View: 2110|Reply: 8
|
Anak Bongsu Obama Pun Sanggup Bekerja Sambilan Di Restoran, Anak Kita?
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Natasha Obama
Kadar pengangguran di negara kita semakin meningkat kebelakangan ini. Salah satu sebab utama adalah kerana ramai penganggur terlalu memilih pekerjaan.
Berbicara mengenai masalah terlalu memilih pekerjaan, penulis suka untuk berkongsi dengan pembaca mengenai kisah anak bongsu kepada Presiden Amerika Syarikat,Barrack Obama.
Natasha Obama, 15, atau lebih dikenali dengan nama panggilan Sasha, telah mendapat perhatian dunia apabila dia dikesan bekerja sambilan di sebuah restoran makanan laut popular di Martha's Vienyard.
Menurut Boston Herald, Sasha dilihat bekerja di tempat mesin duit dan juga sibuk menguruskan meja sebelum restoran itu dibuka untuk makan tengahari.
Biarpun cuba hidup sebagai orang normal, Sasha tidak dapat lari dari protokol. Difahamkan, enam ejen akan menunggu kawasan itu untuk mengawasi dan membantu Shasa.
"Kami pelik mengapa ada enam orang tolong gadis ini, tapi akhirnya kami tahu siapa sebenarnya dia", kata seorang pekerja di restoran itu.
Ketika Sasha bekerja, kesemua ejen itu akan memerhati dari sebuah SUV dan juga bangku berdekatan. Apabila waktu bekerjanya sudah tamat, Sasha dan seorang rakannya dilihat memasuki SUV itu sambil membawa satu tray minuman untuk pengawal-pengawalnya.
Shasa dan pembantunya
Sementara itu, beberapa rakaman gambar Sasha bekerja di restoran tersebut turut viral di media sosial. Gambar itu menunjukkan Sasha dalam pakaian seragam biru dan bertopi, berkhidmat sebagai pelayan restoran.
Rumah Putih setakat ini masih belum mengulas laporan itu tetapi sebelum ini, Wanita Pertama Michelle Obama pernah menyatakan bahawa beliau akan membesarkan kedua-dua anak perempuannya seperti remaja biasa.
Penulis harap kisah Sasha ini dapat dijadikan contoh baik buat semua pembaca terutamanya yang sedang menganggur. Lakukan lah apa sahaja pekerjaan yang tidak salah disisi undang-undang tanpa memilih pekerjaan.
Yang paling penting, manfaatkan lah setiap masa terluang dengan melakukan perkara berfaedah. Sedangkan anak pemimpin besar dunia pun habiskan cuti persekolahan dengan bekerja sambilan, anak-anak kita? - CARI
Sumber - Siakap Keli |
|
|
|
|
|
|
|
bagusla...belajar mcm mana susah nak cari duit.
anak bijan hader? |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya dulu ada jugak kan anak kenamaan/selebriti yang keje part time kat restoran
anak david + victoria beckham kot
|
|
|
|
|
|
|
|
anak piyem dapat derma uolsss...buat pilem lagi |
|
|
|
|
|
|
|
ala...anak akak yang kecik2 pun dah tolong akak prep barang2 katering |
|
|
|
|
|
|
| |
|