yujin Publish time 31-3-2008 04:27 PM

Originally posted by subee at 1-6-2007 10:05 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Kes Salbiah tu, Saderi bengang pasai Salbiah mai bilik dia kat kuarters polis tak mau balik2. Wal hal, keesokan harinya pulak, tunang Saderi yang masih menuntut di maktab perguruan mana tak ingat ...
eiiiiiiiiiiiiiii,seramnya tp tula rohnya x tenteram kot

yujin Publish time 31-3-2008 04:39 PM

sedih aku baca kes2 kt cni:( :( :(

ayamserati Publish time 31-3-2008 09:37 PM

ish...ingat2 luper seme citer kat sini...

belagak Publish time 2-4-2008 05:06 PM

Roh

maka banyaklah roh Gentanyangan...

CheQ Publish time 5-4-2008 08:37 PM

baru jer nk tanya psl kes kg medan...
sebbaek dh der link~>..
takot lak bacer banyak2 kes bunuh nih...:funk:
mcm perkara bese jer bg dorg nih bunuh2 org...:funk:

sedeyh tgk muke prebet adam tuh...
nmpk sgt muke sedeyh + kecewe kt muke dea...:(

fealefea Publish time 11-4-2008 01:31 PM

masa kite umo 4 tahun, kita ade tgk berite hitam putih. taim tu taleh bace paper lagi. yang kita ingat ade sorang lelaki tu
bunuh anak-anak dan isteri die kat tingkat atas rumah derang. pastu pembunuh tu p tanam derang kat bilik air tingkat atas umah tu dan simen. polis terpaksa pecahkan simen utk kuarkan mayat derang. tapi kiter tak ingat kesnye sbb masa kecik lagi. ada sape ingat tak?

Syd Publish time 14-4-2008 12:17 PM

Mercu tanda Kuala Lumpur terbakar
Oleh Mohd Azis Ngah


http://img380.imageshack.us/img380/8445/campbellxi2.jpg
ASAP tebal menyelubungi kompleks Campbell sebelum api marak ke bangunan pejabat 20 tingkat.


Pasukan bomba dan penyelamat padam kebakaran Kompleks Campbell hampir 30 jam pada Mei 1973

MEI 1973, sebuah kompleks berharga RM10 juta dibuka dan secara tidak rasmi menjadi mercu tanda Kuala Lumpur pada masa itu kerana ia satu-satunya bangunan pencakar langit di pusat bandar raya yang menjadi kebanggaan warga kota.

Kompleks Campbell itu mengandungi podium setinggi empat tingkat menempatkan gedung pakaian, kedai kamera, kedai jahit, restoran, bar, sebuah kelab malam serta bangunan pejabat setinggi 20 tingkat.

Ketika usianya baru mencecah tiga tahun, bangunan itu hangus dijilat api pada 8 April 1976 yang disifatkan tragedi paling besar pada era 70-an kerana pasukan bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa hampir 30 jam untuk memadamkan kebakaran itu.

Kejadian dikatakan bermula pada jam 10.30 malam dan api marak sehingga jam 2 pagi di bangunan yang menempatkan 180 kedai serta 20 tingkat bangunan pejabat.

Bangunan itu menempatkan Ibu Pejabat Bank Kerjasama Rakyat, Lembaga Latihan Persijilan Perusahaan Ketukangan Kebangsaan, seksyen akaun Pertubuhan Keselamatan Sosiol (Perkeso).

http://img380.imageshack.us/img380/8893/campbell2xn7.jpg
API merebak memusnahkan seluruh bangunan dan kompleks.


Kejadian disifatkan media sama seperti filem 慣he Towering Inferno

Syd Publish time 14-4-2008 12:27 PM

Keajaiban tragedi Sungai Buloh
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@nstp.com.my


http://img397.imageshack.us/img397/6053/sgbuluhrf3.jpg
KAWASAN kemalangan di ladang getah.


45 daripada 79 penumpang pesawat DC 8 Japan Airline terselamat walaupun patah tiga sebelum terhempas

KETIKA hujan lebat melanda sekitar Subang pada petang 28 September 1977, tiada siapa menyangka ia membawa petanda buruk.

Bahkan, ketika pesawat DC 8 milik Japan Airline (JAL) terhempas di Ladang Getah Elmina kira-kira 32 kilometer dari Kuala Lumpur, sehingga mengorbankan 33 penumpang dan anak kapal, pekerja ladang yang tinggal di situ langsung tidak mendengar sebarang letupan akibat cuaca terlalu buruk.


Mereka hanya menyedari kejadian itu apabila pasukan polis tiba bertanyakan mereka sama ada melihat pesawat terhempas atau tidak. Penduduk kampung turut membantu pihak berkuasa menjejak bangkai pesawat tetapi mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan atas faktor keselamatan.

Kebiasaannya, amat jarang berlaku penumpang terselamat dalam mana-mana nahas pesawat, tetapi kejadian kali ini dianggap sesetengah pihak sebagai ajaib kerana 45 daripada 79 penumpang termasuk 10 anak kapal terselamat.

Pesawat itu dikatakan dalam perjalanan dari Tokyo, Jepun menuju ke Singapura melalu Hong Kong dan Malaysia. Berdasarkan jam tangan seorang mangsa yang mati, ia dikatakan detik terakhir jam itu berdetik ialah pada 6.55 petang dan pihak berkuasa percaya itu adalah waktu terhempas.

http://img361.imageshack.us/img361/1932/pesawatev6.jpg

Berdasarkan cara pesawat itu terjatuh dan patah tiga selepas merempuh pokok getah dan batu besar, ramai yang tidak percaya begitu ramai yang terselamat.

Daripada 69 penumpang, lapan daripadanya adalah rakyat Malaysia membabitkan lima terkorban dan tiga selamat. Mangsa lain ialah rakyat Jepun (29), Amerika Syarikat (lima), Belgium (lima), Jerman (tiga), Hong Kong (tiga), masing-masing dua rakyat Belanda dan United Kingdom manakala bakinya rakyat Kanada, Australia dan Yugoslavia, China, Jordan.

Hanya seorang daripada 10 anak kapal itu terselamat iaitu pramugari Seiko Mano. Kapten pesawat, T Moriski, 36, yang mempunyai pengalaman melakukan 6,500 jam penerbangan dan berkhidmat dengan JAL sejak 1965 turut terkorban.

