CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cronicle86

injil Barnabas(satu2nya injil yg selari dgn ajaran Rasullulah)

[Copy link]
 Author| Post time 26-5-2008 07:56 PM | Show all posts

Reply #84 migdal_bavel's post

bgus jgk aku dpt kawan cam ko..
byk aku tau pasal yahudi..
ok..
aku nk tya pasal holocaust..
adakah btol2 terjadi atau hanya tipu helah?
dan knp HITLER amat2 bnci kat YAHUDI??

tp..migdal..
ko jgn kutuk bgsa aku leh tak..
tu perkauman tu..
bgsa kami ni kire nya byk tolak ansur ngn bgsa2 lain..
bg tmpt tgal kat org cina,india..
padahal masa dulu..CHINA dan INDIA taknk rakyat mreka yg tggl di luar smasa BRITISH nk hantar dorg blik..
kalu leh..ko pikir dulu la nk ckp pasal bgsa aku..
kalu ko tak suka org mgata bgsa ko..ko jgn nk mgata bgsa aku..
skurg2nya bgsa aku tak pnh mmbunuh NABI ALLAH..

kalu ko briman ngn ALLAH(ko berkata2 ngn nama ALLAH)..knp ko tak mgucap syahadah..
kalu nk sbt ALLAH,sbut la bhasa IBRANI ko..ELOHIM..kan mksudnya sama..(mmbwa mksd tuhan)
ALLAH hanya meredahai ISLAM sbgai Agama di sisiNYA..igt tu..!

[ Last edited by  cronicle86 at 26-5-2008 07:59 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2008 08:37 PM | Show all posts

Reply #85 cronicle86's post

bgus jgk aku dpt kawan cam ko..
byk aku tau pasal yahudi..


semoga ianya ikhlas kerana Allah

ak bersahabat dgn orang yg bersahabat dgn ak, dan ak bermusuh dgn orang yang bermusuh dgn ak, tak ada kompromi atas dasar perkara2 lain di sini (sebab ini adalah suruhan agama Judaism sendiri)

aku nk tya pasal holocaust..
adakah btol2 terjadi atau hanya tipu helah?


betul2 terjadi, setiap tahun kitorang menyambut Yom HaShoah di seluruh dunia, iaitu hari Holocaust ini

dan setiap ahli2 keluarga yang terlibat akan turun menceritakan pengalaman2 masing, dan gambar2 serta nama2 mereka disebut sebut dan dizikirkan

kitorang membuat bacaan Qadesh, sejenis tahlil bagi arwah2 mangsa holocaust ini dan nama2 mereka yg penuh semuanya terpahat di ingatan dan diucapkan dgn penuh semasa ritual pembacaan Qaddesh

hanya org2 yg duduk di dalam tempurung (tidak pernah menyaksikan pengkudusan hari holocaust), tidak ada hati perut dan belas kasihan yg membabi buta cakap holocaust sbg penipuan

buat apa kami nak reka2 watak nama org mati kalau holocaust itu x wujud

dan knp HITLER amat2 bnci kat YAHUDI??


entahlah, itu tanyalah org2 nazi, manusia jelik itu berdosa terhadap 6 juta yahudi, maka rohnya akan diseksa oleh neraka Jahannam buat selama-lamanya

tp..migdal..
ko jgn kutuk bgsa aku leh tak..
tu perkauman tu..
bgsa kami ni kire nya byk tolak ansur ngn bgsa2 lain..
bg tmpt tgal kat org cina,india..
padahal masa dulu..CHINA dan INDIA taknk rakyat mreka yg tggl di luar smasa BRITISH nk hantar dorg blik..
kalu leh..ko pikir dulu la nk ckp pasal bgsa aku..
kalu ko tak suka org mgata bgsa ko..ko jgn nk mgata bgsa aku..


maaflah, ak mengatakan bangsa ko sbb bangsa ko kt sini dah bertahun tahun mengata bangsa ak

tahu kan bagaimana rasa sakitnya hati bila org hina bangsa kita sendiri?

