CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

[Kes Histeria]: Pensyarah Menawarkan Kit Anti-Histeria Berharga RM8, 750!

25-4-2016 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6442| Komen: 22

Description: Minggu lepas, terdapat 4 buah sekolah menengah kebangsaan di Kelantan berlaku kes pelajar diserang histeria berikutan kesemua sekolah berkenaan dikatakan mempunyai hantu, sehinggakan menarik perhatian ...

Oleh : TS LOO

sumber foto: The malaymail online



Minggu lepas, terdapat 4 buah sekolah menengah kebangsaan di Kelantan berlaku kes pelajar diserang histeria berikutan kesemua sekolah berkenaan dikatakan mempunyai hantu. 


Akibat itu juga salah sebuah sekolah terpaksa ditutupkan bagi membolehkan pengamal agama, ulama, bomoh memasuki ke dalam sekolah untuk menjalani upacara keagamaan.


Setelah berita tersebut disebarkan, media antarabangsa dari Hong Kong, England dan Taiwan telah membuat liputan secara meluas di negara masing-masing sehinggakan isu tersebut menarik perhatian di peringkat global.


Namun demikian, ada pihak mengambil kesempatan kejadian tersebut sebagai satu peluang perniagaan dengan mencipta kit anti-histeria yang dijual dengan harga RM8, 750 untuk satu set.


Menurut Pengarah pusat Islam dan Pembangunan Insan Universiti Malaysia Pahang, UMP iaitu Dr Mahyuddin Ismail, dia membantu sekolah terbabit secara sukarela tanpa disuruh mana-mana pihak.


Tambah dia, walaupun produk itu tidak terbuka untuk pasaran atas faktor keselamatan, tetapi kira-kira 100 kes telah berjaya diselesaikan dengan menggunakan produk tersebut sebelum ini.


Diperkenalkan oleh Universiti Malaysia Pahang pada 30hb April tahun lepas, kit anti histeria itu mengandungi bahan-bahan seperti kayu penyepit, cecair lada hitam, cecair asid formik dan air yang sudah dibacakan ayat Al-Quran. 


Dalam pada itu, menurut kepercayaan masyarakat Melayu juga, perisa masam, pedas dan masin adalah antara perisa yang ditakuti oleh hantu.


Sementara itu, ada pihak menyelar bahawa jelas kelihatan bahan-bahan yang terdapat dalam kit anti-histeria itu semuanya bahan murahan, namun setelah dipakejkan secara elok, harga bayaran nilai produk sedemikian sudah naik berlipat ganda.


Selain itu, ada juga yang mengkritik individu berkenaan yang walaupun merupakan seorang pensyarah tetapi seolah-olah menggalakkan orang ramai mempercayai amalan yang kolot.


Terdahulu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, Kota Bharu pada 14 April lalu diarahkan tutup sehari selepas lebih 50 pelajar dan guru diserang histeria.

Ada antara mereka mendakwa terlihat kelibat hantu pocong dan puntianak, sehingga mendapat tumpuan liputan media antarabangsa.

Seminggu kemudian, beberapa pelajar di SMK Pengkalan Chepa 1, SMK Kemumin, dan lapan SMK Kubang Kerian 3, turut terkena serangan sama.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dilaporkan berkata faktor musim panas El Nino mungkin antara faktor individu mudah tertekan dan melenting.

Sementara Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Che Abdullah Mohamad tidak menolak faktor tekanan peperiksaan sebagai punca histeria.- CARI Infonet




10

Bagus
12

Marah
19

Terkejut
11

Sedih
16

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 25-4-2016 01:13 PM
hamboi cekik darah sgt hokay...ni set utk org kaya yg kena histeria jah...yg semekin mampos la ko situ kena rasuk
Quote mokcikKSKB 25-4-2016 01:18 PM
Haha..vavi betul ada kit kit bagai..
Quote kuzaime 25-4-2016 01:20 PM
ibarat menangguk di air yg keruh..
Quote apech 25-4-2016 01:25 PM
Lepas ni pencuri boleh la tambah kit histeria dalam checklist selain duit, hp, laptop, etc...

Quote spankee_fili 25-4-2016 01:26 PM
bukan takleh jual ke air ayat2 quran ni..
Quote CiliPadiSedap 25-4-2016 01:40 PM
spankee_fili replied at 25-4-2016 01:26 PM
bukan takleh jual ke air ayat2 quran ni..

Dh ada jd jutawan dh naik vellfire..

Jual air ruqyah

Jual air jampi

Jual air alkali 30 juzuk

Jual servis rawat org

Org dirawat xsembuh

Mereka amal alquran untuk keuntungan dunia

Akhirat xdapat apa2

Quote physics2 25-4-2016 02:46 PM
Doktor ni mngaja sekali dgn ahkak..tajuk phd dia pun bkaitn bab sihir jugak...
Tu aja akk nk komen..hok jual2 tu no komen...hehehe
Quote gekkou 25-4-2016 03:08 PM
spankee_fili replied at 25-4-2016 01:26 PM
bukan takleh jual ke air ayat2 quran ni..

alangkan ada ustaz femes pun jual air jampi keramat kat sekolah tahfiz beliau
harunya sebab aku tgk makcik aku balik daripada rombongan ke sekolah tahfiz beliau
beli air tersebut terbotol2
belum masuk lagi kismis minda bacaan berjuzuk2 ayat

sudahnya asal pegi rumah makcik aku
bancuh air guna lah air jampi tersebut



Quote Lagubestbest 25-4-2016 03:45 PM
Harga kit ni pun dah boleh buat org kena histeria. Lepas customer bayar, pensyarah ni pun boleh kena histeria, happy sgt duit masyuk banyak.
Quote UmbrellaCorps 25-4-2016 05:58 PM
yakkkk... ada juga yg macam ni... yg membeli tu agak2 sapa la....
Quote dark_night 25-4-2016 07:25 PM
Tuuu diaaa aaiihh!! Berapa modai kit ni smpai kna juai 8 ribu lebih?bleh guna utk berapa hantu? Klu 1 kit bleh guna utk 9 ribu org xpa lah..kos perubatan xsmpai seringgit sorg..
Quote missDollie 25-4-2016 10:07 PM
londeh kain je kalau histeria ni..
Quote Artemesiaa 25-4-2016 10:26 PM
Macam2 business sekarang ni
Quote bypassthecortex 25-4-2016 11:56 PM
Osetad2 semua, bende2 mcm ni kita dok diam2, antara kita2 je, sudah la, jangan la open, jadi punca tohmah & fitnah, gerak "underground" dah la, ni sekarang ni, ostad2 nak gi solat selfie dulu, upload IG dulu, nak gi ngaji, selfie dulu, upload FB dulu, mimpi jumpa Nabi, bagi kabor satu melesia dulu, nak lawan antu, masuk TV dewlu..........
Quote sapeka 26-4-2016 07:59 AM
macam ni pon boleh?
Quote irwansuhadi 26-4-2016 10:27 AM
bila agama diperdagangkan
Quote kucingsenyum 26-4-2016 10:47 AM
pegi berubat kat darussyifa dgn ostat harun din..x sampai beribu riban pun..melampau sungguh harganya
Quote ira79 26-4-2016 11:33 AM
melampau sangat amik kesempatan... tak malu ke yg bergambar dgn produk harga camtu? cuba la fikir sket, rata2 golongan yg kena histeria nih sapa? gaji 20-30ribu ke? berpada-pada la juga.. bukannye org jatuh dibaling dgn tangga.. huhuhu
Quote dewi 26-4-2016 06:49 PM
org tgk rege kit ni terus histeria

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.063657 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top