CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1524|Reply: 2

Hj Abbas Nasution

[Copy link]
Post time 14-9-2017 10:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 14-9-2017 10:19 PM



sumber pautan asal : http://www.yadim.com.my/v2/?p=30130

Haji Abdullah Abbas Nasution juga seorang ulama yang giat berdakwah menerusi bidang penulisan.
Haji Abdullah Abbas Nasution lahir di Langgar, Alor Star, Kedah pada 1 Mac 1912. Haji Abdullah mendapat pendidikan awal daripada bapanya hingga meningkat usia 10 tahun. Selepas itu, barulah beliau memasuki Sekolah Melayu Langgar pada tahun 1920. Pada tahun 1923, beliau menyambung pelajarannya di sekolah pondok (Arab) di Pulau Pinang dan di Jitra, Kedah.
Pada tahun 1928, beliau meneruskan pengajiannya di Pondok Tok Kenali di Kota Bharu, Kelantan dan kemudian berpindah belajar di Maahad Muhammadi, Kota Bharu hingga tahun 1936. Akhir sekali, beliau belajar di pondok Ahmadiyah Bunut Payong, Kota Bharu pada tahun 1937 hingga tahun 1940. Selepas itu, beliau kembali ke sekolah pondok di Pulau Pisang, Jitra sebagai guru dan kemudiannya berpindah pula ke Pondok Haji Muhsin, Titi Besi, Kepala Batas. Pada akhir tahun 1940, Haji Abdullah Abbas Nasution membuka sebuah sekolah perguruan agama yang dikenali sebagai Madrasah Maahad Ehya Al-Ulum Ad-Diniah di Tanjung Pauh, Jitra. Madrasah ini menyediakan matapelajaran Pendidikan Agama Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Pada tahun 1940 hingga tahun 1967, Madrasah Maahad Ehya AI-Ulum Ad-Diniah telah melahirkan kira-kira 4000 orang murid yang masing-masing diasaskan dengan pendidikan Islam.


Selain daripada mengajar, Haji Abdullah Abbas Nasution juga seorang ulama yang giat berdakwah menerusi bidang penulisan. Kegiatannya dalam bidang itu bermula sejak awal tahun 1930-an lagi. Pada tahun 1933, Haji Abdullah mula berlatih menjadi penulis sambilan di akhbar. Waktu itu beliau masih belajar di Kota Bharu, Kelantan iaitu di Pondok Tok Kenali. Dalam bidang penulisan, Haji Abdullah sering menggunakan nama samaran A.A. Pilpisani, AAN dan lbnil Arabi. Tulisannya yang sering mengimbau kepada persoalan agama itu kerap tersiar dalam akhbar Saudara, Warta Malaya di Singapura dan Sahabat di Pulau Pinang. Selain rencana agama, Haji Abdullah pernah menulis berita biasa untuk akhbar-akhbar itu. Antara bahan berita yang pernah ditulisnya termasuklah kejadian mencuri ayam, orang bergaduh dan cerita jenayah.


Haji Abdullah kemudiannya beralih kepada bidang menterjemah kitab agama daripada Bahasa Arab ke Bahasa Melayu. Antara usaha penterjemahannya yang awal ialah menterjemah kitab Tarbiah Al-ljtimaiah (Hal Ehwal Kemasyarakatan), Tarbiah Al-Wataniah (Sains Politik Mesir) dan beberapa kitab lain. Di samping menterjemah, beliau juga telah mengarang beberapa buah kitab seperti Sejarah Melayu Raya yang mencatatkan sejarah orang Melayu dari zaman Sri Vijaya dan kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Pada tahun 1940, Haji Abdullah Abbas Nasution memulakan kerja menterjemah al-Quran al-Karim yang dicetak pada tahun 1959. Beliau juga telah menulis huraian tafsir al-Quran yang dapat disiapkannya dalam tempoh lapan tahun. Secara keseluruhan, sejak tahun 1933 hingga 1980, Haji Abdullah Abbas Nasution telah menulis dan menterjemah kira-kira 100 buah kitab dan risalah yang menyentuh pelbagai maudhuk. Kebanyakan daripada kitab-kitab itu adalah mengenai Islam, termasuklah kebudayaan dan sejarahnya. Beliau juga menulis tentang sejarah am Asia Tenggara. Dalam pada itu, beliau juga pernah menulis salasilah keturunan keluarganya dan beberapa buah buku ilmu pengetahuan seperti Geografi, Ekonomi, biografi hidup dirinya, Sains Politik, Sains Kemasyarakatan, pendidikan dan lain-lain lagi. Kebanyakan karya beliau ditulis dalam bentuk khat thuluth dan ada yang ditaip.
Haji Abdullah Abbas Nasution juga bergiat aktif dalam Persatuan Ulama Kedah (PUK). Pada peringkat awal penubuhan Persatuan Ulama Kedah (PUK), beliau dianggap sebagai seorang daripada penaja dan orang kuat persatuan itu. Ketika itu, beliau bertugas sebagai mudir di pondok yang dikendalikannya sendiri iaitu Maahad Ehya Al-Ulum Addiniah di Tanjung Pauh, Jitra, Kedah. Sebagai tokoh penaja PUK, Haji Abdullah didaftarkan sebagai ahli ke lapan dalam persatuan itu. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Penaja dan seterusnya sebagai Setiausaha Kehormat PUK.



