CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4111|Reply: 7

Meriahnya Raya 2016, Jakel Tampilkan Barisan Duta Baharu

[Copy link]
Post time 6-6-2016 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ







Setiap kali menjelang Aidilfitri, persiapan baju raya pasti menjadi keutamaan buat setiap orang.


Kebiasaannya kain atau baju raya dibeli lebih awal untuk memastikan baju yang ditempah berjaya disiapkan sebelum hari raya.


Gedung fabrik Jakel Trading Sdn. Bhd sudah tidak asing lagi dikalangan masyarakat kerana menyediakan pelbagai jenis tekstil dengan harga yang sangat berpatutan.


Seperti tahun sebelumnya, Jakel menampilkan beberapa orang selebriti terkenal sebagai duta baju raya gedung tersebut. Antaranya seperti Aaron Aziz, Nabil Ahmad dan ikon fesyen Jakel, Rozita Che Wan.


Kali ini, Jakel mengumumkan beberapa orang duta baharu mereka iaitu Jep Sepahtu sebagai duta baju Melayu dan jubah terawih, Ayda Jebat sebagai duta baju kurung moden, Awal Ashaari dan isteri, Scha Al-Yahya serta anak mereka, Lara Alana di bawah label koleksi Schawalara X Jakel dan akhir sekali Datuk AC Mizal sebagai wajah raya Jakel.


Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, Jakel turut mengetengahkan beberapa koleksi eksklusif lain termasuklah baju Melayu kanak-kanak Upin dan Ipin.


Jom kita tengok barisan Duta baharu Jakel untuk raya tahun ini. - CARI Infonet.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2016 12:14 PM | Show all posts
ada lagi ke orang hadap jakel ni?
berkualiti sangat ke kain-kainnya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 03:36 PM | Show all posts
upin ipin ke tu?  tu pun duta ke nok?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 10:20 PM | Show all posts
Seronok le jadi duta dapat baju free
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 08:00 AM | Show all posts
baju melayu aaron aziz dulu quality memang tip top.. kain senang gosok, tak mudah kedut, sejuk, and tahan gak la..pastu saiz ngam2 je tak gelebeh walaupun ready made

aku beli 2013 ke 2014 tah.. sampai sekarang pakai lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 6-6-2016 04:14 AM
ada lagi ke orang hadap jakel ni?
berkualiti sangat ke kain-kainnya?

Kualiti xla over the top tapi reliable kalau nak pakai setahin dua. Rege pon xla semahal brand yg ngetop online. Pilihan kaler banyak...

Kalau malam raya dorang buat lelong baju kurung 2 seratus.. 3 helai 100 pon ade. I sambar je sebab nak pakai buat gi kerja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2016 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh ok la senarai duta tersebut KECUALI wajah raya jackel si AC mizal?? WTHeck
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 02:41 AM | Show all posts
mahal x sampin songket jakel ni?
sampin aron aziz pakai tu cantik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.109338 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list