CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_azure

HINGGA SAAT INI...[U]

   Close [Copy link]
 Author| Post time 13-7-2010 05:17 PM | Show all posts
hidangan petang Selasa..

8.

“Nini hari ini abang hantar Nini ke pejabat…”  Nini merenung muka Nazrin tanpa berkelip.  Gelas berisi susu segar yang hampir ke bibir diletakkan kembali di atas meja.  

“Mimpi apa malam tadi bang, ada orang nak kidnap Nini ke sampai nak jadi body guard Nini hari ini.” Selamba Nini menuturkan ayat tersebut dihiasi dengan senyuman di bibir.

“Nini… tak baik cakap pada abang macam itu.  Kata-kata itu adalah doa..  Pagi-pagi pula tu..” Puan Suraya menegur Nini.

“Siapalah nak kidnap Nini ni, harta pun tak ada, rupa bolehlah… sedap mata memandang…”  Nini berlulucon.

“Orang nak kidnap bukan kira apa,  sekarang ini bukan barangan saja orang export, orang perempuan pun boleh jadi business..”

“Tengok tu.. sempat lagi memuji diri.. .Emm… Permintaan abang tadi macammana?”

“Dengan segala hormatnya Nini tolak…”

“Bolehlah Nini, dah lama kita tak keluar sama.”

“Ish.. abang ini peliklah keluarlah dengan girlfriend abang…”

“Abang mana ada girlfriend.”

“Mulalah nak kelentong Nini.  Macam orang tak tahu.  Hari itu ada orang talipon ke rumah cari abang…” Sengaja Nini mereka cerita untuk mengetahui reaksi Nazrin.

“Dia cakap apa?” Nini sudah tersengih.

“Dia cakapkan…. Ada orang tu dah berjanji tapi tak menepati janji..”

“Siapa namanya?”

“Dah lupalah…” Kang aku sebut nama nampak sangat aku bohong.

“Dah sahlah.,.. Nini buat cerita.  Kawan-kawan abang kalau nak talipon mesti talipon handset abang…”

“Betulkan ibu?” Nini mengenyitkan mata kepada Puan Suraya meminta ibunya mengiyakan cakapnya.

“Ibu tak tahu.  Tak ada pula Nini cerita…”

“Alah ibu ni, tak sporting; bukan nak sokong Nini…” Panjang muncung Nini.  

Pembohongannya tak menjadi.  Jam di tangan dipandang.  Cepat-cepat Nini menghantar gelas ke sink berhampiran.

“Ibu.. tolong basuh ya?” Puan Suraya menganggukkan kepala.

“Pemalasnya anak dara sorang ni..” Nazrin bersuara di sisi.

“Ibu ok saja, abang yang jeolous tak bertempat… Dia pun sama letak saja, bukan nak tolong basuh..”

“Abang lelaki, terkecuali…”

“Ada pula macam itu.  Lelaki atau perempuan kalau nak tolong tak payah berkira. ..”

“Sudahlah tu… Nanti lambat pergi kerja…” Puan Suraya mengingatkan. Abang dan adik sama sahaja. Tiada siapa yang ingin mengalah, selama itulah mereka bertekak.

“Abang ni… pagi-pagi dah cari pasal dengan Nini.” Sempat juga dia menjawab sambil menjegilkan mata kepada Nazrin. Nazrin mengenyitkan mata ke arah Nini.

“Menyampah…”

Kasut hitam bertutup dicapai, lalu disarungkan ke kaki. Sesuai sangat dipadankan dengan baju kebaya putih berbunga hitam.  Di tepi baju siap sulam berbunga.  Tudung putih juga bersulam.

Tangan Puan Suraya disalam.  Pipi ibu tersayang dicium kiri dan kanan.

“Pergi dulu ibu..” Laju langkah Nini menuju ke keretanya.

“Sini… “ tangan Nini ditarik oleh Nazrin ke pintu keretanya yang terbuka di sebelah penumpang.

“Hari ini abang hantar…” Nini yang ingin membuka mulut terhenti. Puan Suraya masih lagi tidak berganjak daripada pintu utama rumah.  

“Oklah…” Nini mengalah.

“Macam itulah, dengar cakap. Ini asyik nak melawan saja..” Nini tersenyum, ini peluang baik nak kenalkan Nazrin dengan seseorang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2010 09:29 PM | Show all posts
Reply 221# cmf_azure

TK...N3 baru... {:1_134:}
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 09:52 PM | Show all posts
Reply 218# cmf_azure


    ish2.... apalah nazrin ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 09:07 AM | Show all posts
dah n3 ..
tak pe walau pun seciput je..
btw anak dah sihat...
jgn lah mama nya yg nyambung..he he
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 09:43 AM | Show all posts
eh dah sambung best baiknya nazrin ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 11:00 AM | Show all posts
Terima kasih sebab entry ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2010 11:04 AM | Show all posts
azure
sambung la lagi...
konpius la...nini & nazrin ni adek beradik kandung ke?
x kan nazrin feeling dgn adek sndiri kot...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 11:33 AM | Show all posts
nazrin tu ada feeling ker over protecting
huhuhuh susah lagu ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-7-2010 11:35 PM | Show all posts
azure
sambung la lagi...
konpius la...nini & nazrin ni adek beradik kandung ke?
x kan nazrin feel ...
sakura2503 Post at 14-7-2010 11:04



      perasaan yang membimbangkan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2010 11:36 PM | Show all posts
nazrin tu ada feeling ker over protecting
huhuhuh susah lagu ni
iwimz Post at 14-7-2010 11:33



