CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mbhcsf

HANG TUAH (merged:orcish,tyrone,senyum_77,TimahMulia,redsinner,aji & botet)

[Copy link]
Post time 2-3-2006 07:04 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 2-3-2006 03:29 PM
En Aji orang yang bernama Hang Tuan ini memang wujud dan hidup semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Banyak catatan China menulis mengenai Hang Tuah ini sebagai Laksamana yang mengetuai utusan Mel ...



ooo ye ke..sat nantik aku selak blakang2 tu yer

mekacehhhh...tu lam avatar muke mok nik kaa..cam anak palestine jek hihihi sowi i tanya jek kkkk?:gila:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2006 09:17 PM | Show all posts
Kenapa Hang Tuah tak pernah bertarung ngan Awang Semaun ek, lejen Awang Semaun nie kuat gak, cuma tiga kali sahaja dia berkayuh dah sampai dari brunei ke johor dulu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 09:27 PM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 2-3-2006 07:04 PM



ooo ye ke..sat nantik aku selak blakang2 tu yer

mekacehhhh...tu lam avatar muke mok nik kaa..cam anak palestine jek hihihi sowi i tanya jek kkkk?:gila:


dah selak ker?
ada jumpa ker

hehehe tu kan hanya avatar
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 09:31 PM | Show all posts
Originally posted by Remy_3D at 2-3-2006 09:17 PM
Kenapa Hang Tuah tak pernah bertarung ngan Awang Semaun ek, lejen Awang Semaun nie kuat gak, cuma tiga kali sahaja dia berkayuh dah sampai dari brunei ke johor dulu


Awang Semaun dan Hang Tuah hidup dalam dua zaman yang berbeza Remy
Hang Tuah hidup di abad ke 15 dan Awang Semaun akhir abad ke 15 hingga 16, sebab itu Hang Tuah tak sempat nak bertarung dengan Awang Semaun ...hehhe
Lagipun Brunai muncul sebagai kuasa besar setelah kemerosotan kuasa Kesultanan Melayu Melaka, Johor dan Aceh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 01:56 PM | Show all posts
Memang Tuah ada berjasa , tapi dia juga ada buat benda jahat yang Sultan Kaki Perempuan tu suruh dia buat .. Tuah pun menurut membabi buta .. tuuuiiii
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 02:01 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Follow Us
nal This user has been deleted
Post time 17-4-2006 06:04 PM | Show all posts
Hang Tuah wujud atau tidak. Satu persoalan? Kewujudan orang bernama Hang Tuah memang tak dapat disangkalkan lagi. Cuma kehebatannya mungkin digembar - gembur kan.
Dan tidak patut bagi kita membuat teori - teori sejarah tanpa bukti dan alasan yang kukuh. Ini hanya merendahkan kita sebagai orang yang tidak memahami sejarah. Kita hendaklah memahami Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang, setelah hampir 200tahun dari jatuhnya Kerajaan Melaka sendiri. Mestilah ada yang lebih atau kurangnya. Sewaktu penulisan tersebut Tun Sri Lanang sendiri dalam tahanan Kerajaan Acheh. Biasalah waktu tak ada kerja sempatlah nak tulis - tuliskan.
Tindakan yang diambil oleh Hang Tuah seperti taat yang membabi buta kepada raja juga tidak boleh dipertikaikan. Kerana pada zaman tersebut raja adalah segalanya, Raja juga diibaratkan sebagai bayangan Tuhan. Sekarang juga kita boleh melihat bagaimana taat sebahagian manusia kepada ketuanya tanpa membezakan halal haram/ betul @ salah.
Fahami sejarah dan janganlah membuat teori sendiri tanpa memahami dan punyai banyak sumber. Nanti tanpa kita sedari kitalah golongan yang menghina bangsa sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2006 09:10 AM | Show all posts
Perzim disyor tubuh Muzium Hang Tuah
Oleh: MD ZAN SAARI

MELAKA 25 Mei - Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) disyor menubuhkan sebuah muzium yang memaparkan sejarah, asal-usul serta ketokohan laksamana terbilang Zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah.

