CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: noomie

Saman Private Hospital

[Copy link]
Post time 27-3-2007 02:56 PM | Show all posts

Reply #40 Dilto's post

Dilto nak 'check limitation period' ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2007 03:00 PM | Show all posts
aaahhh la..teringat la plak sbb noomie ada mention pasal education anak dia...bunyinya mcm dah besor je budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 04:00 PM | Show all posts

Reply #42 Dilto's post

Camne leh kite leh terlupa lak benda paling basic sebelum nak proceed ek? Saya pun baru terpikir tadi...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 06:27 PM | Show all posts
Originally posted by Dilto at 27-3-2007 02:16 PM



ramai tak proceed ngan kes medical negligence ni bukan sbb ramai loyer tak tau buat medical claim tapi sbb tahap pemikiran rakyat mesia ni yg asyik pikir takpe la dah takdir....dan beribu  ...


Kadang2 kita terpaksa terima juga bahawa sesuatu yg berlaku tu atas sebab takdir. Katakan lah seseorang tu  selama ni takut nak mandi laut, tiba2 satu hari tu  dia teringin sangat  nak mandi  laut dan akhirnya dia mati lemas. Apabila nak terjadi sesuatu perkara yg tak baik  biasa nya ada sebab musabab. Mungkin itu dah  menjadi  qada' dan kadar  bagi  seseorang itu.

Jika orang Malaysia ni dah naik semangat suka menyaman doktor...nanti doktor akan memilih kes2 yg mudah untuk dirawat. Kes yg susah tolak hospital...biar kerajaan yg tanggung. Sekarang ni pun income tax dah tak tolak potongan insuran untuk perlindungan medical profession. Kegembiraan seorang doktor itu ialah bila dia dapat menyembuhkan penyakit pesakitnya. Tetapi dalam kesebokan tugas mungkin ada perkara yg dia terlupa. Dalam otak dia  ada bermacam2 kes  yg perlu  diselesaikan.Mengapa kita tak suka memaafkan sedangkan seseorang itu telah berusaha sedaya upaya untuk  membantu kita.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 06:34 PM | Show all posts

Reply #44 zerozone's post

Rasenya ada salah faham sket kat sini...tindakan menyaman doktor tidak menunjukkan yang doktor tuh dah bersalah...bukankah kita semua mendukung konsep "tidak bersalah hinggalah dibuktikan sebaliknya".

Jadi, soalnya di sini ialah 'kecuaian' dan jika doktor tersebut dapat membuktikan yang beliau telah mengambil langkah-langkah precaution atas pesakit beliau tanpa sedikit pun melanggar etika perubatan, aku secara peribadi rase doktor tersebut tak ade ape yang perlu dirisaukan.

Kat sini ape yang aku cuba nak bagi tau ialah, hak untuk mengambil tindakan undang2 adalah hak semua rakyat dari golongan pemimpin sampailah golongan bawahan dan kita kena sediakan mind-set bahawa tindakan undang2 belum lagi membuktikan seseorang bersalah dan perlu bayar ganti rugi. Tindakan undang2 bukanlah satu cara untuk mengatakan, 'anda tak layak jadi doktor' tapi lebih untuk mengetahui kebenaran...dan jika doktor tersebut telah mengambil precaution yang munasabah tak ade ape yang beliau perlu risaukan.

Lagipun, doktor sebagai golongan profesional sedar tentang implikasi tindakan mereka dari segi undang2 dan tindak tanduk mereka juga profesional, even kalau mereka disaman sekalipun...

Sekadar pendapat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 09:19 AM | Show all posts

Reply #40 Dilto's post

anak I dah umur 6 tahun..
masa penyakit tu dikenalpasti, anak I berumur 4 bulan...
tapi yg paling I takleh terima
biler pead tu bagitau chances tuk anak I hidup taklama
sbb penyakit nya ditahap bahaya..stage 4, dia kata stage tertinggi..
dan mengikut ramalan pead tu anak I hanya leh bertahan sehingga umur dia 6 bulan jerk...
kuasa Allah, anak I dah 6 tahun sekarang...

anak I ni cacat kekal...
mengikut pakar di HKL, kalo bertinda awal,
satu part bleh diselamatkan lagi..

tu yg I takleh terima, 42 hari bersama pead tu, kalo dia betul2 perihatin dgn baby premature yg berat cuma 1KG, dgn kecangihan teknology dan kepakaran yg dia ada sebagai peadetrician, for sure one of those days selama anak I kat situ dah bleh detect ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2007 09:28 AM | Show all posts

Reply #45 rurouni_khairul's post

saya setuju dgn yang ini...

juz imagine, selama 42 hari anak I dibawah pengawasan doktor..
tidak sekali pun dia nak berjumpa dgn saya, walhal saya setiap hari datang melawat anak say..
kengkadang seharian saya di sana....