Menara kawalan dikatakan mengarahkan pesawat supaya turun ke paras 4,000 kaki dipercayai akibat cuaca buruk.

http://img399.imageshack.us/img399/8530/pesawat2ve6.jpg
PENDUDUK membantu mengumpul barang milik mangsa.

Sebaik saja pesawat itu terbang rendah ia dikatakan mencecah ladang getah dan memotong pokok sehingga ranap kawasan berkenaan menjadikan ladang itu sebagai padang besar. Bagaimanapun, tiada pihak dapat mengesahkan punca sebenar kejadian.

Pasukan penyelamat mengatakan bahagian pesawat bertaburan di merata tempat dan cebisan mayat mangsa juga ditemui berkecai dan hancur.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Ghazali Shafie memuji kecekapan juruterbang ketika mendarat cemas kerana berjaya menyelamatkan nyawa ramai penumpang.

"Sebagai seorang juruterbang, saya kagum dengan kecekapannya. Pasukan penyelamat juga berusaha gigih menyelamat mangsa yang parah, jika tidak mungkin ramai lagi yang terkorban," katanya.

Masalah hujan lebat mengganggu kerja menyelamat yang terpaksa menggunakan mesin gergaji untuk memotong pokok yang tumbang menimpa pesawat. Penyelamat menemui beberapa bahagian kepala, tangan, kaki dan tubuh mangsa melekat pada pokok dan serpihan badan pesawat.

Mayat dihantar ke Hospital Universiti (HU) tetapi bilik mayat hanya mampu menampung 12 mayat dan bakinya dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) menggunakan lori.

Naib Presiden Eksekutif JAL, Y Takagi, yang tiba di Malaysia sebaik dimaklumkan mengenai kejadian mengumumkan pihaknya menawarkan kemudahan penuh membawa pulang mereka yang terselamat dan mangsa terkorban serta bersedia membayar pampasan mengikut peraturan antarabangsa.


INFO: Kejadian pesawat terhempas di Sungai Buloh


Kotak hitam ditemui di dalam bangkai pesawat dan dibuka di depan semua pihak berkuasa Malaysia, Jepun dan Australia untuk mencari punca nahas.


Pasukan pakar JAL dan Syarikat Mac Donnel Duoglas (Amerika Syarikat turut menyiasat tempat kejadian).


200 pekerja Estet Elmina nyaris maut apabila pesawat itu terhempas tidak jauh dari kediaman mereka.


Kira-kira 300 pokok getah musnah dirempuh pesawat.


Pasukan penyelamat menemui beberapa nota menyedihkan di tempat kejadian iaitu kad bertulis, "Selamat tinggal dan mudah-mudahan selamat. Andainya kau mesti pergi, pergilah".

roquezz Publish time 14-4-2008 12:30 PM

wah bagus aa..mengimbau kejadian..

Syd Publish time 14-4-2008 12:37 PM

Tragedi 12 Oktober
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my


http://img389.imageshack.us/img389/2609/stanqq1.jpg
KELUARGA mengelilingi jenazah Allahyarham Bechek Bacok, 16. Beliau adalah mangsa pertama yang dibunuh Jaafar Patola.


Kejadian amuk di Kampung Parit Stan korbankan enam orang termasuk dua kanak-kanak

LAGU 'Tragedi Oktober' nyanyian Awie cukup popular di kalangan anak muda pada awal 90-an, tetapi 10 tahun sebelum itu, pada bulan sama mencatatkan detik sejarah hitam penuh tragis bagi penduduk Kampung Parit Stan, Pontian, Johor.

Tragedi 12 Oktober 1981, pastinya sentiasa diingati sebagai pengajaran, teladan kepada generasi sedia ada selepas berlakunya peristiwa amuk oleh seorang lelaki yang mengakibatkan enam nyawa terkorban dan 30 lagi cedera.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika kebanyakan penduduk Kampung Parit Stan, kira-kira 11 kilometer dari pekan Benut, keluar bekerja dan bersekolah manakala sebahagian penduduk yang bekerja sendiri turut memulakan tanggungjawab masing-masing.

Tanpa diketahui punca dan sebabnya, seorang penoreh getah dikenali sebagai Jaafar Patola, 35, mengamuk menghayunkan parang panjang dan menyerang dari rumah ke rumah.

Akibatnya, enam orang termasuk dua kanak-kanak tidak berdosa terbunuh sebelum lelaki terbabit turut menemui ajalnya pada hari yang sama selepas ditembak anggota Unit Kawalan Kawasan (UKK) yang mengejarnya ketika dalam perjalanan ke rumah mangsa seterusnya.

http://img389.imageshack.us/img389/2478/stan2xn2.jpg
AHLI keluarga kepada seorang mangsa kanak-kanak memangku jenazah untuk dikebumikan.

Empat daripada mangsa mati di tempat kejadian manakala dua lagi ketika dalam perjalanan ke hospital.

Jaafar menyerang mangsa pertama dikenali sebagai Bechek dan selepas itu memasuki 10 rumah lain berdekatan yang kebanyakan terdiri daripada Orang Bugis dan Banjar.

Dia kemudian berlari ke Kampung Parit Rahman dan mengamuk di sana. Unit UKK yang dipanggil ke tempat kejadian bertembung dengan suspek dalam semak di Parit Hassan, dekat Tampok kira-kira sebatu dari Parit Stan.

Ketika terserempak dengan polis selepas hampir tiga jam mengamuk, Jaafar dikatakan masih cuba melawan polis dengan menghayunkan parang panjang di tangannya. Akibatnya, seorang anggota UKK Koperal Shamsuddin Mohyen, 37, cedera parah.

http://img381.imageshack.us/img381/5686/stan3ix9.jpg
MANGSA dibawa menaiki ambulans untuk dihantar ke hospital.

Anggota unit UKK lain terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi menghentikan tindakan ganas lelaki terbabit dan akhirnya Jaafar mati di tempat kejadian.

Sepanjang tempoh mengamuk, lelaki itu menghayunkan parang tanpa simpati termasuk mangsa yang mempunyai pertalian keluarga dengannya. Kebanyakan mangsa cedera di muka, bahu dan kepala akibat ditetak.