Penubuhan muzium tersebut dirasakan perlu memandangkan pengorbanan dan kesetiaan pahlawan tersebut yang menaikkan nama Melaka sebagai sebuah pelabuhan dan pusat perdagangan terunggul pada zaman dahulu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, muzium tersebut kelak akan dapat mendidik generasi muda hari ini tentang tokoh tersebut serta jasa-jasa yang ditaburnya.

``Wujudkan replika istana, rumah serta apa-apa sahaja yang berkaitan dengan tokoh ini, supaya masyarakat sekarang terutamanya golongan muda akan dapat melihat dan menggambarkan cara hidupnya.

``Secara tidak langsung, ia akan dapat melahirkan satu produk baru pelancongan di negeri ini,'' kata beliau di Seminar Hang Tuah Wira Alam Melayu di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Mo'min Abd. Aziz.

Seminar sehari itu dihadiri oleh lebih 350 peserta yang terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi, anggota badan bukan kerajaan dan pelajar sekolah menengah.

Antara pembentang yang hadir ialah Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura, Profesor Dr. Shaharuddin Maaruf dan Profesor di Fakulti Bahasa dan Sastera, Universiti Sumatera Utara Indonesia, Ahmad Samin Siregar.

Sementara itu menurut Mohd Ali, muzium tersebut kelak turut akan dapat menambah pengetahuan umum tentang tokoh terbilang itu.

``Semoga masyarakat hari ini akan mencontohi kegigihannya yang menjadi kebanggaan Melaka khususnya dan Nusantara Melayu amnya,'' kata beliau.

Mohd. Ali juga mahukan supaya beberapa bahan sejarah peninggalan Hang Tuah seperti perigi dan makamnya, terus dipelihara.

``Tokoh-tokoh silam sebenarnya telah membentuk masyarakat sekarang, justeru diharap dengan adanya tinggalan ini, kita semua akan dapat belajar sesuatu daripada mereka, `' tegas beliau.

Dalam pada itu, pemangku Pengarah Perzim, Khamis Abas berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan cadangan tersebut dan akan membantu ke arah penubuhan muzium itu.

``Kami akan membincangkan saranan Ketua Menteri dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Perzim pada 12 Jun ini dan sekiranya dipersetujui, ia akan segera dilaksanakan penubuhannya,'' kata beliau.

Khamis memberitahu, sebelum ini telah ada cadangan untuk mewujudkan Perkampungan Hang Tuah di Duyong, di sini pada penghujung tahun 90-an, namun pihak swasta yang diamanahkan untuk membangunkannya tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


botet This user has been deleted
Post time 26-5-2006 11:51 AM | Show all posts

asal usul hang tuah

hang tuah merupakan laksamana yang terbilang pada zaman pemerintahan melayu melaka bersama2 dgn 4 orang saudaranya.. tapi ada sumber mengatakan bahawa mereka berasal dari cina berdasarkan nama mereka yang hanya mempunyai 3 suku kata sahaja... adakah benar mereka berasal dari cina ?:hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2006 04:38 PM | Show all posts
sejarah dijadikan panduan utk generasi akan datang
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 04:52 PM | Show all posts
banyak sangat thread pasa hantu ah....cerita oleh chumpon tu memang menarik...

bukan saja sejarah pasal hantu ah diselewengkan....malah banyak lagi fakta sejarah kesultanan dan kepahlawanan diselewengkan demi kepentingan sesuatu kumpulan....lagi pun satu fenomena yang biasa dalam kalangan orang melayu ialah...kaum keluarga bersaudara secara langsung cuba menutup atau tidak mahu sesuatu perkara itu diwowa wowakan sebaliknya orang suku sakat pula cuba membuat cerita....sebab itulah fakta sesuatu sejarah tidak tepat kerana ia ditulis bukan dari sumber sebenar yang boleh dipercayai...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2006 03:41 AM | Show all posts
dari satu sumber pula...menyatakan bahawa hang tuah...adalah orang Kelantan dimana bapanya berasal dari bukit yong pasir putih.... sila baca di sini
malah guru hantuah ialah syeikh saman... seorang dari wali 7...

