CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN (Rumah ke-2) TAMAT DAH!!!

[Copy link]
 Author| Post time 14-6-2013 11:55 AM | Show all posts
Bilik hotel.

Pagi-pagi lagi aku sudah mengadap televisyen. Biasanya pada hari minggu, ada sesi motivasi dari pakar motivasi kegemaran aku. Semenjak pakar itu muncul di kaca televisyen, aku akan memastikan tidak terlepas slot motivasinya. Anak-anak pula kesemuanya mahu tidur di bilik paatti dan thatha.

Selepas menunaikan solat subuh, Rahul kembali berlingkar atas katil. Mungkin terganggu dengan bunyi televisyen, dia bangun lalu memeluk aku yang duduk di hujung kakinya sambil tekun menunggu pakar kegemaran aku muncul.

“Eee... busuklah. Pergilah cuci muka.” Aku memarahinya.

“Amboi! Mentang-mentanglah pakar kesayangan awak nak muncul, awak kata saya busuk, ya?” Aku enggan melayannya nanti tak habis. Silap-silap terlepas rancangan yang aku tunggu-tunggu. Rahul menyuak rambut aku lalu mendaratkan bibirnya ke tengkuk. Dia seperti sengaja mahu mengganggu kosentrasi aku.

“Yes! Dr Fahmi dah keluar!” Aku menjerit kegirangan.

Kami kemudiannya sama-sama menonton rancangan motivasi yang dikendalikan oleh Dr Fahmi. Namun belum pun sempat habis topik yang diperkatakan oleh Dr Fahmi, pakar motivasi yang mula dikenali ramai itu, Rahul menarik tubuh aku.

“Awak!” Aku memarahinya lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2013 11:59 AM | Show all posts
“Honey, Dr Fahmi kata lelaki biseksual lebih bahaya dari lelaki gay. Lelaki gay memang langsung tak berminat dengan perempuan. Ramai lelaki yang sudah beristeri masih mencari pasangan lelaki di luar. Tahu sebab apa?”

“Ayooo!!! Are you bisex?” Marah aku mendengar kata-katanya.

“I might opt that if my wife didn't treat me well.”

AUMMMM!!!  Aku pantas menerkam Rahul. Nak sangat aku jadi kougar kan?

Dari dalam selimut, telinga aku masih mengikuti apa yang dibincangkan oleh Dr Fahmi. Beliau banyak memperkatakan soal gejala masyarakat yang semakin bernanah. Dr Fahmi giat membenteras penyebaran virus yang dibawa oleh golongan LGBT.

Jihad yang dilancarkannya adalah melalui sesi kaunseling dan motivasi. Dr Fahmi banyak memberi taklimat dan ceramah di sekolah-sekolah terutamanya di sekolah berasrama penuh. Menurut Dr Fahmi lagi, aktiviti pelajar di asrama perlu dipantau terutamanya bagi sekolah yang tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.  

Di rumah pula, tugas ibu bapa memantau segala kegiatan anak-anak mereka. Merentur buluh biar dari rebung. Ibu bapa wajib memberikan didikan moral yang berlandaskan agama. Tugas memerangi gejala sosial ini adalah tugas semua, kata Dr Fahmi.

Semuga Allah membantu usaha yang dijalankannya. Amin!

**********





Yeay! Yeay! MERDEKA!!!
Last edited by ladyFinger12 on 14-6-2013 02:39 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 12:04 PM | Show all posts




xtbt percutian....bnyk masa free...


kalo org dulu2...time musim hujan, tak blh keluar menoreh..takleh kesawah, kelaut..
nilah keja diaorg..mcm rahul & jiha neh..  


apa pun tks again lady...berjaya menghabiskan novel ni...

nah...bagi kat amma & appa...penat jaga cucu setiap tahun...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2013 12:06 PM | Show all posts
UsuFie posted on 14-6-2013 12:04 PM
xtbt percutian....bnyk masa free...

Emak aiols 12 kali mengandung. Agaknya sebab inilah... Time hujan bapak aiols tak pergi menoreh.





Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 12:17 PM | Show all posts
wah cik lady.. dah tamat... tahniah.. i x sabar nk tnggu versi cetak plak....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 12:18 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 14-6-2013 12:06 PM
Emak aiols 12 kali mengandung. Agaknya sebab inilah... Time hujan bapak aiols tak pergi menoreh. : ...


12 kali? apapun Alhamdulillah...ramai ahli keluarga ni meriah sebenarnya..

masyarat moden ni saja yg tak menyahut seruan kejaan..(termasuk ler iolss.....2 sajork)



ada lg 1 kisahnya kalo dah tak pegi menoreh tukan..
nak bagi diamkan anak2 yg besar sikit ni soh main kat serambi..takmo kaco xtbt musim ujan..
depa bagi anak2 tu kacang2..soh mkn kacang...
tak taulah betul ke tak..nasib takder anak yg tercekik kacang.

pssst: kalo jaman skrg..soh tengok cartoon network jah..diam ler bdk2 tu..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2013 03:57 PM | Show all posts
alaaaaaa
sedih pula jiha rahul dah habis...

anyway thanks sis lady.

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2013 08:51 AM | Show all posts
tunggu citer baru pulok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2013 08:58 AM | Show all posts
Tamat sudah....thank you cik puan lady...nak kena cari alternatif lain buat memgisi kebosanan dikala hujung minggu huhu dah tak leh nak manja2 dgn lady dah mintak update entry dihujung minggu dah pas ni....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 01:05 PM | Show all posts
UsuFie posted on 14-6-2013 12:18 PM
12 kali? apapun Alhamdulillah...ramai ahli keluarga ni meriah sebenarnya..

masyarat moden ni  ...

berdasar pengalaman ke ..