Seorang penduduk, Mohamad Nor Daing Mapunah, 40, yang turut menyertai pasukan 'memburu' Jaafar tidak menyedari rumahnya sendiri diserang hinggalah terdengar jeritan keluarganya dan mendapati bapa dan ibu mentua, isteri dan anaknya cedera ditetak.

Seorang bayi berusia tujuh hari, Noorliza Mohd Noor, terselamat ketika tidur dalam buaian dan ibunya, Becek Ambok Tang, 26, yang masih berpantang cedera parah di leher akibat ditetak.

Empat sekeluarga dalam rumah itu turut diserang termasuk ayah Becek, Ambok Tang Daeng Pengelak, 55, isterinya, Induk Memek, 45, Rabiah Ambok Tang, 24, Hayati Mohd Noor, 4, manakala tiga lagi sempat melarikan diri.

Jaafar dikatakan menggunakan parang untuk membuka pintu rumah mangsa yang tertutup dan selepas menyerang rumah itu, dia tidak menyedari ulu parangnya tercabut.

Selepas itu, dia lari menggunakan jalan rentas kebun kelapa dan ketika baru bergerak sejauh 250 meter, dia bertembung dengan pasukan UKK dan ditembak mati.

Kejadian itu turut menarik simpati banyak pihak termasuk Sultan Johor, Sultan Iskandar Alhaj, yang melawat kampung berkenaan bersama puteranya, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail; Tunku Majid dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ngah Abdul Rahman serta pegawai kerajaan negeri.

Baginda menziarahi penduduk dan bertanya khabar setiap mangsa dan pernah satu ketika mengarahkan doktor peribadinya merawat seorang kanak-kanak perempuan yang baru keluar hospital Johor Bharu.

INFO: Kampung Parit Stan



Kira-kira 750 penduduk Kampung Parit Stan, kebanyakannya berkebun, bertani dan menoreh getah, menanam koko, pisang, pinang, kelapa.


Selepas tragedi, beberapa peruntukkan dicurahkan iaitu memasang pagar Sekolah Kebangsaan Semangat, membina pusat menyalai pisang serta beberapa peruntukkan kecil bernilai RM10,000 daripada Ahli Parlimen Pontian, Ikhwan Nasir. Ia bertujuan meringankan beban penduduk serta menyokong usaha pemulihan segera.


Mangsa yang maut:

1) Abdul Aziz Alwi, 1 1/2 tahun

2) Mohamed Karim Mohamed Yatim, 2 1/2 tahun

3) Lalak Seman, 28.

4) Mengmohtan Intang, 55,

5) Bechek Made, 16,

6) Ambok Tang Daeng Pengelek, 55.

Syd Publish time 14-4-2008 12:38 PM

Reply #116 roquezz's post

ada banyak lgi ni. tunggu jap.

Syd Publish time 14-4-2008 12:46 PM

Bas hancur dirempuh kereta api
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my


http://img393.imageshack.us/img393/9215/basqs4.jpg
KREN terpaksa digunakan untuk mengalih kepala kereta api yang tergelincir dan berpusing.


Kemalangan pada 27 November 1981 di Permatang Tinggi meragut 17 nyawa

KETIKA penduduk sekitar lintasan kereta api Permatang Tinggi, kira-kira 10 kilometer dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang lena diulit mimpi, kira-kira jam 1 pagi mereka dikejutkan dengan dentuman kuat kereta api merempuh sebuah bas sewa khas yang melintas landasan.

Suasana kemudian berubah menjadi hiruk pikuk dan orang ramai mula mengerumuni kawasan kejadian untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan ngeri yang meragut 17 nyawa pada 27 November 1981. Selepas 27 tahun berlalu, pastinya penduduk sekitar dan mangsa kemalangan yang terselamat tidak dapat melupakan tragedi itu.

Bas rombongan membawa sebahagian besar gadis belasan tahun dikatakan menuju ke Pulau Pangkor, Perak untuk berkelah. Bagaimanapun, impian mereka datang jauh dari Kedah menjadi mimpi ngeri apabila bas yang dinaiki dirempuh kereta api seberat 700 tan.

Ketika kejadian, pemandu kereta api, Mohamad Saman Hussein, 49, bersama pembantunya, Rosdi Jalil, 32, dan seorang pengawal Abdullah Saiby, 42, dikatakan sudah membunyikan hon amaran beberapa kali ketika menghampiri kawasan lintasan berkenaan.

Bagaimanapun, amaran awal itu mungkin tidak disedari pemandu bas yang dikatakan meneruskan perjalanan sedangkan amaran hon itu sudah dibunyikan ketika kereta api membawa 25 gerabak barang berada kira-kira setengah batu (800 meter) sebelum kawasan lintasan.

http://img393.imageshack.us/img393/8375/bas2vn5.jpg
PASUKAN penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Sebaik saja melihat bas itu meneruskan perjalanan, pemandu kereta api dikatakan cuba membrek tetapi gagal kerana gerabak tidak mampu dihentikan serta merta dan terus meluru merempuh bas sarat dengan penumpang itu.

Kebiasaannya, sebuah kereta api yang bergerak laju hanya akan berhenti selepas jarak kira-kira suku batu selepas ditekan brek.

Akibat rempuhan itu, bas rombongan hancur, mayat bergelimpangan di kiri kanan landasan sejauh 150 meter. Suasana digambarkan hiruk pikuk dengan jeritan mangsa yang masih hidup dan kesakitan akibat tersepit.

Enjin dan enam gerabak kereta api itu tergelincir akibat rempuhan kuat hinggakan kepalanya berpusing ke arah bertentangan, seolah-seolah ke Pulau Pinang, sedangkan ia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

http://img397.imageshack.us/img397/3221/bas3vi2.jpg
PETUGAS membawa gergaji besi untuk memotong rel landasan yang rosak.

Bahagian depan bas tersangkut pada enjin depan kereta api manakala bahagian lain berkecai dan pecah. Ratusan penduduk, polis dan pasukan bomba dan penyelamat bertungkus lumus hingga ke pagi membantu mengeluarkan mayat serta mencari mangsa terselamat.