itu baru sedikit, hanya sebut hipokrit sepatah dah berbaris baris ko tulis minta jangan ak kutuk lagi

banyak lagi cacian terhadap yahudi itu, melebihi beberapa jilid buku kalau nak dikompilasikan

skurg2nya bgsa aku tak pnh mmbunuh NABI ALLAH..


har, pernyataan inilah yg menghina bangsa ak, dalam pada ketika ko memohon ak x menghina bangsa melayu, ko pula buat kenyataan yg tak patut di sini

yg membunuh nabi Allah itu telahpun mendapat balasan, dan dosa mereka diampunkan

kami generasi yg baru berlepas diri drpd perbuatan mereka

kalu ko briman ngn ALLAH(ko berkata2 ngn nama ALLAH)..knp ko tak mgucap syahadah..


eh, nak wat apa? orang2 Yahudi beriman kepada Allah menurut ajaran Judaism lah

naper nak masuk Islam pula...

kalu nk sbt ALLAH,sbut la bhasa IBRANI ko..ELOHIM..kan mksudnya sama..(mmbwa mksd tuhan)


ikut suka hatilah nak sebut apa2 pun, sebab dalam ajaran Judaism, Allah dan Elohim itu saling boleh digunakan...

kalau dlm Islam, Elohim itu haram utk disebut, maka itu masalah ajaran Islam yg memang bencikan Yahudi dan ajarannya (betulkan pendapat ak ni)

ALLAH hanya meredahai ISLAM sbgai Agama di sisiNYA..igt tu..!


itu menurut ajaran Islam

menurut Judaism, Allah hanya meredhai Judaism sbg agama di sisiNya

[ Last edited by  migdal_bavel at 26-5-2008 08:42 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2008 11:28 PM | Show all posts
semoga ianya ikhlas kerana Allah

ak bersahabat dgn orang yg bersahabat dgn ak, dan ak bermusuh dgn orang yang bermusuh dgn ak, tak ada kompromi atas dasar perkara2 lain di sini (sebab ini adalah suruhan agama Judaism sendiri)


aku pon camtu..aku bersahabat ngn sapa2 nk bersahabat..aku takkn cari musuh..ajaran Islam pon sama..


hanya org2 yg duduk di dalam tempurung (tidak pernah menyaksikan pengkudusan hari holocaust), tidak ada hati perut dan belas kasihan yg membabi buta cakap holocaust sbg penipuan


relax la bro..mmg la bnda tu berlaku tp yg dipersoalkn oleh cndikiawan skrg ialah jumlah yg terlibat dalam holocaoust tu..
kerana di sbb holocaoust ni la..Yahudi mdapat tanah haram di Palestin..shigga skrg terseksa pduduk Palestin di sana..90% tanah Palestin di jajah dan 80% penduduk asalnya mjadi pelarian..(jumlah holocaoust di perbesarkn supaya mdapat smpati masyarakat dunia ngn usaha2 zionisme yg tlah mguasai plitik USA!)

banyak lagi cacian terhadap yahudi itu, melebihi beberapa jilid buku kalau nak dikompilasikan


aku nk tya ko..
kekejaman Yahudi yg mereka laku kn skrg ni harus ke kami diamkn..bunuh golongan seagama kami..
patut ke di diam kn???????
ko tak pikir pon perasaan umat islam kn??
ko tgk..kalu amerika wat nuklear tak pe..tp iran nk wat tak leh????
knp??why???ko takut ke ngn iran akn porak peranda dunia??
iran penah lancar perang ke??
setahu aku amerika ngn sekutunya Israel yg dalam dekad ni yg byk lancar kn perang..
tak tau plak ada org islam lancar perang...


kalau dlm Islam, Elohim itu haram utk disebut, maka itu masalah ajaran Islam yg memang bencikan Yahudi dan ajarannya (betulkan pendapat ak ni)


eh..bila masa plak tak leh sbut ni???
kalu da bawa mksd sama..ape yg tak boleh..
mcm bhasa melayu mmbawa mksd tuhan..kalu english plak 'god'..
so..tak berdosa pon...cume muslim tak myebutnya sbb da ada perkataan yg cantek drpada bahasa Al-quran iaitu bahasa arab(ALLAH)

itu menurut ajaran Islam

menurut Judaism, Allah hanya meredhai Judaism sbg agama di sisiNya


leh bg verse2 from taurat utk myokong dakwaan ko..



