sekngucing Publish time 23-4-2010 02:09 AM

mee segera menyelamatkan dunia?
-lawak ka? :lol:

along3746 Publish time 23-4-2010 10:45 AM

Mi segera ganti nasi?

KUALA LUMPUR 22 April – Mi segera yang menyaksikan jualannya berjumlah AS$25 bilion tahun lalu, mungkin menggantikan nasi sebagai makanan ruji dunia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Perubahan kini telah berlaku di Indonesia apabila mi segera sudah menggantikan tradisi pemakanan rakyat berpendapatan rendah di negara tersebut.

Keadaan itu digalakkan lagi oleh harga mi segera yang lebih murah berbanding makanan ruji di negara tersebut.

Presiden Persatuan Mi Segera Dunia (WINA), Koki Ando berkata, berikutan aliran peningkatan itu, persatuan berkenaan meletakkan matlamat untuk menjadikan mi segera sebagai makanan global sebagai menggantikan makanan ruji di dunia.

Katanya, khasiat mi segera juga telah diperkaya dengan nutrien dan zat makanan yang seimbang seperti protein dan karbohidrat yang membantu diet pemakanan individu.

Selain itu, kata Ando, sebanyak 300 produk baru mi segera dilancarkan sepanjang tahun di dunia yang menunjukkan terdapat permintaan terhadap pasaran produk tersebut.

“Mi segera semakin mendapat permintaan masyarakat dunia berikutan khasiat dan zat makanannya adalah setara dengan makanan ruji.

“Pada tahun lalu, WINA merekodkan sebanyak 91.5 bilion paket mi segera dijual di seluruh dunia yang menunjukkan peningkatan terhadap permintaannya,’’ katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Gabenor WINA di Malaysia yang juga Pengarah Eksekutif Makanan Netle Products Sdn. Bhd. (Malaysia dan Singapura), Izham Mohamed berkata, dalam konteks di negara ini, penggunaan mi segera bakal meningkat berbanding dua tahun lalu.

Pemulihan ekonomi, kata beliau, memberi peluang kepada rakyat untuk menggunakan mi segera sebagai sumber pemakanan tambahan di negara ini.

Menurut Izham, rakyat Malaysia makan mi segera sebanyak 1.3 juta bungkus sehari, sekali gus menyaksikan 1.2 bilion bungkus dijual tahun lalu.

“Perisa asam laksa dan tom yam mencatatkan jualan tertinggi dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia,’’ kata beliau. Mi segera di Malaysia wujud sejak lewat tahun 1960-an.

NIXAR Publish time 23-4-2010 10:52 AM

ok apa ganti nasi. tapi kena pelbagaikan dan lebihkan khasiat dlm mi segera tu la. :D

Buntatanak Publish time 23-4-2010 11:08 AM

kecoh la CAP cam ni :lol::lol:

along3746 Publish time 23-4-2010 11:16 AM

tak dapat aku nk bayangkan kalau hidup aku ni tanpa nasi.. kalau 2-3 hari tu ok lagi..

cyclotron Publish time 23-4-2010 11:24 AM

http://img193.imageshack.us/img193/3146/mvc087s.th.jpg

mas999 Publish time 23-4-2010 01:17 PM

:lol::lol::lol::lol:

pinguin Publish time 23-4-2010 02:51 PM

bukan xsehat ke makan mee segera selalu??

mizsela Publish time 23-4-2010 03:33 PM

kena cipta mee segera yang 'healthy':drool3:

Acong Publish time 23-4-2010 03:40 PM

nak makan ramen ...nak makan ramen....nak makan ramen...nak makan ramen dengan bebola daging....:dro ...
kambeng_masam Post at 22-4-2010 23:04 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.giftak sedap laa........ sup dia cam harem je........... :'(

cyclotron Publish time 23-4-2010 03:41 PM

kena cipta mee segera yang 'healthy'
mizsela Post at 23-4-2010 15:33 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

dah ada..CNI dah kuar,RM7/bungkus..kaler hijau lagi.:)

lurve82 Publish time 23-4-2010 03:42 PM

yeay...me megi senang di masak mudah di mkn..{:1_152:}

H猷L鰃頧 Publish time 23-4-2010 03:46 PM

sayang bumi tapi tak sayang badan ? bukan ke mee segera banyak MSG /MNG ?

melia_star Publish time 23-4-2010 03:56 PM

Instant noodle facts


-Instant noodles are 'the food of our times', being only 53 years old

- Invented in 1958 in Osaka, by Momofuku Ando, dubbed 揊ather of instant noodles

melia_star Publish time 23-4-2010 03:57 PM

Post Last Edit by melia_star at 23-4-2010 16:02

yg aku tau mee segera mmg tadak khasiat....yg ada cuma kabohidrat, lemak, msg, wax etc..........

yg aku concern sgt unsur2 wax tu.......nk tipu kaaa.....

satu lagi, ape justifikasi nk kata mee segera bleh selamat dunia.......

penyo. Publish time 23-4-2010 04:38 PM

Takbirrrrrrr.........

ninja boy Publish time 24-4-2010 08:24 AM

itu mee segera khas utk org miskin yg x mampu beli daging, ayam, ikan dan sayur2 tiap2 hari
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 [11]
View full version: Rakyat Malaysia Makan 2, 200 Paket Mee Segera Seminit.


ADVERTISEMENT