View: 2746|Reply: 9
|
Denda kerana zalimi udang karang
[Copy link]
|
|
IMEJ hidangan udang karang.- AGENSI
ROM – Mahkamah atasan Itali kelmarin memutuskan bahawa udang karang tidak harus diletakkan di atas ais di dapur restoran kerana tindakan itu mengakibatkan penderitaan yang tidak boleh dibenarkan sebelum ia dijadikan suatu hidangan lazat.
Sekumpulan hakim membenarkan aduan daripada kumpulan hak asasi manusia ke atas pemilik sebuah restoran berhampiran bandar Florence, Itali yang menyimpan haiwan krustasia secara hidup-hidup di atas ais. Pemilik restoran berkenaan didenda sebanyak 2,000 Euro (RM9,600) dan tambahan 3,000 Euro (RM14,400) bagi yuran guaman.
Sambil mengekalkan keputusan terdahulu oleh mahkamah bawahan, mahkamah rayuan memutuskan bahawa udang karang lazimnya dimasak ketika ia masih hidup tidak bermaksud hidupan laut itu boleh dizalimi terlebih dulu.
“Walaupun kaedah memasak tertentu boleh dibenarkan undang-undang kerana ia menjadi kebiasaan, namun menyiksa haiwan sementara menunggu untuk dimasak adalah tidak wajar,” kata barisan hakim tersebut.
Mahkamah menyatakan sudah menjadi kelaziman restoran-restoran mewah dan pasar raya untuk menyimpan hidupan laut di dalam tangki air dengan gas oksigen pada suhu bilik. – Reuters
|
|
|
|
|
|
|
|
Errr... Masak hidup-hidup tu tak seksa dia jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Udang kara mmg duduk kt laut sejuk kan? |
|
|
|
|
|
|
|
seumur hidup akak tak pernah makan lobster.. ketam pernah.. teringin makan .. sekali rasa nya sama je cm ketam.. bazir duit.. |
|
|
|
|
|
|
|
so kill it right way more humane? |
|
|
|
|
|
|
|
Orang cucuk pisau belah antara mata dia tu rasanya. Tapi I kalau lobster yang tak marinade apa-apa, campak dalam periuk terus je buat macam takde apa-apa. Tak selalu makan pun benda ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Manakal di Afrika.. kumpulan hak asasi di negara tersebut memohon kepada hakim supaya mengeluarkan rang undang2 tidak membenarkan singa, harimau dan cheetah mengejar mangsanya. Ini kerana mangsa penat untuk berlari. Tambahan pula cuaca panas dan hujan dah lama tak turun. |
|
|
|
|
|
|
|
amboii....macam betul ajerr.... heheehe
|
|
|
|
|
|
|
|
hampir hampir nk percaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|