Empat belas penumpang mati di tempat kejadian, dua mati di Hospital Besar Pulau Pinang (HBPP) dan seorang lagi ketika dalam perjalanan ke hospital. Penumpang yang parah dihantar ke hospital sama manakala yang cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital daerah berdekatan.

Kemalangan itu dikatakan antara paling dahsyat membabitkan kereta api merempuh bas di lintasan kereta api selepas kejadian di Sungai Lemal, Pasir Puteh, Kelantan pada Mac 1972 yang mengorbankan 14 nyawa penumpang bas.

Bas rombongan itu dikatakan bertolak dari Alor Setar, Kedah pada petang sebelum kejadian dan merancang ke Pulau Pangkor untuk berkelah.

Namun, malang menimpa rombongan itu apabila pemandu bas, Lim Kooi Min, 28, dari Gua Chempedak, Kedah dikatakan tidak berhenti di perhentian sebelum lintasan kerana lintasan itu tidak berpagar.

Sebelum itu, Keretapi Tanah Melayu (KTM) dikatakan sudah mengesyorkan kepada kerajaan Pulau Pinang supaya lintasan berkenaan dipasang pagar sejak Mei tahun yang sama.

Mungkin juga pemandu bas itu tidak dapat melihat papan tanda amaran berhampiran lintasan kerana keadaan gelap. Kira-kira 60 ela (55 meter) dari tempat kejadian, terdapat sebuah papan tanda amaran dalam empat bahasa yang ditulis '- 'lintasan kereta api, melintasinya adalah tanggungjawab sendiri'.

Ketika rempuhan berlaku, terdapat sebuah lagi bas sekolah sewa khas di belakang bas yang dilanggar kereta api, dipercayai rombongan yang sama dalam perjalanan ke Pulau Pangkor.

Info

Nahas kereta api langgar bas



Pasukan penyelamat menggunakan lampu suluh mencari mayat, ada tanpa kaki, kepala dan tangan


Kereta api barang seberat 700 tan itu membawa 25 gerabak.


Pemeriksaan pakar mendapati lampu kereta api memang dipasang ketika kejadian.


Pemasang alat laju juga diperiksa dan mendapati ia merekodkan kelajuan antara 28 hingga 29 batu sejam ketika rempuhan berlaku.


Nilai kerosakan akibat kemalangan dianggarkan RM120,000.


Perjalanan kereta api tergendala sementara dan hanya penumpang dari Butterworth dibenarkan bergerak menaiki bas melalui Jalan Nibong Tebal sebelum menaiki kereta api di situ untuk ke destinasi ke Selatan.


Kira-kira 100 pekerja bertungkus lumus membaiki landasan yang rosak.

Syd Publish time 14-4-2008 12:51 PM

Reply #47 whatizit's post

dah buat posting pasal peristiwa nih kat page 5

Syd Publish time 14-4-2008 01:03 PM

'Kami rasa terangkat'
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my


http://img399.imageshack.us/img399/4439/choonhongiiidy1.jpg
KAPAL tangki Choon Hong III meletup sebelum tenggelam 18 jam selepas kejadian



Tragedi letupan kapal tangki Choon Hong III di Pelabuhan Klang buatkan penduduk sekitar cemas, panik

SEKITAR jam 8.30 malam, penduduk di kawasan perumahan Pelabuhan Klang masih berwirid bersama iman sebaik selesai menunaikan solat Maghrib berjemaah di Surau Al-Mina.

Sebilangan lagi penduduk di kuarters kakitangan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Pusat LPK sedang menonton siaran langsung perlawanan bola sepak antara Selangor dan Kuala Lumpur.

Tiba-tiba mereka dikejutkan letupan kuat yang pada mulanya disangka bunyi guruh di langit, tetapi selepas diikuti letupan kedua menggegarkan bangunan disulami hiruk pikuk orang ramai menjerit mengatakan tangki minyak di pelabuhan meletup, mereka menjadi panik.

Dentuman kuat itu sebenarnya berpunca daripada letupan kapal tangki Korea Selatan, Choon Hong III yang membawa muatan bahan kimia jenis toleuna seberat 950 tan metrik dan xilena (400 tan metrik) ketika berlabuh di depot Tiram Kimia Sdn Bhd, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.

Tragedi ngeri pada 20 Jun 1992 itu mengorbankan 13 nyawa membabitkan tujuh anak kapal dan enam pekerja pelabuhan terdiri daripada lima rakyat tempatan, tujuh pekerja warga Indonesia serta pemilik kapal warga Singapura.

http://img399.imageshack.us/img399/4439/choonhongiiidy1.jpg

Semua mayat mangsa ditemui secara berperingkat iaitu tiga mangsa pada hari pertama, dua hari kedua dan lapan lagi pada hari berikutnya.

Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengawal kebakaran supaya tidak merebak ke depot British Petroleum (BP) yang terletak berdekatan depot Shell dan bangunan lain termasuk rumah penduduk.

Serentak itu, anggota bomba memindahkan 216 keluarga dari Kompleks Kakitangan Bomba dan LPK membabitkan 12 deret flat empat tingkat ke Balai Bomba Pelabuhan Utara kerana bimbang serpihan letupan.

Bekas anggota bomba dan penyelamat, Ahli Bomba Tingkatan Kanan, Abdul Hamid Md Yassin ketika menceritakan detik cemas itu berkata, pada hari kejadian, beliau tidak bertugas dan berada di surau menunaikan solat Maghrib.

"Kami sedang berzikir, tiba-tiba terdengar letupan. Bunyinya macam petir tetapi tidak berapa kuat. Kemudian berlaku letupan berturut-turut beberapa kali. Memang kuat hinggakan saya yang duduk bersila di lantai surau terasa terangkat.

"Semua jemaah lari bertempiaran dan keadaan ketika itu kelam kabut. Masing-masing sibuk menyelamatkan diri. Saya terus pulang ke rumah (kuarters), tukar pakaian seragam bomba dan bergegas ke balai. Itu sudah menjadi rutin tugas kami, walaupun tidak berkerja tetapi perlu bersiap sedia 24 jam," katanya.

Abdul Hamid yang sudah bersara sejak 12 tahun lalu berkata, ketika tiba di balai, pasukan pertama sudah keluar ke tempat kejadian dan beliau bersedia di balai untuk menguruskan pertukaran syif hinggakan pasukannya dikerahkan ke sana kira-kira jam 5 pagi menggantikan pasukan awal.

