CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5642|Reply: 54

FAIZAL MACAM MAWI?? --

[Copy link]
Post time 7-8-2006 07:56 PM | Show all posts |Read mode
- petikan dari m-Online -

Faizal sama 'bendul' macam Mawi
07-08-2006 01:16:39 PM
ZIEMAN  

Sejurus selepas dinobat sebagai Juara AF4, Faizal telah menunjukkan kebendulannya apabila pengacara Aznil Nawawi memberitahu bahawa antara hadiah yang dimenangi Faizal adalah percutian ke Paris.

Teruja dengan hadiah-hadiah mewah yang dimilikinya, Faizal terus memberitahu Aznil, "Macam mana ni bang saya tak tahu cakap Paris?" dalam loghat Terengganunya.

Walaupun ada yang tersenyum dengan jawapan spontan dari Faizal, ianya bagai tidak membawa kesan kepada Faizal.

Juara baru AF ini masih mentah dalam banyak selok-belok dan tidak sedar bahawa ramai mata yang sedang memerhatinya termasuklah para wartawan.



Dengan kemenangan ini juga, Faizal atau
Muhammad Faizal Ramly  merupakan pelajar
lelaki keempat memenangi Juara AF sejak
empat tahun yang lalu
(Foto: Glenn Guan
)



Sifat naïf dan lurus bendul yang dimilikkinya hampir sama dengan Mawi. Ketika Aznil menunjukkan kereta Toyota Vios 1.5G yang dimenanginya, jelas sekali Faizal nampak terkejut, tergamam dan tidak mampu mengeluarkan kata-kata.

Faizal yang masih tidak mempunyai lesen memandu hanya menurut sahaja apa yang disuruh oleh Aznil sehinggakan Faizal tidak keluar dari kereta barunya sehinggalah diberitahu Aznil.

Mungkin sifat-sifat lurus bendul dan sedikit kekampungan ini yang telah menjadikan Faizal atau Mawi ikon terbaru di persada seni.

Walau bagaimanapun, kemenangan Faizal menepati ramalan ramai apabila peserta dari Marang, Terengganu ini mengalahkan pesaing terdekatnya Farhan dan Lotter.

Dengan kemenangan ini juga, Faizal atau Muhammad Faizal Ramly merupakan pelajar lelaki keempat memenangi Juara AF sejak empat tahun yang lalu. Vince adalah pemenang AF1, Zahid Juara AF2 dan Mawi pula adalah Juara AF3.

Faizal, yang juga calon 慺avourite

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2006 08:06 PM | Show all posts
houdini (presideng KAFAIL) mesti tak setuju nih :lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 08:32 PM | Show all posts
>>>>Teruja dengan hadiah-hadiah mewah yang dimilikinya, Faizal terus memberitahu Aznil, "Macam mana ni bang saya tak tahu cakap Paris?" dalam loghat Terengganunya.

kah kah kah... bodoh rupenyer pemenang AF nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2006 09:29 PM | Show all posts
given times --  mungkin Faizal ada
kelebihannya tersendiri -- i ve yet
to hear his voice -- tak pernah dengar lagi
pun suara dia ni -- tak tau sedap ka
okay ka -- (tak suka tengok program reality)

kalau sekarang punya pendapat --
rasa2nya -- just cuz naive cam gitu - tak
semestinya  sama cam mawi ---

hopefully Faizal ada identitynya sendiri
and i think he will....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 11:36 PM | Show all posts
faizal lagi teruk aku rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 11:59 PM | Show all posts
Rasanya Mawi lebih pandai bercommunicate dari Faizal...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2006 02:53 PM | Show all posts
sapa nak jd mentor faizal??ramli sarip ke??:geram:eiii x seswai
mawi tu atleast sifu m.nasir dah cop dia dah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 03:00 PM | Show all posts
prefer sore faizal dari sore MAwi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2006 03:06 PM | Show all posts
JAdi...kalau menjadi trend boleh la budak2 kampung masuk AF tahun2 hadapan....boleh kaya dalam 3 bulan oooo!
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 03:16 PM | Show all posts
Originally posted by siska at 7-8-2006 11:59 PM
Rasanya Mawi lebih pandai bercommunicate dari Faizal...


tul ke?dgr citer bebudak nih kata the way mawi communicate masa konsert hancur...?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 03:23 PM | Show all posts
AF langsung x der standard!
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 03:23 PM | Show all posts
AKU TUNGGU AKADEMI NASYID TV9!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 07:45 AM | Show all posts
Juara Akademi Fantasia dipilih kerana personaliti

TULISAN Rosli Abdul Hamid pada 9 Ogos 2006 berkenaan Akademi Fantasia ke-4 adalah tidak rasional. Apa yang berlaku bukanlah mengikut trend seperti yang anda katakan. Kami memilih Faizal, pemuda kampung yang datang dari Terengganu adalah kerana personaliti yang dimilikinya.

Memang tidak dinafikan Farhan mempunyai suara yang cukup bagus tetapi dia tidak mempunyai personaliti atau keperibadian yang menarik untuk membuat kami mengundinya.

