CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jepun Mahu Keretapi Laju Shinkansen Beroperasi Di Malaysia

26-5-2015 11:22 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7202| Komen: 35

Description: Jepun pada Isnin mengulangi hasratnya untuk melihat teknologi kereta api laju kebanggaan negara itu, Shinkansen, digunakan dalam Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur da ...


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, diiringi rakan sejawatan dari Jepun, Shinzo Abe (kanan), menuju ke sidang akhbar bersama di Tokyo, Isnin. Perdana Menteri Malaysia itu berada di Jepun untuk lawatan rasmi tiga hari bermula Ahad. - fotoBERNAMA


                      
TOKYO: Jepun pada Isnin mengulangi hasratnya untuk melihat teknologi kereta api laju kebanggaan negara itu, Shinkansen, digunakan dalam Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Hasrat itu disuarakan Perdana Menterinya, Shinzo Abe dalam mesyuarat dua hala dengan delegasi Malaysia diketuai rakan sejawatnya, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, Isnin.

"Saya berharap dapat melihat Shinkansen beroperasi di bumi Malaysia," katanya pada sidang media bersama dengan Najib, selepas mesyuarat di pejabat Abe.

Mengulas perkara itu, Najib berkata mereka menghabiskan masa yang lama bagi membincangkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi melibatkan kerajaan Malaysia serta Singapura berkenaan.

"Kita dimaklumkan mengenai signifikan serta kepentingan projek itu oleh Jepun," kata Najib.

Perdana Menteri turut percaya Jepun akan mengemukakan bidaan yang amat kompetitif itu apabila tiba masanya kelak.

Malah, hasrat Jepun untuk membida projek kereta api berkelajuan tinggi itu turut diberi liputan meluas oleh media tempatan Jepun menjelang kunjungan Najib.

Salah satu laporan menyatakan Jepun juga berusaha melobi untuk turut  mengetengahkan penggunaan Shinkansen bagi projek kereta api laju menghubungkan Bangkok dan Chiang Mai di Thailand serta Jakarta dan Bandung di Indonesia.

Esok, Najib akan merasai sendiri pengalaman menaiki kereta api laju berkenaan menerusi perjalanan selama 96 minit ke Sendai, kira-kira 325 kilometer dari Tokyo.

Perkhidmatan Shinkansen itu merangkumi laluan kira-kira 2,400 kilometer yang merentasi Jepun.

Sebelum perjalanan esok, Najib akan diberi taklimat oleh pegawai Perkhidmatan Keretapi Jepun mengenai Shinkansen serta pembangunan di sekitar stesen Tokyo selain melawat kokpit kereta api itu.

Pada awal bulan ini, Perdana Menteri dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, mengulangi komitmen penuh kedua-dua negara bagi menjayakan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi itu yang mampu mengurangkan masa perjalanan kepada kira-kira 90 minit berbanding tiga jam menerusi jalan raya, pada masa ini.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memaklumkan wartawan Malaysia yang membuat liputan kunjungan Perdana Menteri, bahawa beberapa negara termasuk Perancis, Korea Selatan, Sepanyol dan Jerman telah menyatakan minat untuk menyertai projek kereta api berkenaan.

"Masih terlalu awal lagi kerana kedua-dua pihak, baik Malaysia mahupun Singapura, perlu meneliti banyak butiran lain.

"Jepun misalnya, telah menyatakan kesanggupan untuk mengendalikan aspek latihan pekerja, modal insan, pemindahan teknologi serta pembiayaan dalam usaha mendapatkan projek itu," katanya.

11

Bagus
1

Marah
20

Terkejut
14

Sedih
12

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucen_miang 26-5-2015 11:09 AM
oh wowww....kucen naik fr Tokyo to niigata sejauh  335km dgn kelajuan 320 km/h. sejam lebih sikit dah sampai.
Quote binisupir 26-5-2015 11:17 AM
buatlah cecepat
Quote kucen_miang 26-5-2015 11:20 AM

kannnn..tak sempat nak kentut tup-tup dah spi singapork.
Quote mjla 26-5-2015 11:24 AM
Elok la tu.

Ramai boleh balik kg.

Beli rumah dan tanah kat sana.

Quote kintan 26-5-2015 11:25 AM
kucen_miang replied at 26-5-2015 11:20 AM
kannnn..tak sempat nak kentut tup-tup dah spi singapork.

ini mmg lawak..

dah kentut.. bau tak abis lagi dah sampai..