"Hampir 24 jam pasukan bomba bertungkus lumus memadam dan mengawal kebakaran. Pasukan bomba menjalankan tugas dengan baik kerana berjaya mengawal api daripada merebak ke tangki berdekatan serta rumah penduduk.

"Cukup mengerikan, kerana bila-bila masa saja boleh berlaku letupan. Api menjulang tinggi dan asap hitam memenuhi ruang udara," katanya.

Kebakaran itu turut menyebabkan depot Tiram Kimia Pelabuhan Klang Blending Plant musnah kira-kira jam 12.30 tengah hari keesokannya manakala Bangunan Royal Selangor Yacht Club, terletak kira-kira 300 meter dari tempat letupan, turut terbakar empat jam selepas itu.

Kepantasan lebih 115 anggota bomba memadam api dalam masa lapan jam di kawasan depot Tiram Kimia itu berjaya menyekat api merebak ke depot Bulk Chemical termasuk menyembur buih untuk menyejukkan tangki kimia.

Jika tidak, seluruh bandar Klang mungkin musnah terbakar jika api daripada kebakaran depot Tiram Kimia dan kapal tangki Choon Hong III itu merebak ke depot Bulk Chemical yang menyimpan bahan kimia metanol.

Depot Bulk Chemical bersebelahan depot Tiram Kimia itu mempunyai beberapa tangki besar mengandungi metanol dan jika terbakar boleh memusnahkan seluruh bandar Klang.

Kebakaran itu berlaku apabila kapal tangki yang didaftarkan di Singapura terbakar dan meletup ketika menyalurkan bahan kimia ke tangki loji kimia Shell kira-kira jam 8.45 malam. Ketika itu, 13 anak kapal, dua pekerja bahagian operasi Shell dan dua Juru ukur Caleb Brett (M) Sdn Bhd dipercayai berada di atas kapal.

Letupan itu juga menyambar lima tangki di loji kimia Shell, kira-kira 30 meter dari kapal berkenaan.

Siasatan mendapati serpihan besi seberat 67.5 kilogram yang berterbangan ketika letupan terkena tangki kimia loji Shell menyebabkan kebakaran.

Kapal seberat 1,000 tan metrik dan berukuran 76.6 meter panjang itu musnah dijilat api dan tenggelam kira-kira jam 3 petang keesokannya sebelum ia diapungkan menggunakan kren syarikat Smit Tag Salvage and Towage Pte Ltd (Singapura) yang mengambil masa 17 hari untuk timbul sebelum ditunda ke Singapura yang mengambil masa tiga hari.

Kronologi: Kapal tangki terbakar



8.45 malam (Sabtu): Letupan besar berlaku di depot minyak Shell di Pelabuhan Klang membabitkan sebuah kapal kimia Korea Selatan, Choon Hong III, diikuti beberapa letupan kecil. Ia boleh didengar sejauh kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian.


9 malam: Bomba Pelabuhan Klang menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran di depot minyak Shell, Pelabuhan Klang. Bantuan bomba Shah Alam, Petaling Jaya, Pelabuhan Klang Utara, Selatan dan Wilayah Persekutuan diminta membantu apabila kebakaran sukar dikawal.


9.45 malam: Mangsa pertama, lelaki India ditemui di jeti pelabuhan itu. Kerja menyelamat digiatkan kerana lebih ramai dikhuatiri mati.


12.07 tengah malam: Dua mayat lagi ditemui berhampiran jeti.


12.30 pagi (Ahad): Kebakaran menyebabkan Tiram Kimia Pelabuhan Klang Blending Plant musnah.


1.50 pagi: Tiga mangsa yang ditemui dibawa ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Kebakaran di tangki depot berjaya dikawal.


2.30 pagi: Satu platun Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah untuk mengepung kawasan bagi mengelakkan orang ramai menghampiri atau memasuki kawasan tragedi.


3.40 petang: Api menyambar bahan cecair kimia yang melimpah ke permukaan air.


4 petang: Bangunan Royal Selangor Yacht Club yang terletak kira-kira 300 meter dari tempat letupan, turut terbakar.

INFO: Mangsa terkorban

Rakyat Indonesia
1- Hamzah, 30,
2- Komari, 28,
3- Moohamad Rusdi Adang Siswanto, 32,
4- Muhamad Ondro Djuneidi, 21,
5- Achmad Dhoris, 27,
6- Anisar Usman, 35,
7- Husin, 25,


Rakyat Malaysia
1- Awalluddin Mohd Arshad, 36, juruukur Caleb Brett (M) Sdn Bhd, dari Telok Gadong, Klang,
2- Ho Tiew Teng, 37, penyelia syarikat perkapalan - dari Kampung Raja Uda, Klang
3- Hamzah Mohd Dah, 41, pekerja kapal dari Bandar Baru Selayang.
4- Lim Soon Hoe, 42, juruukur Caleb Brett (M) Sdn Bhd.
5- Armuthalingam, 35, jurugegas syarikat Shell


Rakyat Singapura
1- Kapten Tan Kok Hearn, 35 (Singapura) - pemilik kapal

Syd Publish time 14-4-2008 01:18 PM

Dua kali terbakar dalam setahun
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my


http://img74.imageshack.us/img74/3865/mahkamahba5.jpg
BANGUNAN Mahkamah Tinggi terbakar kali kedua pada awal pagi kira-kira jam 4.48 pagi dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Kebakaran pertama Mahkamah Tinggi pada 16 Mac 1992 manakala yang kedua berlaku selang 10 bulan iaitu pada Disember

BANGUNAN Panggung DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang terletak di bekas bangunan Mahkamah Kuala Lumpur kini dihias cantik, dicat baru tetapi masih mengekalkan reka bentuk asal bagi memastikan nilai seni dan warisan negara dikekalkan.

Bersebelahan dengannya ialah Bangunan Sultan Abdul Samad yang kini sedang diubah suai untuk dijadikan bangunan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKWA), sesuai dengan kedudukannya menghadap Dataran Merdeka yang menjadi tarikan utama pelancong.