migdal..
mintak maap kalu terkasar bahasa..jgn marah yer..senyum skit..



migdal..leh britahu pasal perayaan yom kippur(hari penerimaan taubat) dan Rosh Hashanah(hari tahun baru)..ape yg biasa korg buat?
ada puasa tak?
jwab lam page lain tau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2008 04:47 PM | Show all posts

Reply #88 aizverus's post

ini la di panggil perdebatan ilmiah..
mmg ada yg terasa..biasa la tu..
tp aku masih pelik..
messiah yg di cari oleh org jews tu ada tak mention la kitab Taurat?
kalu migdal leh bg verse lagi bagus..
dan juga Taurat ada tak mention pasal kedatangan Dajjal atau Anti-Christ(bg pnganut kristian)?
sbb Rasullulah pnh bersabda bahawasanya tiada seorg nabi yg diutuskn Allah swt yg tak mberi amaran tntang kedatangn dajjal..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 10:46 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,


Terlebih dahulu aku mohon kemaafan sekiranya tulisanku ini mengganggu ketenteraman kalian kat sini. Terasa ingin sangat menjawab persoalan yang nih;

Originally posted by molotov at 22-5-2008 04:17 PM
Kalo mcm tu apsal yahudi x iktiraf Isa (a.s) sdngkan dia ikut ajaran judaism. Just nk tau



Meskipun telah dijawab begini;

Originally posted by migdal_bavel at 22-5-2008 05:49 PM
sebab dia buat ajaran baru selepas itu

soal sama ada paul lah yg mengubah ajarannya, itu ak x tau dan berlepas diri

tapi sudah terestablished pemahaman kita sedunia bahawa kristianiti diasa ...



Namun aku terasa sangat2 tak puas hati. Oleh itu izinkan aku menulis serba sedikit tentang apa yang dapat aku fahami dari situasi tersebut.


Mengapa yahudi tidak mahu menerima kehadiran Isa disisi mereka? Sebenarnya yang begitu kuat memusuhi Isa as adalah dari golongan para imam2 dan para tua2 (atau lebih tepat lagi, golongan yang alim kitab Taurat) dari kalangan Bani Israel, rakyat jelata mengikut saja telunjuk mereka itu. Ini adlah kerana Isa as telah mengoreksi amal mereka yang lebih kepada 'pandai bercakap/mengajar' tetapi fail dalam amalan mereka, atau buruk nya amalan mereka.. Cuba kalian renung2kan kata2 Isa as dalam Matius 23 mulai ayat 1 sampai 39, perhatikan bahawa Isa as telah membongkar habis segala keburukan dan kekejian amalan para imam2 dan para tua2 Israel..... Antara ringkasan yang dapat aku sebutkan di sini adalah mereka itu telah mencintai dunia dari akhirat, ajaran2 Musa as hanya tinggal di kitab saja..

Dengan tegasnya Isa as telah berkata bahawa dia datang adalah hendak menegakkan hukum Taurat, bermaksud supaya hukum Taurat dapat di amalkan dalam masyarakat bukan hanya tinggal dalam kitab saja.

Mereka hanya takut hilang kuasa, jadi sebelum kekuasaan mereka atas rakyat jelata dilenyapkan lebih baik mereka melenyapkan Isa as.. Bukannya mereka tidak percaya akan kenabian Isa as, mari kita perhatikan ayat ini;


Markus12;
12:28 Lalu seorang ahli Taurat, yang mendengar Yesus dan orang-orang Saduki bersoal jawab dan tahu, bahwa Yesus memberi jawab yang tepat kepada orang-orang itu, datang kepada-Nya dan bertanya: "Hukum manakah yang paling utama?"

12:29 Jawab Yesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.

12:30 Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu.

12:31 Dan hukum yang kedua ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. Tidak ada hukum lain yang lebih utama dari pada kedua hukum ini."

12:32 Lalu kata ahli Taurat itu kepada Yesus: "Tepat sekali, Guru, benar kata-Mu itu, bahwa Dia esa, dan bahwa tidak ada yang lain kecuali Dia.


