CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2310|Reply: 7

Dr Zulkifli - Empat Tanda Taubat Diterima

[Copy link]
Post time 14-9-2017 11:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 14-9-2017 11:04 PM

sumber asal : http://www.yadim.com.my/v2/?p=30260



Oleh ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
S.S Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah Mufti Wilayah Persekutuan
Sebagaimana hikmatullah menjadikan bumi sebagai kediaman manusia, untuk melangsungkan kehidupan dengan penuh pancaroba, lantas Allah SWT mengurniakan beberapa panduan dalam melayari kehidupan sebagai khalifah-Nya yang dibimbing dengan petunjuk dan hidayah. Firman Allah yang bermaksud: “Kemudian Adam menerima beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya) daripada Tuhannya, lalu Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang.”(al-Baqarah:37)


Allah menyebut: “Kemudian Adam menerima beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya) daripada Tuhannya”,iaitu menerima beberapa doa daripada Tuhannya secara diilhamkan-Nya, lantas Baginda berdoa dan doa ini ditafsirkan dalam surah al-A’raf.
Ibn Jarir at-Thabari berkata, tafsiran ‘menerima’ bermaksud ‘mengambil’. Ibn Jauzi di dalam kitabnya, Zad al-Masir, menyebut maksud kalimat itu dengan beberapa pendapat ulama:


Pertama, ayat 23 daripada Surah al-A’raf – pendapat Ibn Abbas, al-Hasan, Said bin Jubir, Mujahid, A’tak al-Kharasani, Ubaid bin Umair, Ubai bin Ka`ab dan Ibn Zaid.

Kedua, kata Adam, “Hai Tuhanku, tidakkah Engkau menciptaku dengan Tangan-Mu?” Allah berfirman: ‘Ya.’ Adam bertanya: ‘Tidakkah Engkau tiupkan padaku daripada Roh-Mu?’ Firman Allah: ‘Ya.’ Adam bertanya lagi: ‘Tidakkah Rahmat-Mu kepadaku mendahului Kemurkaan-Mu?’ Firman Allah: ‘Ya.’ Lantas Adam berkata: ‘Hai Tuhanku, jika aku bertaubat dan melakukan keelokan, adakah Engkau kembalikan aku ke syurga?’ Firman Allah: ‘Ya.’ Inilah yang dihikayatkan oleh as-Suddi oleh Ibn Abbas.

Ketiga, bahawa ia berdoa dengan zikir yang tertentu seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir daripada Mujahid.
Ketiga-tiga pendapat ini dinyatakan dalam kitab tafsirnya, an-Nukat Wa al-`Uyun.



Keempat, Imam as-Syaukani di dalam tafsirnya, al-Fath al-Qadir, menyebut riwayat daripada Ibn Abbas tentang ‘kalimat’, jawabnya ilmu berhubung dengan haji.
‘Lalu Allah menerima taubatnya’. Ini kerana Allah bersifat dengan sifat ‘Dialah yang Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani’, iaitu sesungguhnya Allah amat banyak menerima taubat dan luas rahmat-Nya pada sekalian hamba. Al-Imam an-Nasafi berkata, “Iaitu Allah banyak menerima taubat hamba-Nya di samping mengasihani terhadap sekalian hamba-Nya.”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2017 11:06 PM | Show all posts
Al-Imam al-Fakhru ar-Razi berkata, disifatkan Allah dengan Tawwab (amat menerima taubat) kerana dua wajah:

Pertama, setiap raja di dunia boleh memaafkan kesalahan rakyatnya pada kali pertama tetapi tidak pada kali kedua. Sebaliknya, Allah tetap mengampunkan hamba-Nya walaupun kerap kali berlaku kesalahan. Kedua, ramai di kalangan mereka yang bertaubat kepada Allah. Justeru digunakan sifat secara mubalaghah (berlebihan).

Taubat menurut penafsiran Imam al-Ghazali di dalam kitabnya, Ihya’ Ulumiddin adalah makna yang terangkum di dalamnya tiga unsur:

Pertama, ilmu. Kedua, keadaan. Ketiga, amal. Urutan ilmu, keadaan dan amal ialah kerana yang pertama merupakan kemestian kepada yang kedua, perkara kedua adalah kemestian bagi perkara ketiga. Kemestian ini berdasarkan ketentuan aturan Allah SWT bagi alam ini.

Beliau berkata, ilmu adalah pengetahuan tentang besarnya bahaya dosa yang menjadi penghadang antara manusia dengan semua yang dikasihinya. Apabila manusia mengetahuinya dengan pengetahuan yang benar serta keyakinan yang terpahat di hatinya, maka pengetahuan ini akan menyebabkan hatinya menjadi sakit lantaran ketiadaan orang yang dikasihinya.

Apabila hatinya merasakan kehilangan orang yang dikasihinya, dia akan menderita. Jika kehilangan tersebut adalah lantaran perbuatannya, dia akan bersedih terhadap perbuatannya yang telah berlalu itu. Penderitaannya lantaran perbuatannya terhadap yang dikasihinya yang telah berlalu itu dinamakan penyesalan.

Apabila penderitaan ini menguasai dan menyelubungi hati, ia akan melahirkan keadaan lain di dalam hati yang dinamakan sebagai kehendak dan kemahuan melakukan perbuatan yang mengaitkannya dengan masa sekarang, masa lalu dan masa akan datang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2017 11:07 PM | Show all posts
Perbuatan yang berkaitan dengan masa sekarang ialah meninggalkan dosa yang sedang dilakukannya. Perbuatan yang berkaitan dengan masa akan datang, ialah berazam untuk meninggalkan dosa yang menyebabkan kehilangan orang yang dicintainya seumur hidup. Sementara perbuatan yang berkaitan dengan masa lalu, ialah memburu apa yang telah hilang secara terpaksa serta menghapuskannya jika ia mungkin.