Mungkin ramai yang tidak tahu, bangunan Panggung DBKL yang berusia lebih 100 tahun itu pernah mengalami nasib buruk apabila dua kali mengalami kebakaran, iaitu pada Mac dan Disember 1992. Sebelum ini, bangunan itu menempatkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Kebakaran dua kali berturut-turut itu dianggap sesetengah pihak sebagai sejarah bencana kebakaran sepanjang 1992 kerana pada tempoh itu banyak kebakaran besar berlaku membabitkan mahkamah termasuk pejabat daftar dan rekod Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pada Februari.

Kebakaran pertama kira-kira jam 1.45 petang pada 16 Mac berlaku ketika bangunan DBKL lama itu sedang diubahsuai bagi menempatkan 13 Mahkamah Majistret dan baru saja dikosongkan awal Mac oleh Lembaga Pelesenan DBKL bagi membolehkan kerja pengubahsuaian dilakukan.

http://img74.imageshack.us/img74/4787/mahkamah2nj0.jpg
KEBAKARAN pertama pada Mac 1992 ketika bangunan Sultan Abdul Samad sedang diubah suai.

Kira-kira 10 bulan selepas itu, kebakaran kedua berlaku kira-kira jam 4.48 pagi yang memusnahkan 10 bilik mahkamah, enam kamar hakim, bilik fail dan sebuah perpustakaan. Lima bilik mahkamah jenayah, lima kamar hakim, sebuah bilik perpustakaan dan kantin di tingkat atas bangunan dua tingkat itu musnah sama sekali.

Bagaimanapun, 'bilik kebal' yang menempatkan beribu-ribu fail kes dan bahan bukti di tingkat bawah tidak terjejas dan mahkamah memutuskan tidak perlu mengadakan perbicaraan semula semua kes terbabit seperti yang dijangka banyak pihak.

Kebakaran itu memusnahkan sebahagian besar bangunan Mahkamah Tinggi (Jenayah) dan Mahkamah Tengah. Mahkamah Tinggi pula terbakar di tingkat bawah dan lima manakala Mahkamah Tengah tidak terjejas.

Ketika kejadian, saksi mendakwa terdengar beberapa letupan kuat kira-kira jam 4.50 pagi, diikuti asap dan api yang menjulang kira-kira 20 meter dalam bangunan. Beberapa minit kemudian bangunan itu menjadi gelap dipercayai terputus bekalan elektrik.

Enam kereta bomba, dua Simon Snorkel dan sebuah sky lift dengan 50 anggota tiba di tempat kejadian, tetapi mereka tidak dapat bertindak segera kerana tekanan air pili bomba rendah hinggakan terpaksa menggunakan air Sungai Gombak sebelum api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 6 pagi.

Seorang pengawal Mahkamah Agung dipercayai saksi pertama melihat kebakaran itu dilaporkan mendakwa melihat api bermula di tingkat dua dan mendengar satu letupan sebelum bekalan elektrik terputus di semua bangunan termasuk beberapa lampu di bangunan itu terpadam.

Difahamkan, tiga pengawal keselamatan swasta ditempatkan di Mahkamah Tinggi sebelum kebakaran pada awal pagi.

Sebaik saja kejadian itu dilaporkan, 20 anggota polis dari Jalan Bandar diarahkan mengawal lalu lintas dan keselamatan di kawasan itu, manakala Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) turut dihantar apabila orang ramai yang ingin ke pejabat tertumpu di kawasan itu mulai jam 7 pagi.

Polis turut menyoal siasatan 10 pengawal keselamatan yang bertugas di situ pada Selasa selepas jam 11 malam sehingga hari Rabu jam 7 pagi serta menyoal beberapa pekerja kontrak Indonesia.

Pasukan penyiasat yang menjalankan siasatan punca kejadian tidak menolak kemungkinan kebakaran itu berpunca daripada litar pintas yang disebabkan terlalu banyak penggunaan kuasa elektrik di dalam mahkamah itu.

Sambungan terlalu banyak dan pertambahan penggunaan peralatan elektrik termasuk mesin taip, mesin faks dan pendingin udara di dalam mahkamah mungkin menyebabkan lebihan muatan kuasa elektrik.

Kemungkinan itu disokong dengan faktor pendawaian elektrik yang terlalu lama yang mungkin disebabkan ada pembalut wayar rosak kerana terlalu lama atau terkopek digigit tikus menyebabkan berlaku litar pintas.

Seorang penulis petisyen yang bertugas di situ sejak 20 tahun lalu dikenali sebagai Uncle Lim berkata, ketika kebakaran pertama berlaku, keadaan di situ terlalu kelam kabut.

"Apa yang saya ingat, kebakaran pertama berlaku pada tengah hari, ramai orang keluar masuk. Saya angkat semua barang dan kami berkumpul di padang (Dataran Merdeka).

"Semua orang panik," katanya ketika ditunjukkan gambar fail kedua-dua kebakaran berkenaan. Ketika ini, beliau masih mengambil upah menulis dokumen di situ walaupun mahkamah sudah dipindahkan ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Kronologi Kebakaran Bangunan Mahkamah Tinggi (Disember 1992)



4.48 pagi - Seorang pengawal keselamatan di Mahkamah Agung berhampiran Mahkamah Tinggi dikatakan orang pertama nampak kebakaran di tingkat dua mahkamah berkenaan.


4.49 pagi - Bomba menerima panggilan pertama dari seorang pemanggil yang membuat panggilan dari sebuah pondok telefon.


4.51 pagi - Bomba tiba di tempat kejadian.


6.03 pagi - Bomba berjaya mengawal sebahagian daripada kebakaran.


6.20 pagi - Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Omar tiba di tempat kejadian.


6.55 pagi - Bomba berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya.


7.00 pagi - Ketua Polis Negara, Tan Sri Haniff Omar tiba di tempat kejadian.


7.15 pagi - Polis mengepung kawasan bangunan itu dan mengarahkan pemandu menggunakan jalan lain, menyebabkan pusat bandar bertambah sesak.


7.30 pagi - Kakitangan mahkamah yang mula tiba di Mahkamah Tinggi terkejut mendapati bangunan tempat mereka bekerja terbakar.

Info

Kebakaran Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Tengah Kuala Lumpur


Kebakaran dipercayai yang kelima membabitkan bangunan mahkamah di negara ini sehingga 1992.