[ Last edited by  Lloni at 27-8-2006 11:37 PM ]
Reply

Use magic Report

ChronoReaper This user has been deleted
Post time 25-8-2006 09:56 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

ChronoReaper This user has been deleted
Post time 25-8-2006 09:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 06:02 PM | Show all posts
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!!!!! JANGAN BIARKAN MINDA KITA DIJAJAH!!!!
Reply

Use magic Report

Gip This user has been deleted
Post time 30-8-2006 10:33 PM | Show all posts
aku rasa laa
HangTuah = Hang Tew Ah kita boleh pangill Ah Tew...kekekee
HangJebat = Hang Jee Bat kita boleh pangill Ah Jee...kekekee
HangLeKiu = Hang Lee Kiew kita boleh pangill Ah Lee...kekekee

...well arkib negara yang ada rahsia sebenar right?
dan selama ni..buku2 teks sekolah kita ni tah betul ke tak right?

selamat merdeka...bagi sesapa yg rasa blum merdeka! :D

[ Last edited by  Gip at 31-8-2006 07:59 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2006 12:37 PM | Show all posts
jumpa kat CI... paste kat sini...

Pemuda Gerakan pertikai buku teks sejarah
KUALA LUMPUR 30 Ogos
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2006 02:44 PM | Show all posts
Polemik Hang Tuah

Oleh Yusri Abdul Malek
yusrimalek@hmetro.com.my

BENARKAH Hang Tuah dan Kesultanan Melayu Melaka wujud atau mitos semata-mata?

Dalam buku sejarah dan filem diuar-uarkan kehebatannya tetapi jika pahlawan ini benar-benar wujud di mana buktinya?

Ini persoalan besar yang ditimbulkan ramai pengkaji sejarah tempatan sama ada di kalangan rakyat biasa atau tokoh akademik sedangkan bukti nyata atau fizikal tidak menyokong kemegahan zaman kesultanan yang diceritakan dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.

Di Melaka saja, yang menjadi lokasi zaman kegemilangan Sultan Melaka pada kurun ke-13 dan 14, tiada satu kubur atau makam sultan yang memerintah Melaka wujud begitu juga dengan beberapa pembesar atau orang kenamaan lain yang terkenal.

Begitu juga ketiadaan monumen lain seperti tapak asal istana sultan dan barangan kebesarannya yang penting sebagai bukti sejarah.

Apa yang ada di Melaka hanya peninggalan sejarah penjajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun sedangkan tinggalan sejarah kesultanan Melayu Melaka boleh dikatakan tiada langsung.

Mungkin itu yang ruginya kerana masyarakat Melayu tidak gemar mendokumentasi bahan sejarah yang ada menyebabkan apabila runtuh sesuatu kerajaan atau ditakluk negara lain, sejarah yang ada terus berkubur begitu sahaja.

Perdebatan mengenai persoalan timbul semula apabila baru-baru ini, akhbar ini menyiarkan dakwaan seorang lelaki warga Singapura, Ismail Mohamed Yaacob yang menyatakan dia adalah generasi ke-12 keturunan Hang Tuah, iaitu laksamana terbilang pada zaman kegemilangan Sultan Melaka.

Beliau hadir dengan bukti termasuk naskhah Hikayat Hang Tuah dan dua gelang bertatah batu petir yang kononnya digunakan moyangnya itu.

Malah, dia yang secara bersendirian mengkaji sejarah nenek moyangnya itu sedia berdebat dengan mana-mana pihak yang mempersoalkan kewujudan Hang Tuah.