Ilmu merupakan unsur pertama. Ia adalah permulaan bagi segala kebaikan ini. Apa yang dimaksudkan dengan ilmu di sini ialah keimanan dan keyakinan. Iman adalah pengakuan bahawa dosa sebagai racun yang merosakkan. Sementara keyakinan adalah pengukuh kepada pengakuan ini, menghilangkan keraguan daripadanya dan menguasai hati, lalu cahaya keimanan ini menghasilkan cahaya penyesalan di dalam hati.

Hati pun menderita kerana ia akan teringatkan yang dicintainya tatkala ia melihat cahaya keimanan itu, seumpama seseorang yang mendapati cahaya matahari setelah diselubungi kegelapan. Cahaya yang menyinarinya dengan hilangnya awan mendung atau tersingkapnya tabir, lantas ia terpandang yang dicintainya sudah hampir musnah. Api kecintaan pun bersemarak di dalam hatinya. Lantas api tersebut mendorongnya untuk mengetahui lebih lanjut.

Ilmu, penyesalan dan kehendak untuk meninggalkan dosa pada saat itu dan akan datang serta mengejar masa yang lalu, merupakan tiga makna yang berentetan di dalam memperolehnya. Himpunan ketiga-tiga itu dinamakan sebagai taubat. Selalunya taubat hanya diertikan sebagai penyesalan sahaja dengan menjadikan ilmu sebagai sesuatu perkara yang mendahului pada permulaan. Sementara kehendak untuk meninggalkan dosa sebagai hasil yang mengikutinya kemudian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2017 11:08 PM | Show all posts
Berdasarkan perkara ini, Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya: “Penyesalan itu adalah taubat.” Al-Hafiz Al-`Iraqi ketika mentakhrijkan hadis di dalam kitab Ihya’ Ulumiddin menyatakan, bahawa hadis ini dikeluarkan oleh Ibn Majah, Ibn Hibban dan al-Hakim yang menghukum sanadnya sebagai sah daripada Ibn Mas`ud. Ibn Hayyan dan al-Hakim meriwayatkan daripada Anas katanya, sahih menurut pensyaratan Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.

Penyesalan tidak akan terpisah daripada ilmu yang memastikan dan menghasilkannya, serta daripada keazaman yang menyusuli dan mengikutnya. Justeru itu, penyesalan dikelilingi oleh dua isinya, iaitu hasilnya dan perkara yang menghasilkannya.

Penulis menaqalkan daripada kitab Tanbihul Ghafilin, karangan Abu al-Laith as-Samarqandi, bahawa seorang ahli hikmah berkata, taubat seseorang akan terlahir dalam empat macam:

Jika telah dapat mengendalikan lidahnya daripada dusta, ghibah dan kata-kata yang tidak penting baginya.
Jika sudah tidak ada rasa hasad, dengki, iri hati terhadap semua manusia.
Jika telah menjauhi rakan taulan yang jahat.
Selalu bersiap sedia menghadapi maut, rajin dalam taat, dan selalu beristighfar menyesali dosa-dosanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank you.  Jazakillah khayr. Nice reminder.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2017 03:21 AM | Show all posts
Seorang ahli hikmah ditanya: “Apakah ada tanda bahawa taubat itu telah diterima?” Jawabnya: “Ya. Ada empat tanda diterima taubatnya iaitu”:

  • Hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik, dan bersahabat dengan orang-orang solihin.
  • Menghentikan semua maksiat dan rajin melakukan ibadat.
  • Hilang rasa kesenangan kepada dunia dalam hatinya, dan selalu mengingat kesusahan akhirat.


Percaya pada jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah. Maka apabila terdapat semua sifat itu, ia termasuk dalam ayat al-Quran, yang bermaksud: “…Sesungguhnya Allah kasih pada orang bertaubat dan kasih pada orang yang suka bersuci.” (al-Baqarah: 222).
“Kemudian dia berhak mendapat empat perkara daripada manusia: Pertama, mereka mencintainya kerana Allah cinta kepadanya. Kedua, mereka akan memeliharanya dengan selalu mendoakannya. Ketiga, mereka lupa terhadap dosa-dosa yang lalu. Keempat, mereka selalu membantu dan mendekatkan diri kepadanya.”

Di antara faedah-faedah bertaubat seperti yang dinyatakan oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi di dalam kitabnya, at-Taubatullah (Taubat Untuk Allah ) ialah: Pertama, menghapuskan segala kejahatan dan memasukkannya ke dalam syurga. Kedua, memperbaharui keimanan. Ketiga, menukarkan kejahatan dengan kebaikan. Keempat, mengalahkan musuh tradisi. Kelima, mengalahkan nafsu yang sentiasa menyuruh ke arah kejahatan. Keenam, remuk hati kerana Allah. Ketujuh, memperoleh cinta Allah. Kelapan, kegembiraan Allah terhadap orang yang bertaubat.




MAJALAH DAKWAH
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2017 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
terima kasih atas perkongsian ilmu yg sgt padat..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 08:57 AM | Show all posts
tq for sharing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54157 Replies : 11
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 27063 Replies : 495
Notis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak oleh MARA {EDISI DUNIA TIPU-TIPU}
maklukpenggodaNotis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak
Views : 6692 Replies : 14
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 45778 Replies : 589
Air Selangor tambah baik aplikasi, laman web jadi lebih mesra pengguna
ultra78Air Selangor tambah baik aplikasi, laman
Views : 48066 Replies : 2
Kes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan Anthony Loke sangkal tuduhan Tun M
AbahmungKes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan
Views : 20057 Replies : 12
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 36716 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 277470 Replies : 8102
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 97214 Replies : 996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.042127 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list