CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3033|Reply: 6

Lelaki Ini Dedah Masalah Pemikiran Orang Melayu

[Copy link]
Post time 16-7-2016 10:01 PM | Show all posts |Read mode
Selepas 7 Tahun Tinggal Di Luar Negara, Lelaki Ini Dedah Masalah Pemikiran Orang Melayu
Share the post "Selepas 7 Tahun Tinggal Di Luar Negara, Lelaki Ini Dedah Masalah Pemikiran Orang Melayu"



ISU & KONTROVERSI
Kata orang semakin jauh kita mengembara semakin banyak perkara baru yang kita nampak dan pelajari. Ini secara tak langsung membuka minda kita untuk berfikir dengan lebih luas menjangkaui apa yang berada di fikiran selama ini.
Tak mustahil lah sekarang ramai rakyat Malaysia mengembara ke luar negara bagi merasai sendiri keindahan alam dan keunikan budaya mereka. Dah ada pengalaman sendiri baru lah boleh bercakap kan? Jenis pemikiran orang Melayu menurut pemerhatian lelaki ini. Setuju?
Minda Binary
A general rule of thumb when speaking to Malaysians, particularly Malays.
Sepanjang 29 tahun saya hidup, hampir 7 tahun di negara Barat dan selebihnya di Malaysia, saya perhatikan ada masalah tentang pemikiran orang melayu. Selain daripada Minda Tertawan (yang diutarakan oleh Prof. Syed Hussein Alatas) dan minda neo-feudal (yang diutarakan oleh Pendeta Za’ba), orang melayu kebanyakkannya ada minda binari (binary mind).
A binary system is usually used for computing mathematical operations. It only uses 0 or 1. Likewise, people with a binary mind only see black or white, friends or foes, you or us. Deduksi pada otak mereka adalah, jik p maka q. Jika bukan p maka bukan q. Hidup mereka hanya ada hitam dan putih, tidak ceria dan riang ria seperti pelangi. Malah lebih teruk lagi, menurut Prof. Tariq Ramadan dalam bukunya The Quest for Meaning, ‘binary mind usually leads to dogmatic mind.’
Penuh dengan syakwasangka & racist
Dogmatic mind inilah salah satu punca besar kepada banyak masalah di dunia termasuklah kejatuhan tamadun Andalusia. Binary mind hanya melihat sama ada PAS atau ‘kafir’, khalifah atau kufur (demokrasi), bunuh atau dibunuh (rujuk ISIS). Contoh lain, apabila kita solidariti bersama mangsa keganasan di Paris, kita akan dituduh tidak bersolidariti bersama mangsa letupan di Turki. Ketika kita menyokong human rights, maka kita dituduh melawan Islam.
Ketika kita menyokong demokrasi, kita dituduh kufur dan melawan manhaj kenabian. Ketika kita menyebarkan kebaikan non-Muslim untuk mengurangkan persengketaan antara agama dan mengajak kepada keharmonian (li ta’arafu), kita dituduh inferior dan cenderung kepada kekafiran. I don’t know where people got this assumption. Ketahuilah orang berminda binary ini penuh dengan syakwasangka (su’uzzhon) dan racist.
Tak sedar mereka sakit, fikir selalu betul
Dan kerana binary mind inilah Malaysia bergolak dengan pelbagai masalah dan krisis. Binary mind ini melahirkan budaya takfiri dan ISIS. Masuk PAS atau masuk ‘neraka’. Feminisme, human rigths, activisme semuanya kufur. Yang betul, suci dan ahli syurga hanyalah diri sendiri. Apabila manusia hanya melihat hitam dan putih saja, terlalu sukar untuk mengajak mereka melihat warna pelangi, merai dan menghargai keindahannya.
Dunia mereka yang hitam dan putih seperti TV black and white tahun 70-an. Memang ketinggalan zaman. Agak mustahil orang lain mampu mengubati orang berminda binary ini melainkan mereka mengubatinya sendiri. Kerana seringkali orang berminda binary ini tidak sedar mereka itu sakit dan membawa penyakit yang mampu meruntuhkan tamadun (seperti di Andalusia). Lebih teruk mereka sendiri tidak mahu diubati kerana selalu anggap diri mereka saja yang benar di dunia ini. Selain dari mereka adalah kufur dan jahil.
Hanya ada 2 ubat
Hanya ada 2 ubat untuk merawat binary mind ini. Pertama, membaca, membaca dan membaca. Sebab itu Prof. Tariq Ramadan kata, tujuan pertama iqra’ (wahyu pertama) adalah untuk melakukan anjakan paradigma mengubah mentality dan persepsi. Kedua, berjalan/merantau (membaca alam, manusia dan sosio-budaya).
Dengan membaca buku dan membaca alam, semoga dapat mengubati penyakit binary mind ini. Binary mind impedes further intellectual discourses and nation building. Sebab penyakit inilah susah untuk bercakap dengan kebanyakkan orang melayu, terutamanya di media sosial. Jika terjumpa orang-orang binary mind ini, tinggalkan saja. Delete komen mereka atau block mereka dari facebook. Jangan buang masa !!!
Sumber : Mat Kuantum


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2016 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
so wut...

hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sangat itu Tariq ramadan lupa makan ubat nyanyok lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2016 12:19 AM | Show all posts
si-buta replied at 16-7-2016 11:37 PM
Nampak sangat itu Tariq ramadan lupa makan ubat nyanyok lagi.

Nampak sangat isteri Spidey tersentap lagi, kan? Kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2016 10:11 AM | Show all posts
Tariq Ramadan obviously forgot to take his senility medications again

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2016 11:41 AM | Show all posts
lame benor smpai 7 tahun.
dia ni baru keluar gua ke apa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2016 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
certain boleh lah binary mind, tapi x boleh lah kata macam tu, kita ni buat baik bukan di balas baik mcm negara yg dia duduk selama 7 tahun tu, kita but baik tapi dipijak kepala kita, kita bukan racist tapi kita diracistkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.039632 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list