Kebakaran bangunan mahkamah pernah berlaku di Ipoh, Rawang, Pulau Pinang dan Seremban, Negeri Sembilan.


Bangunan Sultan Abdul Samad dan Bangunan Mahkamah Jalan Duta digunakan sebagai bangunan sementara untuk meneruskan semua kes yang tertangguh.


Enam Mahkamah Tinggi (Jenayah) yang terbabit dalam kebakaran itu berkongsi dengan Mahkamah Tinggi (Sivil) di Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Hishamuddin manakala lima lagi Mahkamah Tengah (Jenayah) akan berpindah ke Bangunan Mahkamah Jalan Duta.


Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Omar, memutuskan semua perbicaraan yang dijadualkan di mahkamah itu pada hari kejadian ditangguhkan untuk sementara waktu.

Syd Publish time 14-4-2008 01:31 PM

Maut sebelum sempat cecah kaki di bumi impian
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my


http://img382.imageshack.us/img382/50/karamlc6.jpg
SERAMAI 16 mangsa bot karam di Tanjung Ru, Pulau Carey dikebumikan dalam kubur besar di Tanah Perkuburan Islam Klang, Selangor.



20 lemas selepas bot dinaiki antara 80 hingga 100 pendatang yang cuba diseludup ke Malaysia karam dipukul ribut

BULAN ini, genap lapan tahun penduduk sekitar pantai Jugra, Tanjung Rhu, Pulau Indah, Pulau Carey dan Pelabuhan Klang, Selangor dikejutkan dengan penemuan 20 mayat pendatang Indonesia yang terdampar di pantai.

Peristiwa hitam itu berlaku pada 12 Februari 1999, mengorbankan 20 nyawa pendatang yang dikatakan mahu berhijrah mencuba nasib di Malaysia tetapi menemui ajal sebelum sempat mencecah kaki di bumi impian.

Daripada jumlah itu, 18 daripadanya lelaki dan dua wanita. Mereka adalah antara 80 hingga 100 penumpang sebuah bot yang dipercayai cuba diseludup masuk ke Malaysia pada waktu malam tetapi ditimpa malang apabila bot dilanda ribut.

Wujud spekulasi mendakwa kejadian itu berpunca daripada tindakan tekong bot yang mengarahkan penumpang terjun ke laut apabila bot menghampiri pantai kerana disangkakan perairan cetek sedangkan bot itu sebenarnya melanggar beting pasir.

Apabila penumpang turun dan bergerak mengharungi laut beberapa meter daripada tempat mendarat, mereka tenggelam sebelum dihanyut arus. Mereka yang pandai berenang terselamat.


Sesetengah pihak pula mendakwa tekong darat yang membawa muatan penuh penumpang itu ketakutan apabila melihat bot pasukan keselamatan dan mengarahkan penumpang terjun sebelum melarikan diri. Tiada mana-mana pihak yang mengesahkan punca kejadian.

Penyelia Polis Marin Selangor, Timbalan Penguasa Mohd Yusof Abdullah, percaya bot itu yang membawa lebih 70 penumpang itu dipercayai karam selepas dipukul ribut kuat ketika cuba memasuki perairan negara.

Polis menerima maklumat penemuan mayat itu daripada kapal yang melalui kawasan berkenaan selepas hujan lebat pada awal pagi keesokannya.

Apa yang pasti, mayat 20 penumpang itu ditemui terdampar di merata tempat dan usaha mencarinya memakan masa beberapa hari kerana polis tidak pasti jumlah sebenar yang terkorban disebabkan tiada sebarang rekod.

Sebaik saja menerima maklumat mengenai mayat terdampar dan ada yang terselamat, gerakan mencari dan menyelamat dijalankan serta merta. Operasi selama tiga hari itu bermula jam 6.30 pagi dan dihentikan pada 7.30 malam kerana cuaca gelap.

Pada hari pertama operasi, polis menemui 10 mayat diikuti enam lagi pada hari kedua dan baki empat mayat ditemui pada hari terakhir operasi. Mayat pertama ditemui pada jam 10 pagi di Pelabuhan Utara diikuti mayat kedua beberapa minit kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang ketika itu, Superintendan Azmi Hashim, berkata polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat dan unit udara menjalankan gerakan mencari di sepanjang perairan Klang hingga Sepang.

Polis sukar menentukan jumlah sebenar mangsa yang hilang tetapi biasanya pendatang Indonesia cuba memasuki negara ini menggunakan bot yang boleh memuatkan 100 penumpang.

Pihak berkuasa juga sukar menentukan tempat sebenar kejadian bot karam, tetapi polis percaya ia berlaku sekitar Tanjung Rhu.

Dalam kejadian itu, seramai 32 mangsa terselamat dan mereka ditahan di pantai Teluk Panglima Garang dan Banting bagi membantu siasatan termasuk mengesan lokasi kejadian.

Kebanyakan mayat mangsa kejadian itu ditemui di sekitar perairan Klang selepas dipercayai dihanyutkan air pasang dari tempat kejadian. Mangsa yang terkorban sukar dikenal pasti identiti berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mereka.

Bekas wartawan sambilan Berita Harian, Haizie Mohd Salleh yang membuat liputan operasi mencari dan menyelamat berkata, mayat ditemui terdampar di pantai pada jarak kira-kira 100 meter setiap satu.

揚enyelamat di darat terpaksa berjalan sepanjang pantai, ada mayat ditemui di pokok kawasan paya bakau. Keadaan mayat sudah teruk disebabkan terlalu lama di dalam air. Apa yang saya ingat, mereka dikebumikan dalam kubur besar,

Syd Publish time 14-4-2008 01:44 PM

Reply #53 iscol_klang's post

Tragedi 'double six' ragut 11 nyawa
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my


http://img395.imageshack.us/img395/6856/66ea9.jpg
BANGKAI pesawat Nomad terputus dua selepas terhempas di Kampung Sembulan.

Pesawat Nomad bawa penumpang VIP termasuk Ketua Menteri Sabah terhempas pada tanggal 6.6.1976

SEJURUS selepas azan berkumandang dari Masjid Negeri Kota Kinabalu, Sabah kira-kira jam 3.50 petang pada 6 Jun 1976, sebuah pesawat jenis Nomad buatan Australia dilihat berpusing-pusing di udara selama lima minit.

