CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Kisah Haiwan Yang Pernah Ditahan Dan Dipenjara

21-5-2015 11:32 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2401| Komen: 2

Description: Percaya atau tidak monyet yang menyeberangi Pakistan dari India juga boleh ditangkap...

1. Kucing 'Posmen'
Pada 2013, seekor kucing ditahan oleh pihak polis kerana percubaan untuk menyeludup telefon bimbit ke dalam salah sebuah penjara di Rusia. Bukan sahaja telefon bimbit, kucing itu juga membawa alat pengecas. Dengan kebolehan kucing yang mudah melenturkan badan, kucing sering dijadikan haiwan pilihan untuk menyeludup barang. Rancangan menyelup barang menggunakan kucing digagalkan dan kucing ini terpaksa 'bercuti lama' didalam penjara.

2. Kambing Vandalisma
Binatang pun boleh ditangkap ya! Pada June 2013, 3 kambing (gambar di atas) ditangkap pegawai polis atas dakwaan merosakan kenderaan polis. Menyampah dengan situasi tersebut, kambing itu ditahan dan di kurung oleh pihak berkuasa atas alasan berpotensi melakukan vandalisma jangka panjang. Ini kerana 12 ekor kambing pernah memanjat kereta keluaran baru pihak polis dan memecahkan cermin dan merosakkan 'wiper' kereta terbabit. Rupanya kambing tersebut dilepaskan oleh SPCA dalam usaha mengurangkan kekejaman pada haiwan. SPCA juga mengutuk tindakan polis tersebut dengan menyarankan supaya meletakkan kereta di tempat lain.


3. Keldai Ganas
Pada 2008, seekor keldai menendang 2 lelaki di ladang berdekatan Chiapas di Mexico. Keldai tu pun tak lama ditangkap oleh polis. Polis kemudiannya meletakkan keldai tersebut didalam sel yang memang dikhaskan untuk pesalah yang mabuk atau yang ganas. Keldai tersebut dipenjara  di balai tersebut sehingga tuan keldai membayar kos perubatan 2 lelaki yang cedera itu. 2 mangsa yang ditendang itu cedera patah tulang dada dan seorang lagi patah buku lali. Pihak polis juga memberitahu tidak mudah untuk menangkap keldai tersebut yang memerlukan 6 orang.

4. Kambing sihir
Satu malam di Nigeria penduduk kampung menangkap seekor kambing yang dipercayai merupakan seorang manusia. Aneh bukan? Nigeria merupakan negara yang mempercayai  sihir dan mereka beranggapan kambing tersebut adalah perompak bersiri yang menggunakan sihir dan menyerupai kambing. Polis turut menahan kambing tersebut diletakkan didalam penjara.

5. Merpati si pengintip
Polis India menangkap seekor merpati yang dipercayai pengintip dari negara jiran Pakistan. Burung itu dijumpai oleh penduduk tempatan dimana sewaktu dijumpai merpati tersebut memakai gelang di kaki. Dibadan burung tersebut juga mempunya nombor telefon dan alamat yang dipercayai dari Pakistan. Pihak berkuasa India meletakkan merpati dibawah kawalan ketat dibawah bilik berhawa dingin dan serta melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas Merpati terbabit.

6.Monyet PATI ( Pendatang Asing Tanpa Izin)
Percaya atau tidak monyet yang menyeberangi Pakistan dari India juga boleh ditangkap kerana mereka adalah tergolong dalam kategori PATI. Sedih pun ada! Monyet kot.Monyet itu yang melepasi Pakistan dari Cholistan masuk di daerah Bahawalpur dan ditahan oleh penduduk setempat. Monyet yang diberi nama Bobby itu ditempatkan di Zoo Bahawalpur.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote dubuk 31-5-2015 05:43 PM
hahaha kucing
Quote zameyla 26-5-2015 09:54 AM
hehehe...yang kucing tu macam comel je...

Lihat semua komen(2)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.037392 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top