CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7240|Reply: 64

Peristiwa sedih di penutup 2016

[Copy link]
Post time 11-12-2016 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Saya cuma nak berkongsi rasa yang terpendam. Dan mungkin dapat sokongan dari semua.

Saya baru putus tunang. Bln Oktober aritu.

Si dia datang dalam hidup semasa saya menolak semua cinta yang hadir kerana kecewa dengan cinta lalu. Tapi si dia hadir bagi pengharapan yang tinggi dan saya akhirnya membuka pintu hati dan menerima cinta dia. Saya dan si dia sebaya. 29 tahun.

Kami kemudiannya bertunang dan merancang untuk berkahwin. Pertunangan dan perancangan perkahwinan semuanya adalah idea si dia. Si dia bersungguh2 memikat hati saya dan bersikap jujur bahawa si dia mmg jujur mencintai saya. Saya mengikut rentak dia kerana percaya dia mencintai saya dan saya dari hari ke hari semakin percaya dan menaruh hati pada dia. Tapi, segalanya berubah, si dia kemudiaannya memutuskan pertunangan 2 bulan sebelum tarikh perkahwinan kami. Kami hanya sempat bertunang selama 3 minggu. Si dia berubah selepas pertunangan tersebut. Cakap dengan kasar, tidak benarkan saya contact dan byk lg benda yang seperti menunjukkan si dia seperti tidak mencintai saya langsung.

Saya sangat keliru selepas pertunangan kami. Sikap si dia membuatkan saya bingung. Saya akhirnya nekad untuk pergi berjumpa untuk berbincang dan memujuk si dia yang tinggal nun jauh di selatan. Tapi sedihnya, bukan senyuman yg saya dapat tapi makian dan dihalau pulang. Masih boleh terbayang bagaimana saya dihalau si dia.

Bertambah sedih lagi, keluarga si dia yang saya hormati selama ini kerana bapa nya seorang imam juga turut memaki saya. Bapanya memaki saya dengan mengatakan saya seorang perempuan xbaik kerana tidak malu merayu kepada anaknya. Katanya "anak aku xmahu ko lg, ko xmalu ke pergi cari dan merayu". Pelik saya, semasa meminang semuanya indah dan keluarga saya menyambut keluarga si dia dengan baik tapi bila hendak putus, satu pun ahli keluarga si dia tidak mahu datang ke rumah saya. Kata bapanya, "sudah cakap dalam telefon, nak apa lagi". Untuk pengetahuan, saya sudah tiada ayah, maka saya rasa bapa si dia yang sememangnya dari awal lg suka merendahkan keluarga saya mengambil kesempatan atas keadaan ini. Walaupun kalau jika diukur dari segi sekufu, keluarga saya jauh lebih senang dari mereka, tapi saya bukan memandang harta keluarga. Si dia bekerjaya dan seorang yang cukup serba serbi di mata saya. Perkenalan saya dengan si dia sebenarnya pun melalui kakaknya yang merupakan rakan sekerja saya dan hubungan kami direstui. Sebelum ini, hubungan saya dan keluarga nya baik.

Saya sekarang cuba untuk move on dan melupakan si dia. Saya terima dengan redha si dia bukan jodoh saya. Tapi bila umur kita sudah di penghujung 20an dan ramai org tahu bahawa kita merancang untuk berkahwin. alhamdulillah kad belum edar. kalau tidak, lagi haru saya nak explain pada orang. Agak sukar juga saya melaluinya. Saya terpaksa berjumpa katerer, bridal semua untuk batalkan. Tuhan sahaja tahu betapa malunya saya.

Harap semua doa untuk saya kuat dan bertemu jodoh satu hari nanti  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2016 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..kau patut sujud syukur tak kawen dengan jantan tak guna tu dan berkeluargakan keluarga haprak gitu..aku doakan kau temui kebahagian hakiki lepas ni..be strong ok..tamo sedih2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2016 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
missDollie replied at 11-12-2016 10:23 PM
Alhamdulillah..kau patut sujud syukur tak kawen dengan jantan tak guna tu dan berkeluargakan keluarg ...

Ada rasa syukur tu. Huhu...
Thank you awak atas kata semangat
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2016 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak speku :-
Mula2 smua baik2 aje, tp tiba2 berubah. Mungkin x ada yg bawak mulut reka cerita yg bukan2 utk burukkan TT?  Atau
Mungkin ada yg x senang dgn hubungan TT ngan tunang, lalu dihantar sihir..sebab bukan tunang aje yg tiba2 x suka tp kluarga dia pun sama.
Utk TT smoga sabar n tabah. Tiap yg berlalu ada hikmah dia. Mana tau akan datang Allah akan gantikan ngan jodoh yg lebih baik..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2016 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
insya Allah semoga mendapat jdoh yg baik...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2016 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kuzaime replied at 11-12-2016 11:05 PM
Nak speku :-
Mula2 smua baik2 aje, tp tiba2 berubah. Mungkin x ada yg bawak mulut reka cerita yg bu ...

