ncsha Publish time 16-7-2009 11:02 AM

Pakaian Seragam PB.Apa Pendapat Anda?

Pakaian seragam pasukan Polis Bantuan di Malaysia perlu berbeza. Ini kerana pakaian seragam Polis Bantuan di negara barat adalah berbeza dengan polis persekutuan, misalnya di Amerika Syarikat iaitu Los Angles Police Department (LAPD).

Untuk pengetahuan, pakaian seragam yang telah digunapakai sebelum ini iaitu baju biru muda adalah amat memadai tanpa perlu diubah-ubah. Pakaian seragam yang sama boleh mengelirukan masyarakat dan juga boleh menjatuhkan reputasi pasukan dalam usaha Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM untuk mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap pasukan polis masa kini.

Masyarakat hanya menunding jari kepada pihak polis dan bukannya pihak agensi yang mengawal. Selian Polis Bantuan di Malaysia seharusnya diletakkan terus di bawah pentadbiran balai dan pihak agensi hanya membekalkan kelengkapan logistik sahaja. Adakah langkah diwujudkan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) hanya melibatkan anggota tetap PDRM sahaja dan bukannya anggota Polis Bantuan?

BERKUATKUASA 01/11/2009 SELURUH POLIS BANTUAN MALAYSIA DIKEHENDAKI MENUKAR UNIFORM MEREKA.
MEMO DAH PUN KELUAR....

asher Publish time 16-7-2009 12:26 PM

tuko warne aper plak?lawa ke x?

cmf_yipun78 Publish time 16-7-2009 12:31 PM

1# ncsha

cerita x abis ler dik, memo kuar tukar uniform kepada apa? kenapa nak buat perbandingan ngan sistem US?

jofizo Publish time 16-7-2009 01:03 PM

errr LAPD tuh taraf polis bantuan ker.......??? :o

tak perlu la buat perbandingan ngan us sebab kat sana struktur dia lain......... dari pemahaman aku polis negeri diletak dibawah kuasa gabenor manakala di peringkat pusat pulak dikendalikan oleh FBI........itu pasal la setiap negeri depa pakaian polis memacam2, ada kaler biru muda, ada kaler biru tua, ada kaler coklat stail koboi pun ada nun texas rangers......... hehehe

kat mesia plak ada IPK dan IPD tapi dibawah naungan yg sama iaitu PDRM dan terletak dibawah KDN....... kalau nak glamer dok kat bukit aman ler.......

pasal uniform polis bantuan nih, aku setuju kalau ada arahan utk tukar uniform, tapi bukan sahaja utk PB, tapi jugak agensi2 lain yg menggunakan uniform mirip spt polis dari segi warna spt kastam dan jpj......... dari jauh memang mengelirukan org awam, tambah plak org awam yg tak nah tgk logo/lambang jabatan, memang sah2 tau tau yg mana satu polis yg mana satu kastam.........

venez Publish time 16-7-2009 01:10 PM

erkkk, kembali ke kaler asal kot.. :D

fariepari Publish time 16-7-2009 01:16 PM

guard kat tempat keje aku nih pun dh naik taraf pakai baju seragam cam polis
masa memula nampak guard nih, aku ingatkan polis laaa..hampeh jekk

HangPC2 Publish time 16-7-2009 01:56 PM

LAPD Macam mana dengan Sheriff lak ?

zannmy Publish time 16-7-2009 10:13 PM

4# jofizo



Setuju dengan anda....dan banyak buruk dari baiknya PB pakai uniform Regular PDRM . Baiknya ia mungkin bersifat pencegahan kepada unsur unsur jenayah dengan
adanya anggota PB ni kerana orang awam mungkin menganggap mereka adalah anggota regular PDRM dan secara tak lansung dapat mencegah jenayah.
Buruknya pula, ada kemungkinan anggota PB ni akan 'menyamar' sebagai anggota Regular dan mungkin memperdaya orang awam,
terutamanya yg kurang arif mengenai organisasi pasukan PDRM.
Sebenarnya walaupun mereka memakai uniform yg sama dengan anggota atau pegawai Regular, kita masih boleh
Mengenali mereka dengan melihat kepada no. badan mereka (bermula dgn huruf PB XXXXX) dan logo agensi mereka di lengan baju.
(Contoh FELDA, BSN, Pos Malaysia, TV3, KTMB, TNB, SYABAS dll). Begitu juga dengan kad kuasa mereka juga berbeza.
Saya juga selalu berjumpa dengan anggota PB yang memakai jaket dan hanya mempamerkan colar badge berlambang
Polis semasa menunggang motosikal dan ini mengelirukan orang awam dan ada kemungkinan mereka cuba 'menjalankan' tugas anggota
Regular tanpa kebenaran pihak PDRM, tidak seperti anggota Sukarelawan Polis SPDRM @ PVR, mereka mempunyai kuasa
Yang sama seperti anggota / pegawai regular semasa bertugas.

Begitu juga dengan agensi-agensi penguatkuasa kerajaan lainseperti KDRM,JPJ ,SPRM atau PBT yang sedang ghairah memakai uniform berasaskanWarna biru, rasanya tak perlu mereka meniru warna uniform PDRM kerana boleh mengelirukan
Orang awam dan perlu ada badan atau lembaga yang mengawal selia tata-cara pemakaian dan warna uniform
Setiap agensi penguatkuasaan atau keselamatan awam dan swasta kerana setiap agensi mempunyai identiti,tugas dan
Fungsi yang tersendiri sebagaimana yang telah ditetapkan. Kenapa semua mesti berasaskan warna biru? Biarlah
biru itu untuk 'SANGSAKA BIRU' sahaja.....

