Edited by ipes2 at 31-10-2016 07:28 AM
Bila seorang wanita pregnant, placenta yang terbentuk akan menghasilkan hCG dengan sangat banyak dan levelnya dalam darah akan naik dengan sangat cepat. Banyak kepentingan dan effectnya hCG ini, tetapi dalam perbincangan kita ni, kita focus pada side-effects nya yang utama iaitu loya. Jadi, wanita tadi akan dapat morning sickness sebab hCG tadi. Biasanya dalam first trimester sahaja, dan after 12 weeks, ianya hilang. Tetapi, jika loya dan muntah ini sangat teruk, ianya diklasifikasi sebagai Hyperemesis Gravidarum (HG).
HG ini berbeza dari morning sickness. Loya dari HG ni berkekalan dan berpanjangan dan wanita tadi akan hilang selera makan. Muntah dari loya tadi berterusan 3-4 sekali atau lebih. Minum air sejuk pon loya lalu muntah. Dengan ini, wanita tadi jadi dehydrated, hilang selera makan, tak naik berat badan semasa pregnant, kekurangan nutritions dan baby nye pun suffer juga.
Dikatakan, ginger atau vitamin 6 boleh mengurangkan rasa loya ini. Wanita tadi bolehlah juga cuba makan sedikit sedikit tetapi kerap. Juga mungkin lebih elok jika makanan makanan yang agak kering. Wanita tadi digalakkan untuk minum air sebanyak yang dia boleh tolerate. Jika teruk sangat, maka terpaksa lah wanita tadi di admit ke ward dan diberi fluids melalui IV drip. Juga diberi anti-emesis (yg tidak membahayakan baby eg promethazine etc). Jika tidak dapat diambil orally, kena lah anti-emetic medication tadi diberi per rectum atau melalui IV juga. Dan tumbesaran baby harus dimonitor closely.
|