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2013 12:03 PM | Show all posts
wow....happy ending utk semua!

tahniah lady

ku akan merindui eddie

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 04:07 PM | Show all posts
Salam. Sorry upkan tred yg dah tenggelam...

Novel membakar syurga, mengguyur neraka akan diterbitkan. Spt biasa, lady diminta menyediakan copywriting, blurbs n cadangan design.

Utk novel ke-3, lady dah buatkan sinopsis. Dua novel asyik suruh org jekkk...


So ini sinopsis..


Kerana sayangkan Dona, Najiha senyap-senyap menghubungi abang kepada sahabatnya yang merajuk membawa diri ke Amerika. Kerasa kasihkan adiknya yang sakit, Rahul pulang ke tanah air setelah 3 tahun menyepi tanpa khabar berita.

Rupa-rupanya Dona bukan sekadar merahsiakan tentang penyakitnya dari pengetahuan keluarga tapi Dona mempunyai rahsia yang lebih besar dari itu. Dona mahu menukar agama! Lebih memeranjatkan Rahul, Dona dan Najiha menyintai lelaki yang sama.

Kepulangan Rahul menggembirakan seisi keluarga Dona tetapi bagi Najiha pula kepulangan Rahul menjadikan hidupnya huru-hara.

“Kalau saya tahu hidup saya akan terganggu macam ni, tak ingin saya hubungi awak dulu.” - Najiha.

“From now on, I'll be your disturbing stranger, Jiha.” - Rahul.

“Kau tu perempuan, aku lelaki. Tentu ada yang ketiga datang mengganggu. Jadi, apa kata kita kahwin, kemudian kita sambung berkawan?” - Fahmi.

“Jiha sahabat dunia akhirat aku, mana boleh aku merajuk lama-lama dengannya.” - Dona Nilani.

“Sudikah kau mengguyur nerakaku?” - Hadi.
Demi sahabat dunia dan akhiratnya, haruskah Najiha memadamkan perasaannya terhadap lelaki gred A yang selama ini begitu didambakan? Bagaimana bila benci bertukar cinta? Mampukah Najiha menepisnya? Apabila tiba-tiba lelaki songsang mahu menagih cinta, perlukah Najiha membuktikan jihadnya? Di antara lelaki gred A, lelaki musyrik dan lelaki songsang... siapa sebenarnya yang bertakhta di hati?


Well, based sinopsis kat atas, lady open pada kawan2/readers utk mencipta caption/copywriting. Masa: sampai Jumaat ni.

Kalau ada sebarang cadangan design, dialu2kan juga...

Hadiah bg idea yg terpilih: As usual.... free novel

Terima kasih





Last edited by ladyFinger12 on 21-4-2014 04:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 04:11 PM | Show all posts
Errr..... iols pernah menang. Boleh masuk bertanding lagi ke?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 04:14 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 21-4-2014 04:11 PM
Errr..... iols pernah menang. Boleh masuk bertanding lagi ke?

Cepat aje nicki...

iols tak kisah... Apa kata yg lain2?

cik @lowgil ... iols kekalkan dialog seperti siggy uols cuma tukar Hadi...


Suka diingatkan.... ini terbuka kepada semua... yg membaca, yg mengomen, yang silent reader walaupun tak apernah muncul dlm tred...

Harap maklum...

Well, novel ni dedikasi utk semua warga cari... Byk nick yg muncul di treed aiols, akan muncul dlm novel. Sekiranya x ada, mohon maaf kerana terlepas pandang... Last edited by ladyFinger12 on 21-4-2014 04:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 04:16 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 21-4-2014 04:14 PM
Cepat aje nicki...

iols tak kisah... Apa kata yg lain2?

Iols suka novel free.....




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 04:23 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 21-4-2014 04:16 PM
Iols suka novel free.....

Faham!




Lady nak ambil kesempatan lagi ni.... (malas nak up PLK sebab RA tinggi nanti ramai x leh masuk...

PLK akan muncul sebagai telenovela di astro. Derang dah cuba dptkan Farid Kamil n Diana tp both x dpt terima tawaran sbb ada komitmen lain. Wawa dgn aeril pun x bleh...

iols tak kenal lorr pasangan husband n wife. Please bg cadangan...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 04:27 PM | Show all posts
Cik Ta dengan Zain Saidin......











































Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2014 10:57 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 21-4-2014 04:27 PM
Cik Ta dengan Zain Saidin......

WOWW! Ekslen!

Sudah lady cadangkan dan diterima!















Dlm mimpi sajorkkk!

Back to MSMN...
Seriously.... uolss  (all readers) tak dok cadangan ke???

lady nak habaq gak... 50% dr cerita asal sudah diubah. Ada watak yg dibuang, ada watak baru diwujudkan.
And yes, rahul is not a muslim. Dona n Fahmi got married...


Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 11:05 AM | Show all posts
Andainya jalan untuk ke Syurga, aku terpaksa melalui Neraka…

Demi Allah. Aku rela….


Waahhhh gitu.

Memain jek ye. Kalau takde orang lain reply sampai jumaat, iols bagi le yg lain. Kasi peluang orang lain pulak dapat buku.

Cuba call Sellie. Kot dia ada idea...





Last edited by Nicki_Meow on 22-4-2014 11:08 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2014 11:13 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 22-4-2014 11:05 AM
Andainya jalan untuk ke Syurga, aku terpaksa melalui Neraka…

Demi Allah. Aku rela….

mcm tiru andai berkemban aku ke neraka....  jekkkk


calling cik @sellie003
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.065630 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list