Katanya, dia tiada kepentingan apa-apa dengan mengaku sebagai cucu Hang Tuah tetapi hanya sekadar untuk menunjukkan Hang Tuah memang wujud dan bukan cerita mitos Melayu.

Tokoh sejarah, Profesor Emeritus Datuk Khoo Kay Kim pula berpendapat walaupun ada Hikayat Hang Tuah yang boleh dirujuk tetapi naskhah itu tidak dianggap 慼istoriografi
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 11:56 AM | Show all posts

SEKADAR RENUNGAN

BUMI PENUH LAGENDA DAN MISTERI ??

Assalamualaikum Wahai Umat Islam , Bani Jawi dan Bangsa Melayu


Ketahuilah oleh mu bahawasanya kamu sedang memijak bumi yang penuh lagenda , misteri dan rahsia yang tersembunyi yang akan terbongkar di akhir zaman nanti ???

Ketahuilah oleh mu bahawasanya bumi ini merupakan jantung dan nadi kepada bumi dan dari bumi ini lah Jibrail A.S mengambilnya tanahnya untuk di jadikan jantung Bapa kita Nabi Adam A.S ?..

Ketahuilah oleh mu bahawasanya bumi ini di panggil Tanah Semenanjung Emas sejak zaman dahulu kala kerana bumi ini memiliki Emas Merah yang terbaik di dunia
( emas 10 kelantan ) .

Ketahilah oleh mu bahawasanya bumi ini di panggil Tanah Rahsia Yang Tersembunyi ( Secret Hidden Place ) yang di ceritakan rahsianya oleh ALLAH S.W.T kepada Iskandar Zulkarnain A.S

Bumi inilah yang di panggil Tanah Matahari Terbit Di Penjuru Dunia

Ketahuilah oleh mu bahawasanya bumi ini pernah di jejaki oleh Bapa Kita Nabi Adam A.S kerana mencari dan merindui Ibu kita Siti Hawa ?? air mata nya pernah menitis di atas bumi ini kerana merindui kekasih hatinya isteri yang tercinta ?.. dan menuju kearah matahari terbit sampai ke penghujung penjuru dunia baginda telah mengubah haluan menuju ke barat menuju ke arah matahari terbenam meneruskan pencarian kekasih hatinya ?.

Ketahuilah oleh mu bahawasanya Bapa Kita Nabi Ibrahim A.S setelah meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail A.S menuju dan memijak bumi ini untuk melihat bumi yang bakal di diami oleh anak cucunya di akhir zaman nanti yang mana bakal menyambung dan menyempurnakan risalah Ilahi ke serata dunia sampailah ke hari kiamat .

Ketahulah oleh mu bahawasanya Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis pernah memijak bumi ini dan membawa pulang harta kekayaan buminya emas merah sebanyak 3000 tan emas ke Baitul Muqadis dan dengan kekayaan inilah Nabi Sulaiman telah memerintah seluruh dunia ini dengan kemakmuran dan keaman .

Ketahuilah oleh mu bahawasanya Iskandar Zulkarnain yang empunya 2 Tanduk bersama Nabi Khidir A.S pernah memijak bumi ini untuk mencari Uyun Hayat yang mana bumi ini menyimpan kekuatan Kerohanian Mistik yang penuh Misteri yang hanya di ketahui oleh Nabi-Nabi dan Wali-Wali ALLAH dan dari bumi inilah akan lahir Pejuang-Pejuang , Daie-Daie dan Wali-Wali ALLAH di akhir zaman yang penuh Kekuatan Kerohanian dan Semangat Perjuangan yang mana jika di letakkan gunung ganang di hadapannya nescaya gunung ganang akan runtuh di rempuh olehnya dan dengannya ALLAH akan menyempurnakan dan menyebarkan Risalahnya Agamanya Suci iaitu ISLAM sampai ke hari Kiamat ??.