    dpt. abang macam itu
    memang parah! :re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2010 11:38 PM | Show all posts
Reply 226# mertua


    terima kasih mengikut cerita ini..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 12:46 AM | Show all posts
lama xmasuk..ada n3 sket rupanya...
sweet jer nini dgn nazrin ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 12:52 AM | Show all posts
konpius la...nini & nazrin ni adek beradik kandung ke?
x kan nazrin feeling dgn adek sndiri kot...
sakura2503 Post at 14-7-2010 11:04 AM


akupun konpius jgk...
kiranya persoalan yg masih belum punyai jawapannya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 12:53 AM | Show all posts
konpius la...nini & nazrin ni adek beradik kandung ke?
x kan nazrin feeling dgn adek sndiri kot...
sakura2503 Post at 14-7-2010 11:04 AM


akupun konpius jgk...
kiranya persoalan yg masih belum punyai jawapannya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2010 12:57 AM | Show all posts
Reply 232# mijot


    sekali pandang orang ingat pasangan kekasih..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 09:16 AM | Show all posts
morning azure..harap2 ari ni ada le n3, dah lama dok menyeru tp xmuncul2 pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2010 09:18 AM | Show all posts
salam...& morning
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 06:05 PM | Show all posts
cerita yang best dan menarik.......
teruskan...
cme kekurangan en3.......letak la n3nyk2 sket.....
tp pelik la npe nazrin cm xske nini ade bf..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2010 06:59 PM | Show all posts
9.

Nini berdiri di foyer memerhatikan kereta yang berhenti.  Bayangan kereta Nazrin masih lagi belum kelihatan.

"Mana pula perginya; kalau ada apa-apa beritahulah... Tak lah orang risau.. " Nini mengomel sendiri.  Itulah
sebabnya Nini tidak mahu Nazrin menghantarnya ke pejabat.  Memandu kereta sendiri lebih senang, samada
nak balik awal atau lewat; sendiri yang akan tentukan.

Talipon di dalam handbag mengalunkan lagu. Cepat-cepat Nini membuka zip lalu talipon dicapai. Tertera nama
"AN". Sengaja dia setkan "AN" untuk abang Nazrin.

"Assalammu'alaikum..." Jelas suara Nazrin di corong talipon.

"Lambat..." Sepatah Nini menjawab.

"Tak jawab salam berdosa.." Nazrin mengusik.

"Dah jawab dalam hati mana abang dengar?"

"Jawab salam pun nak sorok-sorok?" Nazrin ketawa.

"Kat mana ni? Jenuh tau Nini tunggu!"

"Abang nampak adalah sorang budak perempuan tu tak senang duduk, kejap berdiri, kejap duduk. Lepas itu
belek-belek jam.  Paling teruk mulut dia macam ikan tak makan sehari...; bila orang taburkan makanan dia pun
apa lagi mulutnya pun terbuka tertutup.."  Nazrin yang telah awal tiba memerhatikan telatah Nini.  Sengaja dia
tidak memberitahu Nini.


*****

Deretan kedai dimasuki.  Sesekali Nazrin menarik tangan Nini apabila langkah Nini tidak lagi seiringan dengannya.
Bukan dia tidak tahu dengan perangai Nini, nampak sahaja barangan yang disukainya, apalagi berwarna pink,
pasti dia akan berhenti sekejap.  Bukan nak membeli pun; setakat dipegang dan dipandang.

"Jalan macam pengantin!" Nazrin memerli.

"Pengantin tak pergi shoppinglah abang! Sebelum jadi pengantin ya.." Nini membalas. Nazrin ketawa, nak kenakan
Nini dia yang terkena pula.

Butik menjual pakaian dimasuki.  Nini membiarkan abang Nazrinnya memilih. Di tangannya ada beberapa helai baju
kemeja sutera berlainan warna.

"Mana sesuai untuk majlis dinner abang?"

"Ada tema atau warna tertentu ke?"

"Gold colour..."

"Dah gold colour yang abang pegang macam-macam warna buat apa? Pilih saja yang nak dipakai. Tak payah pening
kepala.."

"Itu untuk dinner, yang lain itu untuk koleksi.."

'Lelaki pun ada koleksi pakaian? Selalu perempuan saja kena perli, tiap-tiap bulan nak beli baju barulah, nak padan
tudung barulah.. Kasut barulah...  "

"Kalau perempuan nak kelihatan cantik, lelaki pun macam itu juga..  Yang smart dan macho itu abang Nini jugakan?"

Sementara Nazrin menjelaskan bayaran, Nini menalipon seseorang.  Berharap orang itu telah ada di restoran yang
dijanjikan.

"Talipon siapa?" Nazrin menyoal apabila dilihatnya Nini tersenyum.

"Adalah..."

"Abang lepas ini kita makan kat KFC ya.. nak cuba hidangan baru 'pocketful tu'.." Teringat Nini iklan yang seorang
pakcik tu  boleh sampai ke puncak bukit dengan basikalnya tanpa sedar kerana menikmati makanan itu.

"No problem..."

Restaurant KFC dimasuki. Nini melambai kepada seseorang yang telah sedia menanti.  Nazrin cuma memerhati;
ada rasa kurang enak yang menginjak di hatinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2010 07:01 PM | Show all posts
Reply 236# asnita


    patutlah rasa ada orang memanggil-manggil..
    ini azure dah masuk
    n3 pun dah ada..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.381041 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list