kalo pun takleh jumpa saya, at least pesan dekat nurse ape2 yg penting yg perlu saya sebagai parent kena tahu..ini idak saya yg terhegeh2 mencari dia...walhal charges sehari bukan sedikit..saya paham le kalo di government hospital..

saya cuma dapat berjumpa dia pada hari ke 38, tu pun sbb saya nak tanya bile leh discharge anak saya..tunggu punya lama then biler dah jumpa endah tak endah jerk layan...

then biler anak saya demam 4 hari then muntah2, saya refer semula ke dia, then dia tolak ke ophtalmologist sbb tengok mata anak saya merah..
then baru terbongkar,

time meeting dgn medical director..bleh plak dia cakap, jika dia check then didapati anak i ada penyakit yg bukan dlm bidang dia...dia takleh nak buat, then I kena bayar lain...
at least bagi le tahu, sebagai parents takkan le kami bangsat sangat nak kuarkan duit tuk check kat pakar mata...

yg tu le i amat kesal, walhal sesama muslim..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 11:15 AM | Show all posts
Originally posted by zerozone at 27-3-2007 06:27 PM


Kadang2 kita terpaksa terima juga bahawa sesuatu yg berlaku tu atas sebab takdir. Katakan lah seseorang tu  selama ni takut nak mandi laut, tiba2 satu hari tu  dia teringin sangat  nak mandi  ...


It seems to me that u r one of the mediacal practitioners...Am I right???

my beloved friend..we are talking here about "medical negligence"..diulangi "negligence" diulangi "kecuaian"...
kalau mmg takde "negligence" tu...case pun cannot stand...
kalau mcm ni la the way of thinking...even kes eksiden yg langgar org pun dan menyebabkan kecederaan atau kematian takleh nak saman coz takdir dan sipelaku tak ada niat pun langgar atau menyebabkan kematian si mangsa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2007 11:19 AM | Show all posts
Jurutera saman hospital RM1 juta kes kematian isteri


GEORGETOWN: Jurutera kilang, Abdul Ghafur Mohd Ibrahim, semalam memfailkan saman RM1 juta terhadap Hospital Kepala Batas (HKB) kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian isterinya.






Beliau menuntut hospital itu bertanggungjawab sepenuhnya kerana gagal merawat dengan sempurna isterinya, Yusnita Abas sehingga menyebabkannya meninggal dunia.

Abdul Ghafur, 37, jurutera kawalan kualiti di sebuah kilang di Prai menamakan Pengarah HKB dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama dan kedua.

Plaintif menuntut RM4,194 bagi kerosakan khas, RM1 juta kerosakan am dan teladan dan kos lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini menerusi peguamnya, Jagdeep Singh Deo, dengan mendakwa hospital itu gagal menyediakan perkhidmatan kecemasan yang berkesan yang dianggapnya tidak masuk akal dan boleh dipersoalkan.

Dalam samannya, Abdul Ghafur mendakwa isterinya dibawa ke HKB kira-kira jam 1 petang pada 11 Oktober tahun lalu selepas mengadu sakit kepala.

Dia mendakwa isterinya terpaksa menunggu sehingga lima jam sebelum ujian darah menunjukkan ada darah beku di dalam otak, sebelum dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) kira-kira jam 7.30 malam.

Isterinya kemudian dibawa pulang ke HKB untuk menukar ambulans bagi perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Bagaimanapun, apabila tiba di HPP pada jam 10.40 malam hari sama, otak Yusnita didapati sudah tidak berfungsi dan meninggal dunia dua hari kemudian.

Abdul Ghafur berkata, kematian isterinya mungkin boleh dielak jika mendapat rawatan yang sempurna dan dihantar segera ke pusat perubatan neuro terdekat.

Beliau mendakwa, arwah isterinya adalah seorang yang sihat dan meninggal dunia ketika berusia 31 tahun, meninggalkan tiga anak berusia dua hingga 12 tahun.

Katanya, kematian Yusnita memberi kesan psikologi, tekanan emosi dan trauma kepada keluarganya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 05:31 PM | Show all posts

Reply #46 tehbunga's post

Chop! Tehbunga, kalau penyakit anak u dikesan ketika umo die 4 bulan dan skrg umo die 6 tahun maknanya durationnya sudah 5 tahun 6 bulan sejak u mula sedar tentang penyakit anak u.

I bukan nak jadik penyampai berita tak gembira pada u tapi mengikut Civil Law Act bagi tindakan untuk Tort bawah seksyen 6 (ye ke aku nie?), tempoh untuk mengambil tindakan undang2 ialah 6 tahun dari tarikh u sedar Tort of negligence tuh berlaku. Dan sekarang tempoh masa dah 5 tahun 6 bulan sejak u tau penyakit anak u...mungkin saya silap dan kalau ya, tolong tego yer...