Sebagai Setiausaha Penaja dan Setiausaha Kehormat PUK, beliau telah dipertanggungjawabkan menggubal sebuah undang-undang PUK yang dibentuk berpandukan undang-undang tubuh Persatuan Pinang Peranakan (sebuah pertubuhan kebajikan India Muslim di Pulau Pinang) . Haji Abdullah Abbas Nasution telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha PUK pada bulan Januari 1946 hingga 1949. Selepas setahun PUK bergerak di Alor Star (ibu pejabatnya di Maktab Mahmud), ia terpaksa dipindahkan ke Guar Chempedak kerana pada ketika itu Maktab Mahmud ialah sebuah sekolah agama kerajaan. Oleh kerana PUK merupakan sebuah persatuan bukan kerajaan, beberapa syarat tertentu telah dikenakan. Secara tidak langsung, keadaan itu sedikit sebanyak menjadi sekatan dan menghalang pergerakan PUK sendiri. Sebaliknya, pergerakan PUK di Madrasah At Taufikiah AI-Khairiah di Guar Cempedak lebih bebas kerana madrasah itu adalah sebuah sekolah agama rakyat yang tidak terikat dengan sebarang peraturan atau undang-undang pihak berkuasa. Mulai tahun 1949 sehingga sekitar tahun 1950-an, Haji Abdullah Abbas Nasution dilantik sebagai Ketua Hal Pelajaran menggantikan Syeikh Abdul Halim Othman yang merupakan Ketua Hal Pelajaran PUK yang pertama.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2017 10:17 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 14-9-2017 10:19 PM

Dalam bidang politik, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan seperti Setiausaha Kesatuan Melayu Kedah dan Setiausaha UMNO Bahagian Kubang Pasu, Setiausaha PAS Kubang Pasu dan Kuala Nerang, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah dan juga Jawatankuasa Pusat PAS Tanah Melayu. Selain itu, beliau pernah menghadiri pertemuan penting Kongres Kesatuan Melayu Malaya yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1 Mac 1946 sewaktu menentang Malayan Union.

Kehadirannya dalam pertemuan itu ialah sebagai wakil kepada PUK dan Kesatuan Melayu Kedah. Di samping itu, beliau pernah menghadiri majlis mesyuarat ulama seluruh Tanah Melayu yang berlangsung di Butterworth pada tahun 1952. Haji Abdullah bukan saja membabitkan diri dalam bidang keagamaan tetapi turut bergerak cergas dalam bidang sosial. Satu contoh pembabitan beliau ialah sebagai ahli Persaudaraan Sahabat Pena (PERSPAM). Selain itu, beliau juga merupakan tokoh pemidato yang handal.

Ini dapat dilihat sewaktu beliau menyampaikan ceramah bertajuk “Riwayat dan Perjuangan Tuk Kenali” di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 21 Februari 1978. Beliau sering menghadirkan diri ke seminar-seminar yang berkaitan dengan politik, ekonomi, sejarah, pendidikan, bahasa,sastera dan kebudayaan.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2017 10:18 PM | Show all posts


Haji Abdullah Abbas Nasution telah kembali ke Rahmatullah pada 4 Januari 1987 dalam usia 78 tahun. Perjuangan Haji Abdullah dalam PUK untuk menyatupadukan umat Islam khusus di negeri Kedah adalah satu perjuangan yang meninggalkan kesan positif terhadap perkembangan Islam di seluruh negara. Oleh yang demikian, ia wajar diketahui dan dikenang oleh generasi Islam yang terkemudian. – http://www.mykedah2.com/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54157 Replies : 11
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 27063 Replies : 495
Notis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak oleh MARA {EDISI DUNIA TIPU-TIPU}
maklukpenggodaNotis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak
Views : 6692 Replies : 14
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 45778 Replies : 589
Air Selangor tambah baik aplikasi, laman web jadi lebih mesra pengguna
ultra78Air Selangor tambah baik aplikasi, laman
Views : 48066 Replies : 2
Kes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan Anthony Loke sangkal tuduhan Tun M
AbahmungKes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan
Views : 20057 Replies : 12
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 36716 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 277470 Replies : 8102
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 97214 Replies : 996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.208644 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list