Terfikir yang sama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2016 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer kau hadamkn yg ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2016 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ada dendam kah dia dengan TT atau keluarga? atau ada yang hantar sesuatu untuk merosakkan hubungan TT? berubah secara tiba2 tu memang sesuatu sangat lah dik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2016 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Lolalala replied at 11-12-2016 11:55 PM
ada dendam kah dia dengan TT atau keluarga? atau ada yang hantar sesuatu untuk merosakkan hubungan T ...

Dendam antara saya dan si dia mungkin tiada. Sbb hubungan kami selama ni mmg baik. Bab antar-mengantar ni saya pun xberani nak cakap. Tapi perubahan mmg mendadak.

Keluarga dia membenci tu hanya ayah dan mak tiri si dia. Adik beradik yg lain marahkan adik dia buat sy cmni. Tapi diorg semua mengambil jalan utk xnak ambil peduli apa ayah dan adik (si dia) dah buat. Sbnrnya selepas putus baru sy dpt tahu dr org sekeliling yg mengenali keluarga si dia, bahawasanya ayah si dia mmg suka merendahkan org lain dan memburukkan org. X padan dgn status nya sbg imam di kampung tersebut.sdgkan mak sy seorang wanita yg mempunyai kedudukan. Mak sy tidak membalas satu pun kata makian yg dtg dr mulut ayah dan mak tiri si dia.

Entahlah jujur sy pun masih keliru dgn apa yg terjadi. Tapi demi mak sy, sy mmg cuba utk redha. Masih terngiang suara mak sy menangis selepas dimaki oleh ayah si dia. Sy syg mak sy lebih dr segalanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2016 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 11-12-2016 11:38 PM
Cer kau hadamkn yg ni

Baik. Akan hadam supaya dpt move on.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
pinkumoo replied at 12-12-2016 12:15 AM
Dendam antara saya dan si dia mungkin tiada. Sbb hubungan kami selama ni mmg baik. Bab antar-menga ...

solat hajat dik mohon petunjuk dari Allah. kalau benar ada yg dengki atau memang bukan jodoh.

Tak pe lah dik...biar dia, Pak Imam kerana bergaji(kalau kerja ikhlas mesti perangai x gitu) dengan cara mereka. Jangan sesekali adik jadi macam mereka. Stay classy ye dik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 12:44 AM | Show all posts
Hmm.. u cun tak? Mehla kawin ngan I.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpelah sis, dah orang tak suka. Nasib benda ni jadi sebelum terlambat. Kalau dah kahwin beranak pinak tiba2 dibenci macam ni, lagi lah complicated jadinya. Chin up, kuatkan semangat, maju terus ya!
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Antara kemungkinan yang berlaku :
1- ada someone fitnah uols/ memburuk2kn uols di depan laki tu dan family dia

2- keburukan uols yg dia x suka kantoi
3- mungkin sbb dia rasa x sekufu so tkot x bahagia so dia kne blakon benci kt uols
4- mungkin dah jmpe yg lain yg sesuai untk dia    5- mungkin tunang uols ada masalah so dia xnk uols terbeban / kesan dia kne kt uolss so dia nk tanggung semuanya sendiri  (novel sngt semua kemungkinan ni)
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Sabar tt, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Seekor jantan xguna pergi, inshaAllah ramai lelaki baik, jujur dan setia akan muncul. Have faith with jodoh yang baik untuk awak akan ada nanti. Anggap ini sebagai ujian dan pengajaran. Kalau tok imam dan jantan tu maki awk hari ini, xmustahil satu hari org lain akan buat benda yg sma dgn diorag.

Sabar ye tt ,,, inshaAllah, everything is gonna be alrite, cuma awk perlukan masa je untuk rawat hati yg luka, dan doakan yg baik2 saje.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 01:22 AM | Show all posts
masalah tt kecik je. masalah kak lg besar. nangis tepi jalan  tumbang pitam. tt kalau ada masalah cuba belajar nangis tepi jalan macam kak dengan harapan si dia datang pick up tt.

tp hampeh.

sambil tu buat wallpaper lagu ni " bila cinta di dusta, hati mula kecewa"

sabar tau tt. akak tengok tajuk thread ni je. point tak sempat baca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2016 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-12-2016 01:22 AM
masalah tt kecik je. masalah kak lg besar. nangis tepi jalan  tumbang pitam. tt kalau ada masalah cu ...

Kau nk suruh tt meratap hiba mcm kau buat pe....

Biar tt move on lah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
sedihnye.hugs.awk sabar ye & sujud syukur.he is not worth it
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 08:39 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 12-12-2016 07:25 AM
Kau nk suruh tt meratap hiba mcm kau buat pe....

Biar tt move on lah...

akak baca tajuk tak baca point itu komen untuk tajuk dahulu.. point kemudian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2016 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
WajibulGhunah replied at 12-12-2016 12:51 AM
Antara kemungkinan yang berlaku :
1- ada someone fitnah uols/ memburuk2kn uols di depan laki tu dan ...

Semua kemungkinan ni pernah sy fikir. Tapi sy rasa lebih baik sy stop tny kenapa. Sbb nnt sy xboleh nak move on. Walaupun kekdg nangis juga lepas solat ataupun masa sendiri.

Sy cuma doa satu hari nnt sy akan fhm dan nmpk hikmah kejadian ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.201589 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list