Bagi penduduk Kampung Sembulan, mereka menyangka bahawa gerak-geri pesawat itu dianggap perkara biasa atau latihan penerbangan yang berlaku pada setiap hujung minggu tanpa menimbulkan syak wasangka malapetaka besar akan berlaku.


Tanggapan mereka silap kerana hanya beberapa detik selepas itu, pesawat membawa orang kenamaan kebanyakannya anggota Kabinet Sabah menjunam dan terpacak di perairan cetek, kira-kira 100 meter dari rumah penduduk kampung.

Dentuman kuat menyebabkan kebanyakan rumah bergegar kerana kejadian berlaku terlalu hampir dengan penempatan penduduk yang terletak kira-kira dua kilometer dari bandar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Sebelas nyawa terkorban termasuk Ketua Menteri Sabah, Allahyarham Tun Mohd Fuad Stephens, anaknya Allahyarham Johari Tun Fuad serta tiga menteri kerajaan Sabah, pegawai kanan kerajaan dan anak kapal.

http://img383.imageshack.us/img383/8306/662ge4.jpg
PASUKAN keselamatan dan penyiasat menjalankan siasatan bangkai pesawat Nomad.

Tidak sampai 10 minit selepas kejadian itu, beribu-ribu manusia cuba menghampiri tempat kejadian menyebabkan pasukan keselamatan terpaksa menghalang orang ramai ke kawasan nahas bagi mengelakkan kesukaran menyelamat serta mengganggu bukti siasatan.

Pasukan keselamatan dan pertolongan cemas bertungkus lumus membantu anak kapal dan berjaya menghampiri mangsa pertama iaitu Allahyarham Syed Hussein Wafa.

Saksi kerja menyelamat menggambarkan mayat mangsa yang terhempas begitu lembik seolah-olah 'sepasang baju' yang basah.

Pada awal pagi sebelum kejadian, Allahyarham Mohd Fuad menyertai pertandingan berjalan kaki bersama orang ramai di Kota Kinabalu. Pada jam 10 pagi, beliau ke Labuan untuk upacara perasmian kilang penapis minyak bersama Menteri Kewangan Persekutuan ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

http://img359.imageshack.us/img359/590/663xz3.jpg
PASUKAN keselamatan dan penyiasat menjalankan siasatan bangkai pesawat Nomad.

Mungkin ajalnya sudah tiba, beliau meminta penerbangan dipercepatkan walaupun penerbangan asal adalah pada jam 5 petang. Mohd Fuad menaiki pesawat itu bersama 10 yang lain termasuk anak kapal.

Mohd Fuad bersama anggota kabinet yang terbunuh dikatakan baru mengangkat sumpah selepas memenangi pilihan raya negeri yang diadakan antara 5 hingga 14 April 1976. Pada pilihan raya itu, parti Berjaya menewaskan Usno setelah memenangi 28 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tragedi itu menimbulkan banyak persoalan mengenai punca kejadian kerana ada yang menganggap masalah teknikal, ada yang menuding jari berpunca kelalaian juruterbang, wujud juga dakwaan sabotaj kerana pesawat dinaiki ramai anggota Kabinet Sabah.

Berdasarkan kenyataan Syed Abdullah yang menulis mengenai Tun Fuad: Kenangan Sepintas Lalu, menyebut bahawa juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.

Pelbagai pihak memberi pandangan masing-masing tetapi teori paling menarik ialah mungkin terlebih muatan kerana pesawat Nomad hanya boleh memuatkan enam orang anak kapal termasuk penumpang tetapi jumlah kemalangan jiwa dilaporkan hampir sekali ganda.

Namun, peristiwa itu sebenarnya mengubah senario penggunaan pesawat atau helikopter yang membawa orang kenamaan (VIP). Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai.

Bagi sesetengah penduduk di Sabah, tentu ingatan mereka masih segar mengenai peristiwa hitam itu atau mungkin ada yang langsung tidak mengetahui malapetaka itu dianggap sesetengah pihak sebagai tragedi 'double six' kerana berlaku pada 6.6.1976.



INFO: Korban Tragedi Nahas



Ketua Menteri Sabah, Allahyarham Tun Mohd Fuad Stephens


Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin


Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun


Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong


Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion


Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Andu


Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Syed Hussein Wafa


Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan


Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Kopral Mohd Said


Juruterbang, Gandhi J Nathan


Anak kepada Tun Fuad Stephens, Johari.

cronicle86 Publish time 18-4-2008 11:54 PM

along spoon di bunuh tanak bongkar ke???

cite nye sbb along maen ngn bini polis kn..
bini die plak PR syarikat rakaman along..

padah maen ngn bini org..
seramnyerrrrrrrr...

dah kn gntung da polis tu..
ptut nye..takyah bunuh..blasah cukupla si along tuh..;P ;P ;P ]

cronicle86 Publish time 18-4-2008 11:59 PM

pasal kes norita plak..dulu aku mmg ikut kes die ni kat paper..
ada satu paper berbahasa melayu tu..rasanye brita hairan kot
kolum die kcik je..
aku baca la..tjuk die tak silap..misteri di sbalik pmbunuhan norita..
sume org tau kn norita ni plcur kelas atasan kn..
so..aku bc la artikel ni ngn khusyuk,smpy ada yg aku ulang 2 3 kali sbb tertarik sgt..
die ckp kn..masa polis dtg tu ada lembaga hitam yg bergitu cpat kluar dr bilik hotel tu..aku tulis pon seram..
bau nye ckup busuk dan mloyakn..
aku rasa ni la blasan Allah kpada yg sntiasa mninggalkn suruhan Nya dan mbuat aper yg di tegah Nya..
nauzubillah~

exclusive_vvip Publish time 19-4-2008 04:39 PM

antara yg paling sadis n sedih yg ev penah dengar, kes pembunuhan eksekutif petronas(dibunuh oleh suaminya sendiri)....x tau apa crita sebenarnya, tp bila tringat anak2 dia sedih sgt rasa...
Pages: 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 [13] 14 15 16 17 18 19 20 21 22
View full version: Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia


ADVERTISEMENT