CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2170|Reply: 2

Benarkah Gigi Kuning Lebih Sihat Dan Kuat?

[Copy link]
Post time 21-9-2017 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Siapa yang tidak mahukan gigi yang putih bersih bak permata! Ia juga dikatakan sebagai lambang keyakinan seseorang.


Jika gigi tak putih, nak senyum pun segan! Namun, percayakah anda bila dikatakan gigi yang sihat dan kuat itu bukanlah gigi yang putih.


Sebaliknya, ia memiliki warna yang lebih gelap (dari putih) iaitu sedikit kekuningan. Betul, gigi yang sihat adalah berwarna kekuningan dan bukan putih!


Ini kerana apa yang anda lihat itu adalah warna kuning pada lapisan dalam gigi yang dipanggil dentin. Di luarnya pula adalah lapisan yang dipanggil enamel, tidak berwarna dan kelihatan seperti kaca.








Dentin ini memiliki warna semula jadi kekuningan atau pun sedikit kelabu.


Sebab itulah gigi yang sihat sebenarnya adalah gigi yang nampak kekuningan. Namun, bukan kuning kerana berkarat ya! Kena bezakan itu.


Kuning berkarat atau warna yang lebih gelap pada gigi adalah berpunca daripada tabiat merokok atau masalah kesihatan lain.


Foto: Carian internet


Ya, anda boleh sahaja memutihkan gigi dengan melakukan bleaching pada bahagian teratas enamel namun cara ini sebenarnya akan merosakkan gigi lama-kelamaan.


Oleh itu, sudah terjawab ya. Gigi putih atau kuning lebih sihat...? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2017 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigi kuning tak apa selagi kedudukan betul & tak ronggak..tapi tak salah lah buat whitening sekali baru cantik senyum tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 02:02 PM | Show all posts
itu macam ka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.136813 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list