Satu lagi bukti kekerasan hati mereka adalah apabila mereka membunuh Yahya as (Yohanes Pembabtis as) kerana sebab2 yang sama jua. Tetapi yang lucunya King Herodes telah menyangka Yohanes telah dibangkitkan kembali sebagai Yesus as..


Matius 14;
14:1 Pada masa itu sampailah berita-berita tentang Yesus kepada Herodes, raja wilayah.

14:2 Lalu ia berkata kepada pegawai-pegawainya: "Inilah Yohanes Pembaptis; ia sudah bangkit dari antara orang mati dan itulah sebabnya kuasa-kuasa itu bekerja di dalam-Nya."



Wallahua'lam..

[ Last edited by  saifulms at 28-5-2008 10:52 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 01:28 PM | Show all posts
migdal, nak tanya... dah beberapa kali migdal cakap dosa orang Yahudi terdahulu yg buat dosa ni dah diampunkan...camner migdal tahu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-5-2008 08:28 PM | Show all posts
migdal..knp da lama tak respon..byk lagi persoalan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 08:32 PM | Show all posts
mungkin dia tgh cari jawapan utk soklan2 yg di tujukan....:re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2008 09:14 PM | Show all posts

Reply #93 narvmarishka's post

hey, ak ad jer...

ak sibuk dok jawab soalan debmey

dia ckp Allah tu bukan Elohim

bengang seh

http://eforum.cari.com.my/viewth ... ;extra=&page=21

nantilah ak reply korang punya

ak pun ad kehidupan sendiri

ak kene study utk course ak juga
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 09:36 PM | Show all posts

Reply #90 saifulms's post

salah, yg ikut dia hanyalah yahudi mazhab ebyonim

yahudi ada 3 golongan di waktu itu iaitu sadukim, perushim dan ebyonim

golongan Sadukim (Sadducees) ni anti-Talmud, diorang ni kerabat2 diraja dan golongan pembesar yg bersekongkol ngn penjajah rom dan hidup dlm kemaksiatan

golongan Perushim (Pharisees), diorang ni golongan pembela Talmud dan Sanhedrin (Muktamar Syariah Agung) yang mana, adalah ajaran asal nabi Musa..sebab, Talmud itu adalah hadith nabi Musa sendiri

dan mereka hidup bersyura dalam Sanhedrin..sebab itulah mereka menentang isa dlm menyebarkan ajaran sesat sebab Perushim inilah yg membela agama Musa yg asal

mungkin pengikut2 isa tulis keburukan Perushim (yg ko kata sbagai ulama2 yahudi) ini sebab diorg menentang isa

dan golongan terakhir ialah Ebyonim yg mana merupakan golongan Yahudi yg miskin, yg hidup bagaikan org sufi...mereka tidak gemarkan halachah (syariah atau fiqh) yg dilihat sbg suka menghukum (ditujukan kpd golongan Perushim), dan mereka juga tidak gemarkan pemerintahan yg penuh dgn kemaksiatan (dituju kpd golongan Saddukim)

mereka inilah yg terpengaruh dgn dakwah isa sbb ajaran isa lebih kepada kerohanian

dan akhirnya, mereka mjadi umat nasrani yg kita kenali kini sebagai kristian

manakala golongan Perushim kekal sebagai penganut Yahudi yg asal

dan golongan Saddukim ini, diwarisi oleh yahudi karaite (yahudi anti-talmud)
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 09:42 PM | Show all posts

Reply #90 saifulms's post

Dengan tegasnya Isa as telah berkata bahawa dia datang adalah hendak menegakkan hukum Taurat, bermaksud supaya hukum Taurat dapat di amalkan dalam masyarakat bukan hanya tinggal dalam kitab saja.


kalau dia tegakkan hukum taurat, kenapa penganut kristian tidak terima suruhan berkhatan, dilarang memakan makanan tidak kosher (babi, makanan laut etc), menghormati dan mengkuduskan hari sabtu etc etc?

