CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2495|Reply: 7

Kisah Cinta Sejati Pengisi Alaf Ini

[Copy link]
Post time 29-12-2016 09:38 AM | Show all posts |Read mode
PASANGAN bercinta atau suami isteri selalu percaya, mereka miliki cinta sejati. Perasaan inilah juga yang mengikat hubungan. Tak kisahlah: Kalau pagi ini sayang setengah mati, petangnya pula, benci bawa mati. Manusia sentiasa diburu perasaan mahu memiliki teman sejiwa dalam mood cinta sejati.

Dalam mitos lama wujud kata plasebo: Kuasa mitos yang percaya kalau kita berniat baik terhadap sesuatu, maka kita akan mendapat semangat kebaikannya.

Begitu juga sebaliknya nasebo: Kalau kita berniat jahat, kita akan mendapat pembalasan semangat jahatnya.

Cinta sejati diburu manusia sejak azali. Adam termakan buah khuldi kerana cintanya pada Hawa yang mengikat pesona. Ringkasnya – cinta sejati juga yang membawa leluhur manusia hadir ke dunia.


BACA: Dua Ditahan Kerana Hina Islam berkaitan Kematian Haron Din di Facebook

Karya agung Romeo & Juliet, Samson & Delilah, malah Uda & Dara menjadi hebat kerana teks ini mengangkat nilai cinta.

Minggu ini netizen terharu membaca kisah cinta sejati Ahmad Kamal Effendi dan isterinya Nik Idzni Dalila Nik Mahmud. Kisah yang menitiskan airmata kerana cinta sejati terpancar dalam hayat perkenalan selama empat bulan dan hayat perkahwinan yang genap setahun cuma.


Nik Idzni Dalila wafat genap setahun perkahwinan. Lebih menyentuh rasa, Ahmad Kamal mengahwini kekasihnya setelah empat bulan berkenalan dan mengetahui gadis yang dicintainya itu menderita kanser buah pinggang tahap empat.

Cinta sejati tidak boleh dipaksa. Ia bukan kisah hero belanja pacar naik limosin. Atau post acah manja suami penuhi katil dengan seratus bunga pada isterinya. Atau aksi isteri menutup mulut acah terkejut dengan pengorbanan suaminya.


Cinta sejati bukan poster Instagram. Cinta sejati poster jiwa!

Ahmad Kamal lelaki luar biasa. Dia hero kita kerana mengajarkan betapa cinta sejati masih ada. Ia cinta seorang lelaki yang memberikan apa saja yang dimiliki untuk mengisi baki waktu dalam hayat kekasihnya.

Isteri seperti Nik Idzhi Dalila wanita bertuah. Walaupun hayatnya singkat, setahun dia nikmati cinta sejati. Dicintai sepenuh hati oleh suami yang tahu hayatnya di hujung perjalanan.

Kisah cinta ini menghapuskan episod eskapisme orang Melayu mengejar makna cinta di drama TV. Ia juga kisah real yang melenyapkan ilusi pemain cinta hipokrit yang mencari publisiti murah di IG.


Cinta sejati bukan poster. Snap & post. Bukan paparan aksi yang mahu menjadikan realiti IG sebagai ‘fantasi dalam realiti’.

Membaca catatan Ahmad Kamal, kita tahu dia hero muda yang faham makna cinta. Malah, dia melaksanakan secara realiti tulen atas kemahuan sendiri.

Mengahwini kekasih kanser tahap empat dan berusaha membahagiakannya, satu pengorbanan insan yang faham erti cinta dalam tafsiran menjadi manusia biasa.


Biarkan drama TV dan posting IG oleh pasangan mabuk cinta mengisi fantasi dalam realiti. Paling tidak, kisah cinta Ahmad Kamal dan Nik Idzni Dalila mengajarkan kita: Cinta sejati masih ada. Ia mewakili sekian banyak lagi momen cinta sejati yang wujud dalam diam. Serta tidak diposterkan secara hipokrasi di IG.


baca ;

Gadis terpaksa padam 500 gambar selfie seksi selepas dihantui Arwah rakan.

Kapal Cruise Terbesar Dunia Kemalangan, 1 Maut

Kepada pencandu cinta sejati yang ala-ala poster di IG – banyak realiti yang anda perlu pelajari. Yang pertama: Cinta sejati tidak dinikmati melalui hipokrasi! – MYNEWSHUB.CC



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2016 09:22 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!


Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit



cepatlah sertai kami!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm..sejatilah sgt
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama nama dgn Kamal..

Tp bkn Kamal hensem..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2017 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Cinta aku kat suami pun cinta Agong mcm ni harapnya kita orang.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
agung nya cinta sang suami kat isterinya


kasih sayang cinta suami kat saya tak sampai 10% pun daripada cinta sng suami ni

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2017 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Cinta sejati. Sedih baca
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2017 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah ni masih viral di fbook. Moga Allah rahmati both them
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.273068 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list