keadaan sangat2 sederhana... rabiatul adawiyah pun bleh solat kat udara kalu x salah

IbuYasin Publish time 7-11-2006 01:28 PM

Originally posted by eiyoei at 7-11-2006 12:43 PM
org2 wali allah ni, dia org yang menyendiri... susah nak tgk dia bergaul2 ngan org tanpa sbb

bagi wali2 allah ni, manusia ni adalah hal2 dunia.. diorang ni x suka hal2 dunia... diorang hidup dlm ...


secara logiknya, sekiranya menyendiri hanya hal-hal akhirat sahaja, nampak macam pentingkan diri pulak, mesti ada pergaulan dan orang-orang macam nilah yang dapat beri petunjuk kepada yang daif macam kita ni. hal-hal dunia yang salah disisi islam tu memanglah tak masuk dalam agenda orang alim ni.

alangkah baiknya dapat ilmu begini, tempiaspun jadilah.

orang_awam Publish time 7-11-2006 01:39 PM

Originally posted by eiyoei at 7-11-2006 12:43 PM
org2 wali allah ni, dia org yang menyendiri... susah nak tgk dia bergaul2 ngan org tanpa sbb

bagi wali2 allah ni, manusia ni adalah hal2 dunia.. diorang ni x suka hal2 dunia... diorang hidup dlm ...

kalau macam tu mana hablun minannas...
tak hidup bermasyarakat ke dia...

winamp05 Publish time 7-11-2006 02:18 PM

Diorang pun bekerja mcm kita gak, diorang pun berkeluaga mcm kita gak. tapi ibadah dan tahap keimanan diorang dah mencapai tahap super duper di sisi Allah. Tok Kenali contohnya, dia juga bekerja sebagai qadi dan berkeluarga seperti kita....... dia juga pergi ke pekan dan menyembang dengan masyarakat. cuma mereka ni tawadduk. HAMKA berkata, tawadduk itu adalah tahu diri. seseorang yg tawadduk tidak mencampuri urusan yg bukan urusannya. orang yg tawadduk kenal diri mereka. mereka pandai meletakkan sesuatu keadaan itu pada tempatnya...... jikalau mereka ni tak bermasyarakat dan bukan hablum minannas, masakan kita kenal dan tahu salasilah kehidupan dan keturunan mereka. yg pasti, apa yg mereka lakukan dlm kehidupan seharian hanya kerana Allah. bukan seperti kita yg mengharap kan balasan syurga diakhirat nanti.

                                                      :hatdown::hatdown::hatdown:

aza Publish time 7-11-2006 02:31 PM

Originally posted by winamp05 at 7-11-2006 02:18 PM
Diorang pun bekerja mcm kita gak, diorang pun berkeluaga mcm kita gak. tapi ibadah dan tahap keimanan diorang dah mencapai tahap super duper di sisi Allah. Tok Kenali contohnya, dia juga bekerja se ...


:off: KENAPA KAU SUKA SANGAT GUNA TULISAN BESAR.. ORANG KAT SINI BUKANNYA SEMUANYA RABUN..


berbalik pada tajuk utama... bagaimana agaknya kita nak sampai ke tahap macam diorang ni yerk....

ibnur Publish time 7-11-2006 02:37 PM

tulisan besar tu bagus untuk saya sebab saya rabun.okay...kalau nak besar tak pe...tapi jangan besar sesangat udah.
Pages: 1 [2] 3 4 5
View full version: Ilmu kasyaf @ firasat.


ADVERTISEMENT