Kalau tempoh 6 tahun tuh dah berlalu, maka u dah takde kausa tindakan terhadap hospital berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 05:01 PM | Show all posts

Reply #50 rurouni_khairul's post

hmm.. kalau mcm ni i guess if tehbunga seriously nak proceed, kena really have to act fast.... ada have less than 6 months left before the case is barred due to the limitation period to constitute action.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 28-3-2007 05:31 PM
Chop! Tehbunga, kalau penyakit anak u dikesan ketika umo die 4 bulan dan skrg umo die 6 tahun maknanya durationnya sudah 5 tahun 6 bulan sejak u mula sedar tentang penyakit anak u.

I bukan nak ...



Tk khairul..banyak yang saya belajar ...
mungkin saya terlewat berforum, kalo dr awal saya dah terdedah dgn info sebegini..
dah lama saya ambik tindakan..

pada awalnya dulu ramai kawan2 dan sedara mara bagi nasihat begitu...tetapi hubby kurang bersetuju, hubby kata mungkin sudah suratan kita sekeluarga yg Allah turunkan dugaan itu..jadi hubby mintak saya bertenang, terima shj ketentuan illahi...cuma yg saya rasa sedih biler memandang anak itu...apa lagi biler saya ingat doktor di HKL bagitau jika tindakan pantas dr Ampang puteri, chances tuk recover tu ada...dan perlu diingat bukan sedikit wang yang saya habiskan untuk mengubati penyakit anak saya tu...company takmo tanggung cost tu sumer, insurance pun takmo sbb depa kata penyakit tu conganital case...alhamdulillah, berkat kesabaran, anak saya disahkan bebas dr kuman kanser pada tahun 2004..

anak saya blum 6 tahun lagik, 11 september ni baru cukup 6 tahun...masih ada masa dlm 1 tahun lagik if nak proceed wif legal actions..saya kena bukak file dan berbincang dgn hubby dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 11:15 AM | Show all posts

Reply #52 tehbunga's post

Elok la tuh..ape-ape hal u bincang la sekeluarge dulu ye..yang penting restu hubby u kena dapatkan jugak..bincang elok2 bagi die faham.

Kalau u dah proceed dengan filekan tindakan undang-undang sebelum genap 6 tahun nie limitation period u akan extend lagi 6 tahun akan datang dan begitulah seterusnya....cuma kalau u senyap selama 6 tahun berturut-turut dan lepas 6 tahun baru u nak bawak kes ke mahkamah, hakim takkan dengar kes u lagi sebab die consider you sleep on your own rights.

Forumner yang lain...kalau info saya ade silap tolong semakan yer...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2007 04:50 PM | Show all posts
assalamualaikum..

saya pun ade experience pasal saman private hospital and until now belum settle lagi....

ianya berlaku pada my close family... dah 3 1/2 tahun dah still x settle2 lagi... masa mula ambik tindakan memang susah nak dpt medical report.. tapi akhirnya diorng kasi gak..

pasal nak cari lawyer utk handle kes medical negligence ni memang kena selidik dulu lawyer firm tu samada ade experience handle kes mcm ni..

masa tu my close family tu rugi dlm RM2,500 utk buat medical check up & medical report dari specialist hospital yg lain utk confirmkan kes dia ade negligence.. after a few months x de ape2 feedback dari lawyer tu.. bila tanye kata tgh process,, x pernah call atau nak jumpa utk discuss kes ini.. last2 dia tukar lawyer lain.. itu pun company lawyer husband dia yang recommend.. so far alhamdulliah lawyer ni ok... tiap2 bulan dpt surat kata hearing date sekian2 haribulan.. x tau bila nak settle

harap2 kes ni dpt settle cepat..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2007 04:51 PM | Show all posts
nak tanye sape2 kat sini yg tau pasal kes negligence.. rase2 nye my close family tu kena attend court x.. kena kasi statement ke... bukannye ape kalo boleh dia x nak pegi court.. dia malu

[ Last edited by  sweet_17 at 19-7-2007 04:53 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2007 05:10 PM | Show all posts

Reply #55 sweet_17's post

xde saper dlm ne bleh bgtawu whether close famili anda ittew perlu hadir atau tidak ke mahkamah mase hearing date kelak, unless porumer terbabit adelah loyer yg hendel kes tersebut... sbb hanye loyer tersebut saje yg tawu witness yg die nk panggel based on kes tersebut...

normally, dlm kes negligence, yg penting sbagai evidence adelah medical report/keterangan specialist mengenai negligence tersebut, then keterangan plaintiff/claimant sendiri...

tp kalu kes tu mmg kukuh, medical report SAHAJA dah memadai dan loyer tu akan rely on doctrine "res ipsa liquitor" (things speak for itself)...dlm kes cmne laen2 evidence x diperlukan utk prove kes ittew..

so, tanye la kpd loyer yg hendel kes tu same ade close famili tu perlu give evidence on the hearing date..malu pergi kort bkn satu alasan yg relevan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.467426 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list