Ketahuilah oleh mu bahawasanya Sahabat-Sahabat Rasul ALLAH S.A.W telah sampai dan singgah untuk mengambil perbekalan makanan dan minuman semasa dalam misi penghantaran Surat Dakwah kepada Maharaja China melalui jalan laut ?.

Ketahuilah oleh mu bahasanya hanya Bumi ini didalam dunia yang menerima kedatangan Islam tanpa peperangan ??.. Bumi ini menerima kedatangan Islam dengan jalan Dakwah yang mana Agama Islam di bumi ini di bawa oleh anak cucu Rasul ALLAH S.A.W sendiri iaitu Ahlul Baitnya ??.

Ketahuilah oleh mu bahawa bumi ini menerima kedatangan Ahlul Bait yang dalam pengusiran dan pemburuan oleh mereka-mereka yang dengki dan khianat terhadap Rasul ALLAH S.A.W .

Ketahuilah oleh mu bahawa bumi ini di muliakan oleh ALLAH S.WT. yang mana kesemua Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu serta Perdana Menteri nya yang 5 orang itu adalah dari Keturunan Ahlul Bait ???.. Bumi ini di pelihara oleh ALLAH S.W.T dari sebarang musibah dan bala bencana kerana bumi ini di diami dan di perintah oleh anak cucu Kekasihnya ? Habibullah Rasul ALLAH S.A.W

Sedar dan Ingatlah bahawasanya bumi ini pernah di serang dari segala arah bermula dari Siam , Tartar , Portugis , Belanda , Inggeris , Jepun , Komunis dan bumi ini tetap utuh dalam memilihara Keagungan dan Kedaulat Islam ?? kenapa ? ?

Kerana ALLAH S.W.T menaruh pengharapan dan memberi kita Bani Jawi satu tugas yang penting sebelum di Kiamatkan Dunia ini ??.. Penyempurnaan dan Penyebaran Agama Islam Keseluruh Dunia ???

Oleh itu Wahai Umat Islam Wahai Ahlul Bait Raja-Raja Melayu Wahai Bani Jawi jangan kamu bimbang dan risau ????.. teruskanlah perjuangan kamu meninggikan Syiar Islam ???. Jangan takut dan ragu-ragu ?.. selagi kamu memikul Agama Islam dan Risalah ILAHI pasti dan pasti bantuan dari ALLAH S.W.T pasti akan bersama mu?

Keluarlah lah kamu ke hujung-hujung dunia ??? sebarkan AGAMA ISLAM teruskan lah perjuangan mu ini jangan lah kamu takut dan ragu-ragu ??.. kelak kamu akan lihat di bumi ini manusia dan seluruh dunia akan berbondong-bondong datang dan memeluk Islam beramai-ramai ?.

ALLAH HU AKBAR ALLAH HU AKBAR ALLAH HU AKBAR

WA LILLAH LIL HAM
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 02:38 PM | Show all posts

Reply #259 tongkatali's post

best betul la info lu, bersemangat wa baca, terutama bab nie...

Kerana ALLAH S.W.T menaruh pengharapan dan memberi kita Bani Jawi satu tugas yang penting sebelum di Kiamatkan Dunia ini ??.. Penyempurnaan dan Penyebaran Agama Islam Keseluruh Dunia ???

betul ke tanah yg disebutkan tu tanah melayu ???

pasal sekarang pun tanah melayu memang menjadi pusat tumpuan seluruh dunia dan bangsa.....

pasal wa pun pernah baca yg pada akhir zman nanti , org2 nusantara akan menjadi tumpuan dunia dan lahir para wira2 islam pada akhir zaman,

jadi tgk la kat indon kan ramai wanted CIA ( yg barat dok panggil terrorist ni ) muncul, mungkin satu hari muncul wira di kalangan org nusantara

wallahualam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.078974 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list