Sebagai seorang penghibur, tidak semestinya mempunyai suara yang bagus sahaja, tetapi mereka juga perlu memiliki keperibadian yang menarik.

Itulah juga yang berlaku antara Mawi dengan Amylea dalam AF ke-3. Amylea mempunyai suara yang baik, tapi dia tidak mempunyai personaliti atau lebih senang jika saya cakap yang dia tidak mempunyai tarikan.

Mawi juga menunjukan kesungguhannya untuk memperbaiki segala kelemahannya, begitu juga dengan Faizal.

Tetapi cuba saudara kenang kembali pemenang AF musim pertama dan kedua iaitu Vince dan Zahid. Mereka bukanlah datang daripada keluarga miskin dan bukanlah pemuda kampung, tetapi mereka mempunyai tarikan dan keperibadian yang menarik. Ini yang membuat kami terus mengundi hingga mereka menjadi juara.

Vince dan Zahid adalah pemuda yang datang dari golongan sederhana, Mawi dan Faizal adalah golongan pemuda yang kurang mendapat pendedahan, tetapi persamaan antara mereka berempat ialah mereka mempunyai personaliti, tarikan dan paling penting aura!

Begitu juga halnya dengan peserta Malaysian Idol musim kedua. Kami berpakat memilih Daniel daripada Nita yang dilihat terlebih yakin.

Memang saya akui Nita lebih hebat daripada Daniel, tetapi sikap yang ditunjukkan olehnya membantutkan hasrat kami. Kami tidak mahu penghibur Malaysia mempunyai sikap seperti ini.

Akhir kata, kepada sesiapa yang ingin menjadi penghibur, pastikan anda mempunyai tarikan dan personaliti.

? ANTI HIPOKRIT,

Lembah Keramat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 08:01 AM | Show all posts

Reply #12 harkktuih's post

itu ko dengar citer jer...yang tengok mostly cakap mawi communicate ok,santai dengan peminat.takdelah reserved sangat.dia gelak-gelak pun sebab kena usik dengan peminat...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 08:02 AM | Show all posts

Reply #15 dexa's post

rosli ni perasan urban sangat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 08:14 AM | Show all posts

Reply #17 crayzee's post

memang very the urban...
saya rasa nanti ada orang comment
tulisan dia lagi... besides yang ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2006 08:36 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 10-8-2006 07:45 AM
Juara Akademi Fantasia dipilih kerana personaliti

TULISAN Rosli Abdul Hamid pada 9 Ogos 2006 berkenaan Akademi Fantasia ke-4 adalah tidak rasional. Apa yang berlaku bukanlah mengikut trend seperti yang anda katakan. Kami memilih Faizal, pemuda kampung yang datang dari Terengganu adalah kerana personaliti yang dimilikinya.

Memang tidak dinafikan Farhan mempunyai suara yang cukup bagus tetapi dia tidak mempunyai personaliti atau keperibadian yang menarik untuk membuat kami mengundinya.

Sebagai seorang penghibur, tidak semestinya mempunyai suara yang bagus sahaja, tetapi mereka juga perlu memiliki keperibadian yang menarik.

Itulah juga yang berlaku antara Mawi dengan Amylea dalam AF ke-3. Amylea mempunyai suara yang baik, tapi dia tidak mempunyai personaliti atau lebih senang jika saya cakap yang dia tidak mempunyai tarikan.

Mawi juga menunjukan kesungguhannya untuk memperbaiki segala kelemahannya, begitu juga dengan Faizal.

Tetapi cuba saudara kenang kembali pemenang AF musim pertama dan kedua iaitu Vince dan Zahid. Mereka bukanlah datang daripada keluarga miskin dan bukanlah pemuda kampung, tetapi mereka mempunyai tarikan dan keperibadian yang menarik. Ini yang membuat kami terus mengundi hingga mereka menjadi juara.

Vince dan Zahid adalah pemuda yang datang dari golongan sederhana, Mawi dan Faizal adalah golongan pemuda yang kurang mendapat pendedahan, tetapi persamaan antara mereka berempat ialah mereka mempunyai personaliti, tarikan dan paling penting aura!

Begitu juga halnya dengan peserta Malaysian Idol musim kedua. Kami berpakat memilih Daniel daripada Nita yang dilihat terlebih yakin.

Memang saya akui Nita lebih hebat daripada Daniel, tetapi sikap yang ditunjukkan olehnya membantutkan hasrat kami. Kami tidak mahu penghibur Malaysia mempunyai sikap seperti ini.

Akhir kata, kepada sesiapa yang ingin menjadi penghibur, pastikan anda mempunyai tarikan dan personaliti.

? ANTI HIPOKRIT,

Lembah Keramat. ...


Tulisan nie dah okay dah....until kenyataan yg aku boldkan tue
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 08:38 AM | Show all posts

Reply #19 ColbyRaikkonen's post

terlalu jujur tuh...kan anti hipokrit :lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 08:44 AM | Show all posts

Reply #19 ColbyRaikkonen's post

ye lah.... ada lak sampai cam gitu sekali pasal
nak undi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 10:53 AM | Show all posts
suara faizal lagi okey dari mawi..tapi dua dua aku punya tak minat..hampeh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.084660 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list