Quote kucen_miang 26-5-2015 11:30 AM
kintan replied at 26-5-2015 11:25 AM
ini mmg lawak..

dah kentut.. bau tak abis lagi dah sampai..

hahahah betul2. akak lagi lawak.
Quote boyagombak 26-5-2015 12:56 PM
Shikanshen x nak dibuat dari KL ke utara ka. Pasaipa KL ke Singkaypork jer ? Ini sudah tidak adil,Labi
Quote poyohabis 26-5-2015 01:00 PM
buat dr sempadan golok ke singapura, utara selatan semua ada..baru best sejam je leh balik umah..kj joho duk pahang pon boleh ulang hari2... hujung minggu leh ke kedah,penang cuti2 malaysia..baru la meriah
Quote lavamagnesium 26-5-2015 01:04 PM
poyohabis replied at 26-5-2015 01:00 PM
buat dr sempadan golok ke singapura, utara selatan semua ada..baru best sejam je leh balik umah..kj  ...

per ada kat kedah tu....??

sawah padi dgn hutan simpan aje...kampungan bangat.


Quote spiderman80 26-5-2015 01:04 PM
Malaysia sebenarnya dalam keadaan serba salah. Kalau nak ambil kontrak Jepun, nanti risau China sakit hati pulak.
Quote lavamagnesium 26-5-2015 01:08 PM
spiderman80 replied at 26-5-2015 01:04 PM
Malaysia sebenarnya dalam keadaan serba salah. Kalau nak ambil kontrak Jepun, nanti risau China saki ...



biasa la cina....hati sakit pasal banyak consume babi hari hari...

jantung limpa paruparu buah pinggang otak semua sakit sekali...

budus punyer cina...



amacam...hati lu ada sakit ini hali..??


Quote poyohabis 26-5-2015 01:08 PM
lavamagnesium replied at 26-5-2015 01:04 PM
per ada kat kedah tu....??

sawah padi dgn hutan simpan aje...kampungan bangat.

sesekali duk kat sawah padi...ala2 cite tv3..
Quote DinSudin 26-5-2015 01:09 PM
tambah hutang lagi yg membayar rakyat...adoii
Quote lavasofa 26-5-2015 01:15 PM
spiderman80 replied at 26-5-2015 01:04 PM
Malaysia sebenarnya dalam keadaan serba salah. Kalau nak ambil kontrak Jepun, nanti risau China saki ...





haiyaa apek arrrr....hati lu sulah sakit la tu...

bila mau sakit otak paruparu jantung limpa perut..??


ohhh...wa lupa...lu talak makan babi...

lu selupa ini babi la.....talak makan babi...halam woooo..







Quote lavatable 26-5-2015 01:21 PM
spiderman80 replied at 26-5-2015 01:04 PM
Malaysia sebenarnya dalam keadaan serba salah. Kalau nak ambil kontrak Jepun, nanti risau China saki ...



haiyaa apek ahhhhh...

lu hati banyak sakit ka ini hali...???

lu pi jumpa sama lu punyer sami la...mintak doa sama dia kasi sakit hati lu cepat sembuh la...

dia manyak power wooo sana myamar...













Quote kecimpret 26-5-2015 01:33 PM
siam pun dah stat nak wat high speed tren..tahun 2019 siap
Quote harmerz01 26-5-2015 02:28 PM
Kita dah terbuat landasan yang bersaiz sama seperti yang sedia ada. Memang tak boleh digunakan oleh keretapi laju.
Kalu nak juga perlu pengubahsuaian yang memerlukan kos yang tinggi ....... sapa pulak yang nak jadi jutawan lagi.
Quote Orix 26-5-2015 02:31 PM
ala ape la yg diharapkan sgat dgan kemajuan if bang jib yg memerintah.. katenye projek ketapi KL-singapore da cancel ? ape kes?
Quote ubatnyamuk 26-5-2015 03:06 PM
No wonder la last year dua tiga bijik rolling stock company dari Jepun bukak booth beso2 kat KLCC masa exhibition Rail Business Asia. Tapi yang paling besor, JR East la.

Pastu few weeks ago, ada pasal JR East kat majalah 3. Memang mcm dah nak konpom2 je amik JR East sbb M3 ni kan ala2 agen propaganda. Kekekeke.

CSR dari China dapat MRT punya train rasanya. Yang ni la kot nak bagi kat Jepun. Kot je la.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.198371 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top