CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Melampau, Anjing Mati Sesak Nafas Akibat Kecuaian Manusia!

25-4-2016 06:14 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5702| Komen: 14

Description: Sebuah Pusat Pencegahan Penyakit Haiwan Peliharaan di Wilayah Chia Yi, Taiwan membawa sejumlah ekor anjing liar dengan lori didapati berlebihan muatan dengan membawa sebanyak 67 ekor anjing, malah seb ...

Oleh : TS LOO



Hari ini, sebuah Pusat Pencegahan Penyakit Haiwan Peliharaan di Wilayah Chia Yi, Taiwan membawa sejumlah ekor anjing liar dengan lori untuk ditempatkan di sebuah taman peliharaan anjing persendirian yang berlokasi di Kampung Jeneral, wilayah Tainan. 



sumber foto: http://m.appledaily.com.tw/


Namun tanpa disangka-sangka, setelah tiba di Tainan kereta terbabit bukan sahaja didapati berlebihan muatan dengan membawa sebanyak 67 ekor anjing, malah sebanyak 36 ekor anjing sudah mati akibat kesesakan nafas.


Keadaan sedemikian membuatkan pemilik taman peliharaan anjing itu tersentak dan mengesyaki kejadian tersebut berlaku berkemungkinan disebabkan pegawai yang bertugas di wilayah Chia Yi mengurung semua anjing di dalam kereta sejak semalam semata-mata bagi memudahkan kerja mereka. 



Manakala, menurut Pengerusi Pusat Pencegahan Penyakit Haiwan Peliharaan di Wilayah Chia Yi, Encik Ong, pada asalnya terdapat sebanyak 71 ekor anjing di dalam kereta. Katanya lagi, haiwan tersebut akan dihantar pada waktu pagi, dan tidak mungkin dikurung dalam kereta sejak malam sebelum itu. 


Tambah Ong lagi, berkemungkinan berlaku kerosakan sistem pendingin hawa kereta terbabit semasa dalam perjalanan menghantar dan seperti yang diketahui kesesakan nafas hanya berlaku ke atas anjing sekiranya suhu dalam kereta menurun 1 atau 2 darjah celsius berbanding di dalam bilik.  


sumber foto: http://m.appledaily.com.tw/


Namun demikian, bagi Ong, menurut peraturan yang ditetapkan, lori bermuatan 3.5 tan yang digunakan oleh Pusat Pencegahan Penyakit Haiwan Peliharaan, sekali hanya dibenarkan membawa sebanyak 20 ekor anjing berlainan saiz. 


Jadi, tegas Ong, kematian anjing yang terjadi adalah disebabkan pihak yang bertanggungjawab menghantar yang bertindak membawa muatan berlebihan.

 

sumber foto: http://m.appledaily.com.tw/


sumber foto: http://m.appledaily.com.tw/



Pemilik taman peliharaan pula berkata, perasaannya sungguh sedih apabila melihat anjing itu mati sesak nafas, jabatan kerajaan yang bertanggungjawab menghantar memperlihatkan kecuaian yang tidak harus berlaku. Kejadian tersebut sememangnya melampau.

 
Seharusnya semua pihak memainkan peranan dan mengambil tanggungjawab untuk memastikan haiwan peliharaan tidak lagi teraniaya akibat kecuaian manusia seperti ini.- CARI Infonet




sumber foto: http://m.appledaily.com.tw/
sumber berita : http://m.appledaily.com.tw/
14

Bagus
15

Marah
14

Terkejut
8

Sedih
17

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 25-4-2016 06:31 PM
naya betul, xde sifat bertggjwb. anjing betul yg bwk anjing tu
Quote mieymiey 25-4-2016 07:02 PM
Kesian nya. Inilah contoh kekejaman anjing bertopengkan manusia
Quote dark_night 25-4-2016 07:44 PM
Kesiannya..
Quote red_cattleya 25-4-2016 07:46 PM
baca sambil makan, kembang tekak nengoknya
Quote Madel 25-4-2016 09:02 PM
Anjing yg dah mati tu..dijual je la kat pasar anjing..ummah depa pun pemakan anjing kan
Quote Artemesiaa 25-4-2016 10:17 PM
Lori yang digunakan cam tak sesuai utk angkut haiwan kurang pengudaraan
Quote CrowneGlory 26-4-2016 09:11 AM
patut korg makan je dorg...dr mati membazir jer
Quote irwansuhadi 26-4-2016 10:25 AM
kesian, niat dah baik cuma sistem tak betul.
Quote Emperor95 26-4-2016 10:28 AM
simpati dengan simati
Quote AisyDani13 26-4-2016 10:35 AM
Xpasal2 mati
Quote JpA0606 26-4-2016 10:41 AM
kesiannya ...   
Quote aTiKah_aYuNi 26-4-2016 11:41 AM
kejam......              
Quote JenabJongang 26-4-2016 11:57 AM
Bodoh nak mampus buat anjing macam.ni
Quote babypureen 26-4-2016 03:09 PM
kesiannya...diaorg pun bernyawa mcm manusia jugak.xpatut disumbat mcm ikan sardin camtu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.058295 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top