My two cents comment....

cmf_tin Publish time 16-7-2009 11:18 PM

8# zannmy
seragam biru gelap tu melambangkan agensi penguatkuasaan undang2.

ncsha Publish time 17-7-2009 10:46 AM

2# asher

lawa ke x / warna ape semua bergantung kpd agensi itu sendiri.
yg penting baju uniform PB tidak boleh sama dgn anggota polis regular.

ncsha Publish time 17-7-2009 10:49 AM

3# cmf_yipun78

memo pemberitahuan PB 1 malaysia dikehendaki tukar uniform yg sedia ada ( uniform polis ) kpd uniform sendiri.

ncsha Publish time 17-7-2009 03:05 PM

yuppp...sokong saudara zanny.

SangSaka Publish time 17-7-2009 05:56 PM

1# ncsha

Saya juga bersetuju.... well done...

Errr..betul ke Cawangan Pembantu dah keluar memo? Tak sempat tanya pegawai kat situ...

alphawaves Publish time 31-7-2009 08:33 PM

Post Last Edit by alphawaves at 31-7-2009 20:35

13# SangSaka




Tapi dalam akta polis ada mengatakan..bahawa polis dengan arahan parlimen harus melantik beberapa pembantu kepada polis seperti polis tambahan, sukarelawan polis, polis bantuan dan kadet polis.

antaranya lagi ketua polis boleh pada bila2 masa melantik polisn bantuan ini menjalankan tugas2 seorang polis pada bila2 masa yg bersesuaian.

lagipun cuba lah kita fahami term tersirat kenapa polis bantuan ini mesti memakai pakaian yg menyerupai polis regular.

alphawaves Publish time 31-7-2009 08:38 PM

4# jofizo



Setuju dengan anda....dan banyak buruk dari baiknya PB pakai uniform Regular PDRM . Baiknya ia mungkin bersifat pencegahan kepada unsur unsur jenayah dengan
adanya anggota PB ni ke ...
zannmy Post at 16-7-2009 22:13 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Bukan kah polis bantuan juga mendapat latihan di pulapol negeri masing2? dan bukan kah mereka juga terikat dengan ikrar rasmi seorang polis? polis bantuan buat jahat? aik setau saya polis regular yg jadi cemuhan orang sangat ni. jarang2 pula polis bantuan meminta rasuah.

alphawaves Publish time 31-7-2009 08:41 PM

Pakaian seragam pasukan Polis Bantuan di Malaysia perlu berbeza. Ini kerana pakaian seragam Polis Bantuan di negara barat adalah berbeza dengan polis persekutuan, misalnya di Amerika Syarikat iaitu Lo ...
ncsha Post at 16-7-2009 11:02 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Sedih pula saya kalau mereka terpaksa menukar uniform..kalau macam tu jangan panggil polis bantuan lagi lah..panggil sekuriti guard lagi bagus.

Anyway i am not a polis bantuan.

kiuros Publish time 1-8-2009 07:43 PM

13# SangSaka


sudah tuan, prtukaran berkuatkuasa 1/11/2009.warna biru muda untuk baju dan "navy blue" untuk seluar.... tapi detail dia dalam kajian dan akan diedarkan tak lama lagi. memo tu cuma untuk pemberitahuan awalan

kiuros Publish time 1-8-2009 08:04 PM

Post Last Edit by kiuros at 1-8-2009 20:05



Bukan kah polis bantuan juga mendapat latihan di pulapol negeri masing2? dan bukan kah mereka juga terikat dengan ikrar rasmi seorang polis? polis bantuan buat jahat? aik setau saya polis regular yg jadi cemuhan orang sangat ni. jarang2 pula polis bantuan meminta rasuah.
alphawaves Post at 31-7-2009 20:38 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

pandangan saya, walaupun polis bantuan dapat latihan di pulapol, kursus mereka tak menyeluruh dan skop kerja pun bukan macam regular, jadi kuasa untuk bertindak agak terhad kepada situasi, jadi didepan mata org awam saperti cik atau saya, mungkin akan keliru dengan tindakan terhad dari polis (bantuan) di tempat awam. saya kurang arif kalau ada polis bantuan terlibat dengan rasuah, tapi kalau cik yakin polis bantuan "jarang2" meminta rasuah dan polis regular jadi "cemuhan orang sangat", kenapa tak dibedzakan pakaian agar integriti polis bantuan diperlihara?

kiuros Publish time 1-8-2009 08:16 PM



Sedih pula saya kalau mereka terpaksa menukar uniform..kalau macam tu jangan panggil polis bantuan lagi lah..panggil sekuriti guard lagi bagus.

Anyway i am not a polis bantuan.
alphawaves Post at 31-7-2009 20:41 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


errmm....kalau tak silap saya, polis bantuan memang security guard yang di beri kuasa-kuasa "polis"... polis bantuan. Gaji mereka di bayai oleh majikan mereka, spt Bank Negara, Petronas, TNB,

abangbikerz Publish time 1-8-2009 09:20 PM

aku ada satu kemusykilan pasal us punye sheriff, sapee ade tgk cite walking tall lakonan the rock???

dlm cite tu the rock jadi sheriff pakai pilihanraya... mmg camtu ke kat sana???
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Pakaian Seragam PB.Apa Pendapat Anda?


ADVERTISEMENT