Mereka hanya takut hilang kuasa, jadi sebelum kekuasaan mereka atas rakyat jelata dilenyapkan lebih baik mereka melenyapkan Isa as.. Bukannya mereka tidak percaya akan kenabian Isa as, mari kita perhatikan ayat ini;


tak ada bukti...hilang kuasa ap

golongan Perushim adalah Yahudi2 yg hidup dalam jemaah syura Sanhedrin

mereka bukan pemerintah

mereka adalah pembela agama Yahudi dalam keadaan negara Israel pada ketika itu dijajah rom (rom itu golongan pagan yg kadang2 suka mencampuri urusan keagamaan Yahudi)

Perushim inilah leluhur kami orang2 Yahudi sedunia manakala golongan Ebyonim telahpun terserap ke dalam kaum nasrani

Saddukim pula pupus semasa Rom menghancurkan Jerusalem dan menghalau Yahudi keluar drpd tanah suci

yg tinggal, hanya ideologi anti-Talmud mereka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2008 01:14 AM | Show all posts

Reply #95 migdal_bavel's post

org yahudi pon ada camtu ek..
aku rasa sume agama da golongan cmtu la..
sbb tu org ISLAM pon di pndg hina di sbb golongan2 cam golongan anti-talmud yg ko bgtau td...
kalu islam golongan camtu adalah Muktazillah..
tp kn..aku musykil la ngn ko migdal..sori tau..
sbb ape tau..
bru ni aku dpt tau yg bahawa ejen Yahudi(zionis) tlah di hntar ke segenap negara islam..
so..mintak maap dulu tau..
aku musykil yg ko juga salah seorg ejen tersebut..
respon yer migdal...(sori kalu bukn bab agama)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2008 01:16 AM | Show all posts
itu menurut ajaran Islam

menurut Judaism, Allah hanya meredhai Judaism sbg agama di sisiNya
leh bg verse2 from taurat utk myokong dakwaan ko..


migdal..
mintak maap kalu terkasar bahasa..jgn marah yer..senyum skit..



migdal..leh britahu pasal perayaan yom kippur(hari penerimaan taubat) dan Rosh Hashanah(hari tahun baru)..ape yg biasa korg buat?
ada puasa tak?
jwab lam page lain tau..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 01:59 AM | Show all posts

Reply #98 cronicle86's post

ak akan bagitau psl soalan2 ko yg lain tu, tp nanti la sbb ak agak bz

tp ak bukan agen zionist yg dtg utk intip2 ker apa...ak orang biasa jer

tak logik la ak dihantar

sebab ak datang sejak umo ak 8 tahun kt malaysia ni...dah nak 10 tahun ak tinggal kat sini

mcm planet bezita dlm citer Dragon Ball lah pulak erk, siap main hantar2 orang (goku kan dihantar ke bumi)
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 01:35 PM | Show all posts

Reply #99 migdal_bavel's post

hurmmmm....interesting...!!

migdal,r u non-muslim?no offense erk...i purposely ask u this question..bkn pe,i like 2 share views from other religions as well..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 01:35 PM | Show all posts

Reply #99 migdal_bavel's post

hurmmmm....interesting...!!

migdal,r u non-muslim?no offense erk...i purposely ask u this question..bkn pe,i like 2 share views from other religions as well..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2008 02:47 PM | Show all posts

Reply #99 migdal_bavel's post

lorrr...mmg cam bezita pon...
do hantar utk myiasat..
guwau je..
ayah ko dtg sini sbb keje ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2008 08:42 AM | Show all posts

Reply #104 aizverus's post

mendap ape yer?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 08:40 PM | Show all posts
suka sgt thread ni!!! :pompom:
akhirnya ada perbincangan ilmiah yg takde membaling2 bomb mcm di bod2 yg tertentu tu.
dari sudut humaniti aku sebenarnya kesian dgn mangsa2 di kem auswitz dulu sampai aku beli buku Elie Wiesel, one of the survivors.   very touching!
anyway, please continue the healthy debate...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 09:33 PM | Show all posts
wah....migdal bavel dah fofuler sekarang....ahaksss


by the way....


Migdal Bavel = מגדל בבל‎  =  Tower of Babel


kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.067319 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list