Tidak dinafikan, ada segelintir individu yang memiliki bakat semulajadi sejak lahir lagi. Namun begitu, bakat-bakat ini perlu diasah terlebih dahulu untuk menguasai bakat tersebut.
Tapi, sebaliknya ini yang terjadi pada seorang lelaki bernama Derek Amato. Derek Amato mampu bermain piano setaraf dengan pemain professional sejak dari insiden kemalangan di kolam renang. Menurut Derek, kepalanya terhantuk di lantai kolam cetek yang disangkakan dalam. Kemalangan ini telah menyebabkan berlakunya gegaran otak sekali gus mengganggu pendengaran dan menghilangkan ingatan Derek seketika.
Beberapa hari kemudian setelah Derek beransur pulih, secara tiba-tiba Derek berasa ingin bermain piano buat pertama kali dalam hidupnya. Lebih menarik lagi, Derek mampu memahami not-not muzik yang tidak pernah dipelajari beliau sebelum ini. Sejak dari hari itu, bermain piano menjadi hobi beliau.
“Sambil menutup mata, saya mampu melihat imej struktur hitam dan putih bergerak dari kiri ke kanan. Imej tersebut memaparkan not-not muzik yang berterusan”.
Video dibawah ini, dokumentari tentang pengalaman Derek selepas insiden kemalangan yang menjadikan dia seorang pemain piano yang genius.
Post time 11-4-2017 11:15 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ada satu kajian yg mengatakan memori manusia boleh menyimpan sehingga 2.5petabytes data atau bersamaan dgn 300 tahun hidup menonton tv.
Betapa byknya ruang capacity dlm otak manusia ni.
Tapi ramai org malas nk recall balik benda2 yg remeh cthnya smlm korang pakai spender kaler apa pun konpem xingat kan.. sbb buat apa nk buang masa utk ingat benda tu..
Tp ada satu storan dlm otak manusia yg sentiasa simpan memori yg xperlu ni.
Umpama cache memory dlm pc laa...
Contohnya bila kita lawat web cari, segala bytes data dari username pasword bagai sehinggalah ke ikon2 smiley dan segala mak nenek pic tersimpan rapi dlm cache memori. So next time benda ni akan diguna balik once kita login semula ke web yg sama.. tp xsemua pic akan load semula... bergantung pd keadaan refresh semasa web tuh.. ni namanya cookies. Jika korang berjaya explore ruang cache memories ni itupun bergantung kpd berapa byk saiz yg korang rizabkan utknya... korang akan jumpe byk menatang sampah yg tersimpan sejak azali lagi... bergantung samada korang masih nk perlukannnya lg atau tak. Tapi most of it memang mengamit memori laa... dari video yg prnh korang bukak sehinggalah ke kad ucapan dari email seribu tahung yg lampau..
sblum ni manja pernah terbaca satu kes sorg prempuan melayu..die accident then mcm laki ni la
kena brain concussion, lepas tu ttiber die bleh fasih cakap korea..korea ke jepun x ingat pulak...
korang ade bc dlm paper psl ni?
tp ade x cara nak buang sesuatu memory...memory yg menyakitkan atau yg buat kite trauma sblum ni?...
atau ape je la memory yg mengandungi byk tenaga negatif....??...
kan elok buang dlm trash/ delete je dari simpan..nnt x psl2 lappy lagging la ape la...
same je mcm manusia..